Monday, June 30, 2008

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir sahabat

waktu rupanya kian renta

derap nostalgia berbatu jauhnya

rembulan turut bertepuk tangan

meraikan kau pulang ke daerah kedewasaan


Selamat ulangtahun sahabat

pucuk kini semakin hijau

kelak merimbunlah jadi teduhan

kalau berputik buah manis

jangan lupa menghulur kasih


selamat hari lahir sahabat

lembayung sudah tercalit di langit

awan kenangan tak juga terusik

lompang antara kita

rupanya ada membenih rindu

pada kalbu yang sayang akan mu


selamat ulangtahun sahabat

ikatan sudah merambu-rambu

manira merapus tak siapa tahu

ananimu bagai semilir menikam

kesturi persahabatan kian menghilang.


wardahputeh,

UIAM Kuantan

21 Mac 2008


seorang kawan menulis sajak utk seorang kawannya.

Tuesday, June 17, 2008

Always


Days may not be fair, always,

That's when I'll be there, always,

Not for an hour,

Not for a day,


But always.

Leonard Cohen

Friday, June 06, 2008

Quote for the day

"There are two types of people - those who say there are two types of people, and those who don't".
Anonymous

Sunday, May 25, 2008

Makan nasik di rumah Kerol

Saya ada seorang kawan. Nama dia Kerol. Kami sama-sama sekolah AUSMAT batch 14 di Shah Alam.

Tiap-tiap hari lepas kelas tamat, saya makan nasik dengan Kerol di kantin. Pada satu hari, Kerol tak datang kelas.

Saya sms dia, "Weh kerol. Apsal ko x dtg kelas arini? Bosan dowh makan sesowang."

Kerol reply, "Aku x bape sihat skrg. Sakit aku dtg balik."

Saya jawab, "Ko ade kt umah x skrg? Nanti boleh aku ziarah ko, leh kite gi makan nasik sesama. Hehe."

Sms Kerol, "Aku xde kt umah ni. InsyaAllah nanti ko datang ler umah aku."

****

Esok, lusa dan hari-hari berikutnya Kerol dah tak datang-datang lagi ke kelas. Saya pun dah makin terbiasa dengan ketiadaan Kerol. Teman datang teman berganti. Kini saya dah pun ada kawan-kawan baru untuk makan nasik bersama-sama.

****

Jumaat lepas, setelah usai sembahyang jumaat, saya on kan hp saya. Ada 1 mesej baru. Saya bukak, "Wah, ade sms dari Kerol. Ape kabar laa mamat ni dah lame tak dengar cerita."

Sms tu berbunyi, "Salam. Ni kakak Kerol. juz nk inform yg kerol dh pegi meninggalkan kita semua pd tghari td. tahlil akan diadakan pd mlm esk slps isyak. sampaikn pd yg lain".

****

Malam ni malam sabtu. Malam ni aku tak masak pasal aku nak gi makan nasik kt umah ko, kerol. Ada ramai orang lain. Ada mak, ayah, adik beradik dan sedara-sedara ko. Budak-budak AUSMAT 14 kelas akaun semua ada. Cuma ko je yang tak ada.

Maafkan aku Kerol pasal jadi teman yang tak berguna, yang cuma datang makan nasik bila kau dah takde di dunia.


Kerol, moga kau tenang bersemadi di sana. Makanlah nasik bersuapkan bidadari syurga.

Amin.

Alfatihah kepada Allahyarham Khairul Nizam yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat, 16 Mei 2008 kerana menghidap barah thyroid. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-0rang yang soleh. Amin.

Monday, May 12, 2008

Sang Murobbi

kalau lambat load, boleh tonton di sini: http://video.kongkoow.com/play.php?vid=437

Wednesday, April 23, 2008

Engkau laksana bulan..





Friday, April 18, 2008

Muhasabahlah dirimu..

Assalamualaikum wrh wbt


mirror management by ~Luthez on deviantART

Diambil dari emel.

"Antara tuduhan yang sering dilemparkan oleh mereka yang bukan Islamis kepada para Islamis, ialah para Islamis hanya hidup di atas indoktrinisasi tanpa berfikir. Mereka hanya memuntahkan apa sahaja yang disuapkan oleh murabbi, naqib atau murshid ruhi mereka. Mereka tidak melahirkan ide baru, dan tidak menguasai ilmu, sebaliknya hanya bertaqlid buta dan menjadi burung kakak tua yang paling bising. Mereka hanya sering beremosional tanpa rasional. Mereka juga amat taksub dan memekakkan telinga dan menutup mata dari melihat dan mempelajari dari orang lain. Mereka bersikap bahawa mereka adalah lebih mulia dari orang lain.


Apakah itu semua benar? Cuba pergi ke cermin dan lihat diri kita sendiri. Lihatlah list tersebut, ada tak pada diri kita...semuanya akan terjawab."