Tuesday, January 08, 2008

Kau Mencintaiku

Kau mencintaiku
seperti bumi
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
menanggung beban derita
tak pernah lelah
menghisap luka.

Kau mencintaiku
seperti matahari
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
memberi cerah cahayanya
tak pernah lelah
menghangat jiwa.

Kau mencintaiku
seperti air
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
membersihkan lara
tak pernah lelah
menyejukkan dahaga.

Kau mencintaiku
seperti bunga
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah
meneduhkan gelisah nyala.

Di sini
aku mahu engkau tahu
aku juga mencintaimu
dalam hangat rahmat Yang Satu.




p/s: Saya cuma menulis 4 baris terakhir sahaja. Yang lain-lain itu dikopi pes dari KCB II.

No comments: