Hatiku sering malu tersipu
pada mata yang dungu tertipu
oleh nona manis
bermata jeli
kulit ivory
bibir delima
walaupun aku tahu
semua yang fana
adalah roti gardenia
yang punya tarikh luputnya.
Namun aku
masih terus tidak tahu malu
kerana aku
bermuka tembok kepala batu
saban hari tidak jemu
berdoa padaMu
agar cinta Zulaikha
setia Hawa
hati Khadijah
akal Aisyah
berhimpun jadi satu
pada pelengkap separuh agamaku.
Aku akan terus menunggu
takkan jemu merindu
hadirmu bidadariku
hiasan syurga di langit dunia.
Aku akan kekal begitu
biar seribu tahun berlalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
suka yang ini.
Post a Comment