Tuesday, January 15, 2008

Berita semalam..

Assalamualaikum wrh wbt.

Dipetik dari Harian Metro,

*****
...Sementara itu, di Rawang lima kereta Perodua Myvi yang baru 15 minit dibawa keluar dari kilangnya rosak teruk apabila treler yang membawanya terbabas sebelum terbalik.

Difahamkan dalam kejadian jam 3.15 petang itu, semua kereta baru keluar dari kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang sebelum terbabit dengan kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Rawang.

Sumber polis berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca akibat masalah pada sistem mekanikal stereng lori treler dua tingkat itu yang tidak berfungsi. Akibatnya lori terbabit yang membawa kereta MyVi baru ke arah ibu kota, hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri lebuh raya lalu terbalik di longkang berhampiran.

“Akibat kemalangan itu, dua kereta MyVi yang yang letakkan di bahagian bawah dan tiga lagi di tingkat atas belakang treler turut terhempas ke bahu lebuh raya menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kiri.

“Bagaimanapun semua kenderaan terbabit tidak tercampak ke atas lebuh raya berikutan ia diikat pada badan treler. Pemandu dan kelindan treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Difahamkan semua kereta baru itu dalam perjalanan ke Klang untuk dihantar ke sebuah syarikat kereta sebelum diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan.
*****

Persoalan: Berapakah kereta yang menyebabkan kemalangan dan berapa pula yang malang?

Pengajaran1: "Kalau murabbi tergolek, habis semua mutarabbi ikut tergolek, malang betul mereka tu" kata Raja Ketam sambil mengajar rakyatnya berjalan lurus.

Pengajaran2: "Kami pun sama malang, dapat murabbi jalan senget," bisik hati seekor anak ketam.

[+]Addendum (Disebabkan khuatir dengan kemungkinan bertambahnya bilangan pembaca yang tidak faham, maka iA dengan izin Tuhan saya akan menambah sedikit komen tentang peristiwa lori terbalik di atas.)

Baik, sekarang mari kita analisa peristiwa di atas.

Peristiwa kemalangan di Lebuhraya PLUS Rawang ini melibatkan:
1 lori kontena (bersama 1 pemandu)
5 pro2 Myvi (tiada pemandu)

Punca kemalangan:
Masalah sistem mekanikal stereng lori.

Kerugian:
1 lori kontena dan 5 pro2 Myvi.
0 kerugian jiwa dilaporkan (alhamdulillah).

Berikut ialah perbualan antara dua orang pakcik selepas membaca berita ini..

En. A: Ish ish.. tengok berita ni.. ruginyer.. abis kereta baru-baru semua rosak..

En. B: Betul tu..nasib baik pemandu tu selamat.. mungkin ni berkat dia ikhlas dalam bekerja.

En. A: Itulah.. semua ni gara-gara stereng yang rosak.. kalau dah stereng rosak, ikhlas macam mana pun masih lagi susah nak ikut jalan yang lurus.. akhirnya masuk ke longkang.. kalau masuk ke longkang sorang-sorang takpe jugak.. ini habis semua kereta-kereta baru yang suci murni tu diajak ke longkang sekali..

En. B: Apa boleh buat.. dah takdir Tuhan.. (sambil menggeleng-geleng kepala)

En. A: Hmm.. (geleng kepala jugak). Eh tengok ni, Datuk Siti dah bertudung.. bla bla bla..

(Kerana perbualan dah berubah topik, maka isi-isi seterusnya tidak lagi relevan dengan diskusi di sini).

Okeh, sekarang mari kita analisa dengan kaca mata dakwah.

Kenapa peristiwa ni dipanggil kemalangan?

Kerana lori terjatuh ke dalam longkang. Adakah pemandu lori dengan sengaja membawa lorinya jatuh ke dalam longkang? Tidak, tidak mungkin seseorang yang berakal sihat dan lulus ujian memandu (yang susah jugak ar) akan intentionally membawa lorinya beserta amanahnya masuk ke dalam longkang. Ini disebabkan kedegilan sang pemandu untuk terus menggunakan stereng yang rosak, tidak memeriksa keadaan stereng dengan teliti sebelum memulakan perjalanan. Walaupun beliau seorang yang ikhlas, amanah dan bersemangat dalam bekerja, namun disebabkan sikap tidak mahu mengislahkan lorinya, kemalangan pun berlaku. Akhirnya, jiwa para kereta yang bersih, kuat, dan hati-hati yang kosong tiada berpemandu telah pun disia-siakan masuk ke dalam jurang longkang bersama lori tua tadi. Alangkah bahagianya jiwa kereta-kereta muda tadi dapat siap sampai ke destinasi, diisi dengan pemandu yang hatinya ikhlas dan berfikrah jelas, enjin-enjin muda tadi mungkin akan dapat meluncur laju masuk ke lorong-lorong di kota, denai-denai di kampung, membawa rahmat ke mana saja tayarnya bergolek. Namun hanya disebabkan kedegilan dan ego seorang pemandu tua, itu semua hanya tinggal mimpi-mimpi indah dalam hati-hati pemuda yang pasrah (pasal kereta yang diorder dah rosak).

Maka disebabkan kemalangan yang merugikan ini, terpaksalah kita menunggu hadirnya generasi kereta dengan roh baru dalam ummah kereta ini, yang Dicintai Pencipta dan mereka pun mencintai-Nya, berlemah lembut kepada saudara dan izzah kepada musuh.

Semoga Allah memberikan kita jalan-jalan ke arah jihad yang muntijah.

Wallahua'lam.

6 comments:

the writer said...

daku makin pening..tak boleh ker kemalangan(read ke'malang'an). tak malang ke lori terbalik??

-oleh yg dah lupa bahasa melayu yang sebetul-betulnyer..=P

pengembara said...

aaaaa...sambing=sambil?...

ibnu_umar said...

oh typo.. mm.. tima kasih kerana membetulkan.. saya akan betulkan cepat-cepat takut nanti terbabas masuk longkang.

:)

HbO said...

oh..kiranya kisah ni bukan pasal perkataan kemalangan tu salah atau tidak, tapi msg tersirat di sebalik peristiwa itu yer??..mcm makin confuse jer.. huhu..maaf penulis.

tapikan, boleh jer jadi tak malang.. mana tau kut2 kereta tu kalau selamat sampai kepada pemandunya nanti digunakan ke jalan yang lebih memudharatkan perjuangan agama kita.. so, ke'malang'an itu mungkin ada baiknyer.. (teringat kisah nabi khidhir n nabi musa)..huhu.mungkin lah..

ibnu_umar said...

a ah.. kisah di atas adalah analogi kepada benda yg tersirat yg ingin disampaikan.

pasal hikmah dari kisah ni, mmg kita sentiasa dituntut utk husnudzon pada Allah atas apa yg terjadi dalam peristiwa harian. namun itu bukanlah menjadi modal kepada kita untuk contoh di bawah:

1) bawak moto laju2, langgar budak sampai mati, pastu kate "ala.. takyah la kisah sangat.. mana tahu nanti budak ni besar2 jadi presiden amerika pastu dia bom palestin ke.. so bagus gak dia mati"

2) tanak naik bas, "aku tanak naik bas, mana tahu nanti keuntungan bas tu boss dia buat pelaburan tembakau pastu buat kilang rokok pastu rakyat beli pastu habis duit income tax kerajaan buat guna bayar medical fees utk kanser paru-paru"

3) tanak keje, "aku tanak keje, kalo aku keje nanti kompeni aku untung pastu dia buat lgi byk kilang pastu keluar lagi banyak asap NO, SO, CFC pastu menipiskan lapisan ozon pastu penguin-penguin di kutub abis mati dan pupus."

4) tanak dakwah, "aku tanak dakwah. kalo aku dakwah nanti mana tahu aku tertajmik budak munafik, pastu nanti dia power jadi ketua jemaah, pastu nanti dia porak perandakan dakwah kt negara aku."

dan macam-macam lagi alasan yg boleh dibuat. di atas hanyalah contoh.

pengajaran dari komen saya, check balik surah Al-Hujurat, yang kawan arab saya kata surah of ethics.

wallahua'lam

ibnu_umar said...

er.. nampak macam beremosi plak komen kt atas ni.. huhu..

okeh, now i'll try my best to explain the difference between kisah nabi musa dan nabi khidir and the accident in a better way, insyaAllah.

okeh awak kata, mungkin kejadian 'malang' ada hikmah kebaikan di sebaliknya. (dan menggunakan contoh kisah nabi musa dan khidir). dan saya akui, setiap yg terjadi, mmg telah diatur oleh Allah dan memang ada hikmah yg tersembunyi yang hanya Dia yang tahu, mungkin lambat laun kita akan tahu sebahagian daripadanya, namun mustahil utk kita mengetahui kesemuanya.

okeh, berbalik ke topik. perbezaan antara kedua2 kejadian ialah, TIMING untuk mencari hikmah.

dalam kes nabi khidir dan nabi musa, nabi khidir telah mengetahui hikmah kejadian SEBELUM kejadian itu berlaku. ini kerana anugerah yang dikurniakan Allah kepadanya (mukjizat).

Namun dalam kes-kes yang lain, (contohnya kes kemalangan, naik bas, keje, dakwah) hikmah hendaklah dicari SELEPAS perkara berlaku. ini kerana kita manusia biasa dan mustahil utk kita evaluate hikmah sebelum perkara berlaku.

Allah melihat kepada KERJA (yg efektif, produktif) dan HATI (yg ikhlas) kita. Kerja tanpa Hati itu riak (sia-sia di akhirat) dan Hati tanpa Kerja itu rosak (sia-sia di dunia). Dalam kes kemalangan tu, si pemandu lori mungkin ikhlas pada hatinya (ya kita husnu dzon di sini) tetapi sikap yg tidak mengislahkan diri dan lori memberi kesan yang buruk kepada diri dan pengikut.

Kalau kemalangan di jalanraya begini pun sudah begini parah kesannya, apatah pula kemalangan di sebaik-baik jalan, jalan dakwah?

Selamat datang ke jalan dakwah saya ucapkan kepada pembaca sekalian, semoga kita teguh dan tetap menharungi karpet merah yang berduri, berkaca, berperiuk api ini!!

wallahua'lam