Niat yang suci,
adalah mawar berduri,
mekar wangi menghiasi,
kebun budi rahsia taman hati.
Ikhlas itu,
adalah saksi,
adalah bukti,
adalah undi,
matawang utama untuk membeli,
mahligai indah di lantai firdausi
Ujub, riak, ghurur, takabbur,
itulah daki,
pinta cepatlah cuci,
sebelum sampai temujanji,
Izrail, Mungkar dan Nakir,
ejen insuran hidup selepas mati.
amar kun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment