Thursday, December 22, 2005

minum air oren

Assalamualaikum w.b.t..

teringat kata-kata seorang teman di sunway college mengenai minum air oren..

"Amar, kau tahu tak, tengok wayang tu, macam masuk disco tapi minum air oren."

adakah haram minum air oren? tidak.. tetapi mengapa mahu minum dalam disco? minumla kt restoren, gerai, kantin, ataupun di dapur di rumah anda sendiri...

wallahua'lam.

Wednesday, December 21, 2005

mari menanak nasik..

assalamualaikum w.b.t..

insyaAllah pada posting hari ini kita akan belajar bagaimana hendak menanak nasik..

1. mula2 masukkan tiga 'pot' beras ke dalam periuk nasik anda.. tak kisah sama ada periuk nasik itu jenis 'electric-dependent' ataupun 'gas-dependent'.

1a. semua org masak nasik menggunakan beras. tak kisahlah anda ni guna periuk letrik ke, periuk dapur ke, semua guna beras. tapi yg membezakan beras tadi akan jadi nasik yang sedap ataupun jadi nasik yg tak jelantah (tak masak) dan bubur ialah org yg memasak. jadi, kita manusia sama sahaja, tak kisahla kita ni dari acuan kampung ke, acuan bandar ke, kita sama sahaja. yg membezakan antara kita ialah bagaimana kita membentuk(memasak) diri kita, adakah kita ingin membentuk diri kita mengikut resepi org mukmin ataupun tidak?


2. kemudian basuh beras tadi sebanyak dua kali dengan air. basuh sebaik mungkin, jangan terlalu kasar, kerana jika terlalu kasar, kemungkinan besar beras anda akan hancur dan nasik tadi akan kurang kesedapannya. elakkan basuh menggunakan terlalu banyak air, sebab nanti akan membazir air, dan membazir itu amalan syaitan. (innal mubazziri nafi ikhwani shayathiin)

2a. beras pun sblm masak kena basuh, inikan pula manusia. kita sbg manusia seringkali melakukan kesilapan dan dosa2 dalam hidup kita tanpa kita sedari. jadi, kita perlulah selalu membersihkan diri kita dari dosa-dosa dengan memperbanyak istighfar dan selalu mengingati Allah. tp kalo nak basuh diri ngn bertaubat tak macam basuh ngn air, kalo ngn air, kalo banyak tak bagus pasal membazir. tp kalo basuh ngn bertaubat, lagi banyak lagi bagus.

3. masukkan air secukupnya.
cara menyukat air:
i. ukur paras ketinggian beras dari dasar periuk dengan jari telunjuk anda.
ii. kemudian masukkan air hingga paras permukaan air dari permukaan beras hingga ia sama dengan paras permukaan beras dari dasar periuk.














4. bagi pengguna periuk nasik, sila letakkan periuk nasik anda ke dalam bekasnya dan sila tekan butan "COOK". bagi pengguna periuk api, sila letakkan periuk anda ke atas dapur dan sila hidupkan api.

4a. jadi kalo beras tadi nak masak, kena tekan "Cook" ataupun nyalakan api. kalo tak tekan "Cook" atau nyalakan api, tunggula sampai tahun depan pun beras tadi takkan masak. begitu juga dengan hati manusia. kita perlu bukakan hati kita kepada ajaran Islam. jgn tutup hati dari Islam. jangan hanya ingat Tuhan masa nak exam, nak kawin, dan masa sakit. masa2 lain tak ingat Tuhan. kita kena turn "on" kan hati kita utk menerima Islam. sebab itulah ramai saudara2 baru kita yg baru memeluk islam setahun dua, ttp masya-Allah mereka menjadi individu2 yg amat taat dan amat "power" dalam Islam.. sebahagian besar daripada kita, walaupun mewarisi Islam sejak lahir lagi, tp masih terhencut-hencut dalam mengikuti ajaran Islam.. ini kerana hati kita dibuka utk menerima Islam sepenuhnya.


5. tunggu sehingga masak. baru makan. jangan makan beras dulu, pastu baru nak minum air mendidih (nak masak nasi dalam perut la konon.. yela, konon2 boleh jimat takyah beli periuk, masak dalam perut jer..).

5a. masak nasik ada prosedurnya. kalo ikut prosedur, barula beras tadi jadi nasik. kalo anda nak ikut jalan mudah, tanak ikut prosedur, anda tidak akan merasa nasik yg lembut lagi enak melainkan beras2 yg keras macam batu itu!! tak pun nak telan beras tu, pastu minum air mendidih, biar nasik masak dalam perut, hm, biarla air mendidih tadi menghancurkan usus2 perut anda lantaran sifat terburu2 dan kreatif yg tak bertempat.. jadi pedoman buat para kapel2 di luar sana, perhubungan dalam Islam yg sah ada prosedurnya, iaitu nikah.. benda2 kapel2 ni tak wujud.. org yg kapel2 tu hanyalah mereka yg terburu oleh nafsu.. kalo nak sangat ikut nafsu, tunggulah balasan yg 'panas'di akhirat kelak..

(awas: jika anda berumur 12 dan ke bawah, pastikan anda di bawah pengawasan orang dewasa ketika aktiviti menanak nasik)

6. setelah nasik siap dimasak, anda bolehlah makan nasik tadi dengan telur, ayam, daging, ikan masin, sayur, sotong, udang; yg boleh dimasak pedas, masak lemak, masak tom yam, masak kari,.. mengikut citarasa masing-masing. jgn nak gaduh lauk sapa lagi sedap, pasal lain org lain citarasanya.
6a. pasal lauk tu bergantung kepada citarasa org, jadi janganlah gaduh atas benda2 yg kecik2.. macam tu la persoalan2 furuk dalam islam.. takyah la gaduh2 atas benda2 yg hujung2 tu.. yg lebih utama ialah perpaduan muslim sebagai satu ummah..

wallahua'lam

Friday, October 28, 2005

nasik beriyani dan nasik putih

assalamualaikum wbt

maaflah, dah lama tak update blog.. saya cuba menyibukkan diri dengan ramadhan yg datang setahun sekali..tp masih belum cukup.. bagaimana dengan ramadhan anda semua? semoga amalan kita semua dalam bulan ini diterima Allah Taala, amin.

hmm.. kali ni ana nak cakap pasal nasik beriyani. pasal kat sini, ana boleh kata tiap2 hari (kecuali ahad) iftar dengan nasik beriyani. masjid di tempat ana ada buat iftar jama3i, jadi ramailah yg datang ke masjid utk mengejar pahala free dan juga makanan free. :)

okeh, hari ni kita cerita pasal seorang tauke gerai ingin memasak nasik di dalam rice-cooker beliau yg berjenama National. Beliau membeli periuk nasik itu di kedai elektrik dengan harga yang sama, spesifikasi yang sama, menggunakan watt yang sama, dibuat dari kilang yang sama, pada hari yang sama. In short, kedua2 periuk nasik ni adalah mirror image antara satu dengan yang lain.

kemudian, utk memasak nasik, beliau memerlukan beras. maka dibelinya beras cap super tempatan sebanyak 10kg di sebuah kedai di hujung kampungnya. setelah membayar harga sekampit beras itu, beliau pun pulang ke rumah dengan hati yg gembira kerana boleh memasak nasik, hobi kegemaran pada waktu senggangnya.

pabila tiba di rumah, beliau amat terperanjat, kerana telah terbeli beras magic! beras itu boleh berkata2!!

Beras itu berkata,"Wahai tuanku, cepatlah masak kami, kami beras2 magic tak sabar2 lagi menunggu utk dimasak menjadi nasik. kami mahu berbakti kepada manusia sbg asbab utk mereka kenyang dan menjadi sumber tenaga mereka."

Maka tanpa melengahkan masa, kawan kita ni pun memasukkan tiga pot beras ke dalam periuk nasik A dan tiga pot beras dalam periuk nasik B seraya berkata, "Akan kumasak kau berdua sebaik mungkin, dan akan kumasak kau berdua seadil mungkin, tapi hasil akhirnya terpulanglah kepada kau berdua, nak jadi sedap atau tidak. Kerana aku cuma tukang masak, sedap atau tidak, terpulang kepada kau berdua."

Maka rakan kita ni pun masukkanlah beras2 tadi ke dalam periuk nasik masing2 dan beliau pun memasukkan air secukupnya. kemudian terdetik dalam hatinya, "bagus juga kalo aku letak ingredient tambahan. nanti nasikku akan bertambah sedap."

dia pun pergi ke periuk nasik A.
"mahukah kau jika kutambah susu cair, minyak sapi, perahan limau, 20 biji badam, 20 biji kismis, bawang merah putih dan halia (digiling rapi) ?"

jawab beras di periuk nasik A,
"Aku mahu mahu dan mahu semuanya!!"

kemudian, dia ke periuk nasik B pula dan mengoffer bahan2 tambahan yg sama.
"mahukah kau jika kutambah susu cair, minyak sapi, perahan limau, 20 biji badam, 20 biji kismis, bawang merah putih dan halia (digiling rapi) ?"

jawab beras di periuk nasik B,
"Aku tak nak tak nak dan tak nak apa2!!"

selepas 20 minit dan 32 saat, maka masaklah kedua beras dalam periuk nasik itu menjadi nasik. namun demikian, tauke gerai kita tidak punya masa untuk memeriksa kedua2 nasik di dalam periuk itu lantaran kesuntukan masa. dia terus mengambil kedua2 periuk itu ke gerai dan menjualnya pada harga yg sama, rm1.50 sebungkus polisterin.

apabila pembeli2 datang, semuanya menyerbu ke periuk nasik A, semuanya nak beli nasik A. namun begitu, hatta seorang pun tak kepingin membeli nasik di dalam periuk nasik B.

apa sebabnya?

kerana nasik A ialah nasik beriyani.
kerana nasik B hanyalah nasik putih.

nasik manakah yg anda mahu? tak perlu tepuk kepala tanya minda, perut pun tahu mana satu yg dia mahu.

pengajaran.

beras2 tadi diibaratkan dua individu yang berbeza, tetapi mempunyai pakej yg sama, kerana Allah itu Maha Adil. kedua2 mereka mempunyai 2 mata, 2 hidung, 2 telinga, tangan kaki dsb. pendek kata, kedua2 mereka dapat benda yang sama.

periuk nasik itu ibarat sekolah/mrsm/kolej/universiti. mereka masuk ke dalam institusi pendidikan yg sama, punya guru-guru yang sama, menggunakan library yang sama, makan di cafe/kantin yang sama, menggunakan buku-buku teks yang sama, beriadah di padang yang sama, solat jumaat di masjid yang sama. pendek kata kedua2 mereka dapat benda yang sama.

nasik itu ibarat result exam akhir. (upsr/pmr/alevel/matriks/universiti) kedua2 beras tadi telah menjadi nasik akhirnya. mereka, dari beras yang tidak boleh dimakan, telah menjadi nasik yg boleh dimakan. maka, keputusan akhir mereka sama. kedua2 mereka dapat 5A upsr, 8A pmr, 10A spm, 4A alevel/ 4.0 matriks, 4.0 cgpa kt universiti.

tetapi, walaupun keputusan akhirnya sama, kedua2nya nasik, tetapi pengalaman mereka berbeza. perjalanan mereka dalam periuk itu berbeza. apa yg mereka tempuhi itu berbeza.

soalan yg sama ditanya,
jawapan berlainan diterima.


"Jom pi solat jemaah kat masjid tiap2 waktu. lepas solat jemaah, bila study pun berkat."
A jawab,"jom."
B jawab,"aku nak study. bukan wajib pun."

"Jom pi riadah petang ni kt padang futsal. bila berpeluh badan, kita jadi cergas, otak jadi cerdas."
A jawab, "jom."
B jawab, "aku nak study. buang masa je main."

"Jom pi kelas fiqh ustaz abdul hamid. dia ajar pasal smayang malam ni. walopun kita dah lama smayang, mungkin kita leh tambah ilmu kita."
A jawab, "jom".
B jawab, "aku nak study. aku dah belajar semua tu."

"Jom kita pi solat terawih kt masjid. masa2 macam ni la kita nak latih diri kita selalu ke masjid, nanti luar ramadhan, kita leh jadikan ia habit."
A jawab, "jom".
B jawab, "aku nak study. aku pun solat gak walopun kt bilik ni. kenapa? dosa ke?"

"Jom kita pi khemah ibadah anjuran Kelab ABC. dengar kata aktiviti2 dia menarik."
A jawab, "jom".
B jawab, "aku nak study. eh, aku ada trial exam la bulan depan. kena study."

bila result exam keluar, kedua2nya dapat result yg sama.
kedua2nya dapat 5A,8A,10A,4.0cgpa.

individu mana yg anda mahu jadi?
"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, menasihati atas kebenaran dan menasihati atas kesabaran." (Al-Asr:1-3)

Saturday, October 08, 2005

lauk dan tudung saji (2)

assalamualaikum w.b.t.

selamat berjumpa lagi.. kali ni insyaAllah ana nak cakap pasal tudung saji lagi..

dalam topik yg lepas, ana dah bincangkan kepentingan memakai tudung saji bagi makanan, dan manfaat2 yg diperoleh apabila tudung saji digunakan. antara manfaatnya ialah dapat mencantikkan lagi lauk-pauk dan keindahan ruang makan jika memakai tudung saji dengan mengikut trend terkini.

trend, tak salah kalau nak mengikut trend.. tp jangan sampai memudaratkan dan hilang fungsi asal tudung saji itu, iaitu utk tujuan keselamatan dari lalat dan kucing.

penjual tudung saji: mari mari mari puan2.. sini saya ada jual tudung2 saji. banyak jenis tudung saji, ada tudung saji dari turki, ada dari cairo, ada dari jepun, ada macam2 warna, ada macam2 corak, ada tudung saji design buatan makcik wahida, ada tudung saji buatan kak bienda, dan juga tudung saji dari pak mawi!!

puan1: hmm. tudung saji turki ni, warna-warni dan bercorak2, cantik! tp kaler dia terlalu terang la, takut nanti lalat2 lagi suka menghurung, hehe..

puan2: tudung saji buatan makcik bienda ni cantik, tp kenapa ada sikit lubang2 kat bahagian bawah dia? dahla besar tu, muat tangan kucing nak masuk dalam tu. takmola beli tudung saji makcik bienda ni, pakai pun still kucing boleh nampak dalam..nanti habis lauk kena curik

puan3: tudung saji yg ni pun cantik, tp slack sikit buatan dia tak kemas.. ada bahagian yg sepatutnya ditutup rapi, disilangkan saja.. kalo meja bergoyang sikit, boleh terbukak, habis nampak isi di dalam.. lain kali kalo nak pasang, biarla kemas2 sikit..

puan4: saya nak tudung buatan pakcik mawi..tak kisahla cantik ke tak, saya nak jugak! ehe

penjual tudung saji: saya ni cuma jual je tudung saji ni puan2.. yg nak guna, puan2 jugak..
kalo puan2 pakai tudung saji ni elok2, lauk2 puan2 jugak yg selamat..
kalo puan2 nak pakai yg trendy tp mengabaikan ciri2 asal, lauk2 puan2 jugak yg nak kena hurung lalat dan kna curi..
terpulangkan kepada puan2, fungsi tudung tu utk melindungi atau hanya menghiasi..
saya cuma penjual jalanan yg mencari rezeki sesuap nasi..

jadi, kita telah melihat bagaimana makcik-makcik tadi memilih tudung saji mereka.. bagaimana pula dengan anda? mana yg lebih prioriti? keselamatan atau kecantikan?

janganlah anda tepuk perut tanya selera..
tp tepuklah kepala dan tanyalah minda..

PANDUAN MEMAKAI TUDUNG








http://i14.photobucket.com/albums/a319/amar_kun/tudung.jpg

Wednesday, September 28, 2005

Lauk dan tudung saji..

Assalamualaikum..

asif..dah lama ana tak update blog ni.. mungkin sebulan dua ni agak hectic bagi ana, maka kurang masa ana dapat luangkan untuk update blog ni.. alhamdulillah, skarang ni tgh fresher's week kat uni, so ana ada banyak masa utk tulis artikel di blog ni..

topic kita hari ini ialah tudung saji..

Apakah itu tudung saji?

Tudung saji ialah sejenis perkakas dapur yg digunakan oleh orang melayu sejak zaman-berzaman lagi..

Kegunaan-kegunaan tudung saji

1. sebagai perisai untuk lauk pauk di atas meja daripada dihurungi daripada lalat2.
lalat-lalat sangat suka menghurung lauk-pauk yg tidak bertudung, malahan suka hinggap di atas lauk-pauk tadi, dan berkemungkinan bertelur di atas lauk-pauk tadi. dengan ini, lauk-pauk yg lazat tadi telah ditambah perasanya, didalangi oleh "chef tidak diundang, chef lalat" dengan menunya yg tidak asing lagi, iaitu..................

"(nama lauk) TELUR LALAT".
contoh: "ayam masak merah TELUR LALAT"

1a. apabila manusia memakai tudung, insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada dinoda oleh lalat2 yg fungsinya merosak lagi merosakkan..

2. sebagai pelindung daripada dilihat dan dicuri oleh kucing2 yg dibela di rumah sendiri mahupun kucing dari rumah jiran.
kucing-kucing tidak kira kucing itu kira yg punya atau jiran kita yg punya atau tiada siapa yg punya, acapkali menunggu peluang untuk mencuri dan meng'ngap' lauk-pauk yg tidak dilindungi oleh tudung saji. tudung saji telah direka khas dengan bentuk kon dan hemisfera, khas utk menyukarkan binatang2 untuk membuka dan seterusnya mencuri lauk-pauk di dalam. jika tudung saji tidak digunakan, maka besar kemungkinan lauk-pauk yang tinggal untuk dimakan oleh isi rumah hanyalah sisa hasil ubah-suai daripada pencuri-pencuri profesional tadi..

menu asal: ikan goreng
menu ubah suai(sisa): tulang ikan goreng

2a. apabila manusia memakai tudung, insyaAllah akan terhindar daripada pandangan2 'pemangsa-pemangsa' yg telah rosak hatinya dan mempunyai niat yg buruk terhadap anda..

3. sebagai perhiasan di dapur
seringkali tudung saji dijadikan sebagai bahan penarik di dapur. tudung saji zaman sekarang didatangkan dengan pelbagai warna dan corak bagi memenuhi citarasa pengguna masa kini yg inginkan perlindungan daripada tudung saji dan pada masa yg sama ingin mencantikkan ruang makan mereka. apabila ruang makan nampak cantik, ini dapat menjadikan lauk-pauk nampak lebih sedap dan menyelerakan utk isi rumah dan pada masa yg sama, ke'fresh'annya terpelihara..

3a. apabila manusia memakai tudung, insyaAllah akan kelihatan bertambah manis rupanya dan mencerminkan akhlak dan tata susilanya..

sedangkan lauk-pauk terpelihara pabila bertudung, inikan pula manusia..

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan kudungnya ke lehernya.."

(An-Nur:31)

walaupun telah jelas turunnya dalil untuk menutup aurat masing-masing, masih lagi kedengaran suara-suara keluhan mengeluarkan alasan..

"ala.. tak kisahla pakai tudung pun, yg penting, hati kita baik.. ingat kami yg tak pakai tudung ni jahat sangat ke? kami pun sembahyang tau.."
sesungguhnya dengan solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar..


"buat ape pakai tudung kalo hati tak ikhlas? kalau buat amalan tak ikhlas, bukan diterima pun..baik camni je, yg penting kita tak hipokrit."
ikhlas ataupun tidak, amalan diterima ataupun tidak.. itu kita serahkan kepada yg Maha Esa.. yg penting sekarang, kita harus melakukannya (memakai tudung) kerana ia adalah suruhan Allah dan suruhan Allah wajib dituruti

"tak sampai seru lagila nak bertudung.. nanti2 la.. bila saya sudah bersedia nanti, saya pakai, insyaAllah.."
bila anda bersedia? petang ni? esok? minggu depan? atau tahun depan? namun di sini saya ingin ajukan satu soalan, adakah anda dapat menjamin bahawa anda akan terus hidup untuk satu hari lagi? adakah hari esok itu pasti datang? sesungguhnya, mati itu amatlah dekat..

"walaupun saya ni tak bertudung sekarang ni, tapi saya inginkan suami yg soleh, yg boleh membentuk peribadi saya.. jadi, lepas kawin nantila saya pakai, hehe."
hehe..boleh jamin ke boleh dapat lelaki soleh?

