Monday, January 21, 2008

Puasa Asyura

Sajak 1

Senja ini
aku berbuka dengan
air mata.

Terima kasih Tuhan
kerana masih Beri peluang
buat hatiku kenyang
dengan rahmat dan nikmat
mengemis belas dari-Mu.

Pahit hari ini
pasti jadi manis esok
saat madu bertemu susu
disaji kekasih bermata ungu.

Masjid al Ihsan Sunway,
9 Muharam 1429.

Sajak 2

Puasa ini
mengajar aku harga
nikmat mahal
yang amat murah
di neraca dunia.

Stesen Komuter Setia Jaya,
9 Muharam 1429.


Sajak 3

Tuhan
sungguh aku malu
pada hati yang
cuma merindu
merintih merayu
pada Mu
saat perut sayu
dan nafsu pun layu.

Sungguh
jarang aku
ingat pada Mu
saat perut ketawa
dan nafsu menggila.

dalam komuter, Setia Jaya - KL Sentral,
9 Muharam 1429.

No comments: