Thursday, January 03, 2008

Ayam goreng.. nyam2..

Assalamualaikum wrh wbt

Artikel di bawah ini saya pinjam dari http://matarealiti.blogspot.com/. Semoga bermanfaat. :)

Bagaimanakah caranya kita menggoreng ayam? Adakah kita menggunakan api yang terlalu kuat kerana inginkan ayam tersebut cepat masak? Ataupun adakah kita hanya menggorengnya sekejap sahaja, kerana tidak mampu menahan kesabaran untuk menikmati rasanya yang enak? Atau bolehkah kita memasak 15ketul ayam serentak? kerana inginkan ayam yang banyak..dan agar perut kita boleh dikenyangkan dengan bilangan ayam yang banyak itu? Bagaimanakah??????

Tentunya kita mesti mahukan seketul ayam, yang rasanya enak, tidak hangus, cukup masak...senang cerita cukup serba serbi... BetuL?? jadi ayam tersebut pastinya di masak dengan api yang sederhana..dengan kadar masa yang lama..agar isinya masak hingga ke tulang...Barulah ayam itu sedap dimakan dengan selera kita..Benar? Dan jika kita menggoreng 15 ketul ayam serentak..dapatkah kita pastikan ayam-ayam tersebut benar2 masak? tentunya tidak..kemungkinan besar ada ayam yang tidak cukup masak..mentah..hanya kelihatan rangup di luar..tapi mentah di dalam..

Begitu jugalah tarbiyah..tarbiyah tiada jalan singkat...bukannya sesuatu yang mampu dilakukan dalam masa sehari dua...peribadi muslim bukannya dapat terbentuk dalam masa yang singkat..Perjalannya sangat jauh..dan lama..jangankan kerana kita inginkan kemenangan yang mudah dicapai..kita terus menggunakan jalan pintas...menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan akal objek dakwah kita... Ini hanya akan membawa kepada kemenangan yang sementara..menghasilkan insan yang hanya kelihatan mantap di luar..tapi lemah di dalam.... Dan objektif kita bukanlah bilangan yang ramai..kerana bilangan tidak berguna jika kualitinya tidak terjamin...
"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). "
At-Taubah:42

Tapi ternyata objek dakwah yang mempunyai peribadi muslim yang berkualiti..hanya dapat dibentuk dengan kesabaran..dalam jangka masa..yang panjang..yang tidak mungkin dapat ditampung oleh mereka yang isti'jal. Tapi dengan kesabaran itulah kejayaan akan bersama kita

"Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. "

Al-Anfal:65

Muslim yang mempunyai kualiti..ibarat sepohon pokok yang tumbuh..tumbuhnya pokok tersebut, disuburkan dengan baja yang berkualiti, disiramkan dengan air secukupnya..mengikut kadar yang diperlukan, mengikut masa yang ditentukan.. Pohon yang cukup syaratnya ini, pastinya menjadi pokok yang sihat, malah menyuburkan pohon-pohon dan tanah di sekitarnya.

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. "

Surah Ibrahim: 24

Moga kita sama2 merenung sejauh mana langkah kita, tepat dan benar..mengikut cara Rasul..

Wallahualam

p/s: baru reti masak ayam goreng =)

4 comments:

pengembara said...
This comment has been removed by the author.
pengembara said...

ayam goreng!!! lapar2...kat kota bharu ni mkn ayam kari jerr =)

noblemien said...

lapar..

amarr.. cmne aku nk contact ko ha..? mien plymouth nie... :(

Mesin Kata said...

salam amar kun.

sy mmg suka ayam grg.
suka.
suka.
suka.

dan kawan2 di sini suka ayam grg yg sy masak.
tp, resepi nya rahsia.

jadi, gorenglah dgn resepi msg2.
baru ada byk variasi.
nnti boleh buat pot luck.
sedap~!