"alaa..macam baik sangat je pakai tudung.. aku tau si(nama seseorg) tu harap je pakai tudung, tp aku yg tak pakai tudung ni laaagi baik daripada dia.."
ini kerana masih terdapat di antara mereka yg bertudung tidak memahami hakikat bertudung, lantas memberi gambaran buruk kepada mereka yg lain..

hakikat bertudung

Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia..
sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat ,
lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..
itulah hakikat tudung..
(taken from internet)



sedarlah wahai teman, perlindungan tudung kepada manusia adalah jauh lebih hebat daripada perlindungan tudung kepada lauk-pauk..

tudung saji hanyalah digunakan utk melindungi lauk drp lalat, ttp tudung kepala diguna untk melindungi diri api neraka..

Wallahua'lam..


Wednesday, May 11, 2005

sanggupkah kamu makan lauk ini?

Assalamualaikum wbt

kali ni tak cakap pasal makan nasik, kali ni kita cakap makan lauk.. lauk yg amatlah tidak sedap, namun menjadi kegemaran ramai dari dulu hinggalah sekarang..

lauk apa ye yg jadi kegemaran dulu sampai sekarang walaupun notorious dgn ketidaksedapannya?

"megi"..... salah, megi pun sedap bila budget lari..

"sardin"... salah, sardin pun sedap bila kena cara memasakknya..

"cekodok.. salah, cekodok yg mak saya buat sedap je..

dan pemenangnya ialah....

DAGING SAUDARAMU SENDIRI

"mane pernah aku makan daging org..daging ayam ke, lembu ke, adela..."

"eii..jijik la aku nak makan daging orang.."

benarkah anda semua tak penah makan daging saudara anda sendiri?
cuba check betul2...

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengjing sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudara kamu yang sudah mati? Maka tentulah kamu akan berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujurat:12)

so..sila check diri anda sekali lagi... adakah anda tergolong dalam golongan kannibal yg makan daging orang ini?iaitu golongan yg melakukan 'ghibah', iaitu berkata2 sesuatu yg tidak elok di belakang saudara anda..

"ek elehh..aku bukan buat cerita..mmg betul dia buat (sstu yg tak elok)"
walaupun benda itu benar, tp selagi ia memburukkan org itu di belakangnya, maka ia dikira umpatan (ghibah)

dan sila check lagi..dah berapa ramai org yg dagingnya anda telah makan hari ini..

dan sila check mulut anda, adakah ada daging2 yg masih melekat, hasil 'makanan free yg tidak diundang daripada umpatan2' anda hari ini...

dan sila check diri anda, adakah ini akan menjadi makanan ruji anda untuk hari ini, esok, dan hari2 yg seterusnya..

marilah kita sama2 menghindari makanan favourite yg akan membawa ke neraka ini..

wassalam

Saturday, April 30, 2005

nasik panas dan nasik sejuk

Assalamualaikum wbt..

lama dah tak bukak blog.. hm.. result trial exam dah kluar.. 1a, 1b, dan 1c.. isk2.. kena tingkatkan usaha lagi ni..

okeh, kali ni nak cakap pasal nasik panas dan nasik sejuk..

hari jumaat lepas ana jadi dealer nasik lemak kejap.. dapat la jual 8 bungkus.. dapat komisyen rm1..
lepas dapat2 je nasik lemak tu, terus ana ngn wafiy, anuar n firdaus makan kat meja kat sebelah blok kat sebelah surau tu..

"sedap betul makan nasik pagi2 panas2 ni.." kata sorang tu.
"mmg2.. dapat2 terus makan.. mmg la sedap.. makan nasik lemak waktu pagi.. tepat pada waktunya" jwb sorang lagi..

so lepas abis tu, dan membuang sampah ke dalam tong sampah, kami pun blah menuju halatuju masing2.. saya pi distribute nasik lemak kat condo lak.. wafiy, firdaus n anuar sambung study kat surau..

ada 2 lagi nasik lemak tak abis.. dan member yg beli tu makan waktu asar..

"elok lagi ke ni amar? semacam je bau dia.."
"ntah..try la.. kalo elok lagi, elok la perut ko.. kalo basi, sakitla perut ko.."

wallahuaklam apa jadi ngn perut member tu cos lepas makan dia pi balik kampung.. moga2 perut dia sihat selalu selepas makan nasik lemak yg agak expired tu..

pengajaran daripada kisah ni..

1. makanlah nasik lemak pada waktunya.. iaitu waktu pagi
2. makanlah nasik lemak pada waktu pagi dan ketika masih panas lagi..nescaya akan terasa sedap
3. kalau takut basi, jgn lengahkan masa makan nasik lemak..makan awal2..

aplikasi..

1.solat anda pada awal waktu, jemaah pertama di belakang imam di surau/masjid di tempat azan dilaungkan.. nescaya anda akan dapat rasa kemanisan bersolat.. sesungguhnya berjemaah itu 27 kali ganda darjatnya daripada bersolat sendirian..
2. jgnlah lewatkan solat..

Monday, April 11, 2005

pinggan dan nasik (exam)

assalamualaikum..

minggu ni ana start mock exam A-LEVEL..
kepada sesiapa yg melayari blog ana ni.. doa2kanlah kejayaan ana..
supaya ana tak terlalu menumpukan masa ana utk study je,
sampai terlalu sikit masa yg diluangkan utk berdakwah..

ana tak mahu, terlalu banyak berbelanja utk beli pinggan import yg mahal2,
sampai tak cukup budget utk beli beras dan masak nasik..
bukan kenyang pun makan pinggan tu..

wassalam

masak nasik

assalamualaikum..

semalam ana baru balik dari "Sahabat Sociery Leadership Camping"..

pengalaman yg paling beharga masa perkhemahan tu ialah, ana kena masak nasik dan lauk sendiri.

sedap gak nasik yg groupmate ana buat.. ada group jiran yg selalu ajak kongsi lauk dengan diorang..ana seperti biasa, mmg bersemangat dlm bab2 menghabiskan makanan ni..ehe

kesimpulan, makan nasik lebih senang daripada masak nasik..

iktibar daripada masak nasik..

1.sesungguhnya masak nasik itu amatlah berbeza daripada makan nasik itu, atau menghias nasik itu bagi jadi lawa utk pertandingan.. makan senang je, tapi nak masak tu, susah..

1a)begitulah juga dunia ini.. memanglah mudah bagi kita manusia untuk menggunakan dunia ini utk kemudahan kita.. namun kita cepat alpa dan lupa apabila dikaburi keindahan dunia (makan nasik) yg sementara ini.. kita lupa kepada Dia yg Maha Mencipta.. dia menghantar kita ke sini dgn satu misi.. di mana kita akan dinilai oleh al-mizan, dan kemudian barulah dibalas dgn kesedapan yg berkekalan..

2.bila masak nasik tu, hati2..kalo nasik tu masak elok, antum juga yg makan.. kalo jelantah, perut sapa lagi yg nak makan, antum jugak..

2a) bila duduk kat dunia ni, kita perlulah lakukan yg terbaik.. dan pastikan apa yg kita lakukan itu tidak menyimpang dgn apa yg telah digariskan oleh Al-Quran dan As Sunnah.. kerana kita bertanggung jawab atas apa yg kita lakukan di dunia ni.. kalo baik amalan kita, baik lah pula balasannya.. kalo buruk amalan kita, buruklah balasannya.. nauzubillah..

3.bila masak nasik dan lauk tu, jgn lupa kat jiran, bagi la sikit..manala tahu, dia teringin nak rasa lauk yg kita masak, yg mungkin lebih sedap drpda masakan dia..jgn lah kedekut lauk yg sedap itu kepada diri sendiri, kongsila dengan jiran, kerana benda yg sedap, bila dikongsi, akan bertambah kelazatannya..

3a) apabila anda dapat hidayah, jgn lah restrictkan hidayah itu kepada diri sendiri.. cubalah dengan sedaya-upaya menyebarkan hidayah itu kepada masyarakat..

itulah sedikit keinsafan yg dipelajari daripada pengalaman masak nasik sendiri ketika camping..

wassalam

Wednesday, March 30, 2005

nasik dan lauk..

assalamualaikum..

alhamdulillah, praktikal fizik pagi tadi berlalu dengan tenang..
syukur kepada Allah yg memudahkan ana dalam menjawab soalan fizik tadi..

okeh.. bercakap pasal makan nasik.. adakah kita mahu makan nasik saja?
kalau kita observe kat restoren2 atau gerai2 makanan, berapa ramaikah yg order nak makan nasik sahaja? adakah sedap kalo kita makan nasik, dan hanya nasik?

kenapa orang tak order nasik saja?
1. gizi tidak seimbang..nasik cuma membekalkan karbohidrat
2. (tengah pikir kenapa..)
3. kurang sedap..rasa tawar je..(kalo nasik itu adalah nasik putih..)

kenapa orang order nasik dgn lauk-pauk?
1. gizi seimbang
2. lebih berselera untuk makan
3. lebih sedap

jika kita mengambil hanya nasik, maka sesungguhnya kita mengambil gizi yg tidak seimbang.. tidak lengkap diet pemakanan kita pada hari itu.. andaikata kita mengambil lauk dan sayuran, gizi kita lebih seimbang, protein yg terdapat dlm lauk spt ikan,ayam dan daging misalnya, dapat membaiki tisu2 lama di samping menggalakkan pertumbuhan tisu2 baru..sayuran2 seperti tomato dapat mengurangkan probability mendapat kanser.. jadi, dengan adanya lauk2 ini, kita dapat membina tubuh yg sihat!!

iktibar yang boleh diambil daripada lauk..
apabila orang tanya, nak pegi mana tu? kita akan jawab nak pegi makan nasik.. tetapi realitinya, kita tidak hanya makan nasik, melainkan bersamanya lauk-pauk yg sedap..

apabila orang tanya, nak pegi mana tu? kita jawab nak pegi solat zohor.. tetapi realitinya, mmg kita solat zohor pun..then kita blah.. solat2 sunat tambahan tak buat pun..

persoalannya, kenapa makan nasik perlu ada tambahan, tapi dalam bab2 ibadah ni kita takde motivation nak buat ibadah tambahan? adakah kita beribadah semata2 nak cukup syarat?

bila ditanya," kenapa tak makan nasik kosong je.. abis makan kenyang gak" .
jawapan," mana sedap makan nasik takde lauk".

bila tanya lagi,"abis apsal solat buat yg wajib je.. tambahla ngn solat sunat..barula lengkap".
jawapan,"sunat je pun.."

marilah kita sama2 renungi diri sendiri.. adakah kita dijadikan untuk makan nasik dan lauk? atau kita dijadikan untuk beribadah? jadi mengapakah kita berlumba2 untuk melengkapkan benda yg nikmatnya hanya sementara, meninggalkan perkara yg menjamin kenikmatan yg berpanjangan di akhirat?

sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.......

wallahualam

Sunday, March 27, 2005

makan nasik

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahimm...

kenapa makan nasik?
nasik ialah makanan ruji bagi rakyat malaysia, dan kebanyakan negara di rantau asia.. ana telah memilih nasik sebagai nama blog ini kerana:

1. ana berasal dari negeri jelapang padi malaysia, di mana antum boleh lihat sawah padi di mana jua anda berada
2. nasik adalah sumber karbohidrat, yg mana dari karbohidrat itu dapat diproses menjadi kalori yg kemudiannya menjadikan kita bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian
3. nasik itu sungguh sedap

masih kurang berpuas hati dengan penjelasan ana?

1a. nasik adalah ciptaan Allah, yang dijadikan oleh-Nya nasik itu, sebagai sumber rezeki rakyat di negeri ana, kedah darul aman
2a. nasik itu adalah ciptaan Allah, supaya manusia dapat makan nasik itu untuk mendapatkan tenaga, untuk meneruskan kehidupan dan beribadat kepada-Nya
3a. walaupun nasik itu sedap, bukan nasik yg menyedapkan, bahkan Allah lah jua yg memberi kita kenyang dan sedap itu.. dan janganlah kita fikir bahawa nasik itu punya kuasa untuk mengenyangkan kita, bahkan Allah lah yg mengenyangkan kita..

itulah sedikit keinsafan yg dapat kita pelajari daripada nasik..

wallahu'alam