Sunday, January 13, 2008

Mangsa Keadaan

Kita adalah mangsa keadaan
laju beradu di litar perlumbaan
berebut mad'u dalam keredhaan
bersaing menuju jalan ke Tuhan.

Mungkinkah kereta-kereta dakwah ini
melupakan perbezaan
meraikan persamaan
kerana kita punya
satu tujuan
Allah
pemilik mutlak
hidayah dan iman.

Senja ini kita seribu,
mungkinkah fajar kita kan satu?

ibnu omar

No comments: