Thursday, January 24, 2008

Makan (dan minum) dalam circle

Assalamualaikum wrh wbt

Kepada rakan-rakan yang selalu belajar, berhujah, bergelak, bermenangis, bertidur, bermakan, berminum (dan bermacam-macam ber lagi) dalam circle, pernah tak korang semua menghadapi situasi seperti di bawah?

Si A tuang air sirap ke dalam gelas. Pass gelas kepada si B.

B pass kepada C.

C pass kepada D.

D pass kepada E.

E pass kepada F.

F pass kepada G.

G pass kepada H.

H pass kepada A semula (pasal dah cukup satu pusingan).

Bila ditanya mengapa korang buat sedemikian, maka dengan serentak dan tanpa segan-silunya korang akan jawab,

"Oh ini disebabkan ukhuwwah fillah abadan abada lestary selamanya antara kami! Jadi dengan mendahulukan sahabat, maka ini tandanya kami sedang itsar antara satu sama lain!"

Maka ini jawapan aku, (yang selalunya dipendamkan dalam hati je utk menjaga takliful qulub) you are bunch of losers! Bazirkan ATP je keje.. Kan senang kalo dari awal lagi si A tu terus tuang air pastu terus minum je air tu. Ampeh.

Mula-mula kita fahami dulu apa itu itsar.

Itsar: Mementingkan saudara lebih dari kepentingan sendiri.

Okeh mari kita kaji kejadian di atas dengan lebih spesifik.

Bilangan orang: 8
Bilangan gelas: 8
Kesimpulan: Semua orang dapat minum. Jadi kepentingan semuanya adalah sama rata. Maka, tiada orang yang boleh mementingkan saudaranya lebih dari diri sendiri kerana tiada yang kurang dan tiada yang lebih penting. Kesimpulan, tiada itsar di sini, yang ada hanyalah sebulatan manusia membazirkan ATP dengan mempassing gelas mengikut arah jam.

Okeh, sekarang mari kita buka kembali buku sirah, dan baca tentang kisah itsar antara para sahabat nabi.

Ketika satu peperangan islam dengan al batil, seorang tentera mendapat tahu sepupunya luka teruk dalam pertempuran. Maka dia membawa segelas air untuk sepupunya agar dapat mengurangkan kesakitan beliau. Tatkala dia menghulurkan gelas kepada saudaranya itu, terdengar jeritan orang mengerang, lantas sepupunya berkata,

"Berikan air kepadanya. Sesungguhnya dia lebih berhak dariku."

Dia pun bergegas kepada orang yang kedua, dan saat dia menghulurkan gelas, terdengar satu laungan yang dahsyat dari katil sebelah, dari seorang soldadu islam yang juga luka parah.

"Berikan air ini kepada saudaraku. Dia lebih memerlukan air ini dariku."

Lantas dia bergegas membawa air itu ke katil sebelah. Sesampainya di situ, rohnya sudahpun terbang bersama-sama mereka yang menang di jalan Allah.. Dia kembali kepada sepupunya dan tentera tadi, alangkah terkejutnya mereka berdua pun sudah pulang ke sisi Allah cinta hakiki mereka di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menggantikan setiap titis air tadi dengan air yang jauh lebih mahal di akhirat atas cinta dan itsar mereka sesama saudara.

Inilah itsar yang sebenarnya dituntut dalam Islam. Memberikan sesuatu yang kita sangat-sangat cintai, desparate dan perlukan kepada saudara yang lebih kita sayangi, hatta saat sakaratul maut melambai-lambai di depan mata. Dan mereka dapat merasai kesakitan kita, kesusahan kita, kegusaran hati kita, kerana Allah telah mempersatukan jiwa-jiwa yang saling mencintai antara satu sama lain.

Ramai orang boleh itsar ketika sama-sama kenyang, tetapi berapa ramaikah yang sanggup untuk terus itsar ketika semua perut kelaparan?

wallahua'lam

p/s 1: sesungguhnya yang menulis ini masih banyak perlu belajar dan menghidupkan itsar kepada saudara-saudaranya..
p/s 2: penah sekali tu masa turun gunung nuang di hulu langat (1495 meter), turun di tengah-tengah kegelapan (sampai base camp pkol 3 pagi), kesejukan, hujan dan tanah runtuh, route berlecak dan asyik terjatuh dalam lubang pasal tak bawak lampu, dan masa itulah rasa manisnya ukhuwah yang Allah lontarkan ke dalam hati-hati hamba-Nya yang cinta sesama satu dan lain..

No comments: