Friday, October 24, 2008
Pencerahan bukan untuk Orang Manja
Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.
Monday, June 30, 2008
Selamat Hari Lahir
Selamat hari lahir sahabat
waktu rupanya kian renta
derap nostalgia berbatu jauhnya
rembulan turut bertepuk tangan
meraikan kau pulang ke daerah kedewasaan
Selamat ulangtahun sahabat
pucuk kini semakin hijau
kelak merimbunlah jadi teduhan
kalau berputik buah manis
jangan lupa menghulur kasih
selamat hari lahir sahabat
lembayung sudah tercalit di langit
awan kenangan tak juga terusik
lompang antara kita
rupanya ada membenih rindu
pada kalbu yang sayang akan mu
selamat ulangtahun sahabat
ikatan sudah merambu-rambu
manira merapus tak siapa tahu
ananimu bagai semilir menikam
kesturi persahabatan kian menghilang.
wardahputeh,
UIAM Kuantan
21 Mac 2008
seorang kawan menulis sajak utk seorang kawannya.
Tuesday, June 17, 2008
Always
Friday, June 06, 2008
Quote for the day
Sunday, May 25, 2008
Makan nasik di rumah Kerol
Tiap-tiap hari lepas kelas tamat, saya makan nasik dengan Kerol di kantin. Pada satu hari, Kerol tak datang kelas.
Saya sms dia, "Weh kerol. Apsal ko x dtg kelas arini? Bosan dowh makan sesowang."
Kerol reply, "Aku x bape sihat skrg. Sakit aku dtg balik."
Saya jawab, "Ko ade kt umah x skrg? Nanti boleh aku ziarah ko, leh kite gi makan nasik sesama. Hehe."
Sms Kerol, "Aku xde kt umah ni. InsyaAllah nanti ko datang ler umah aku."
****
Esok, lusa dan hari-hari berikutnya Kerol dah tak datang-datang lagi ke kelas. Saya pun dah makin terbiasa dengan ketiadaan Kerol. Teman datang teman berganti. Kini saya dah pun ada kawan-kawan baru untuk makan nasik bersama-sama.
****
Jumaat lepas, setelah usai sembahyang jumaat, saya on kan hp saya. Ada 1 mesej baru. Saya bukak, "Wah, ade sms dari Kerol. Ape kabar laa mamat ni dah lame tak dengar cerita."
Sms tu berbunyi, "Salam. Ni kakak Kerol. juz nk inform yg kerol dh pegi meninggalkan kita semua pd tghari td. tahlil akan diadakan pd mlm esk slps isyak. sampaikn pd yg lain".
****
Malam ni malam sabtu. Malam ni aku tak masak pasal aku nak gi makan nasik kt umah ko, kerol. Ada ramai orang lain. Ada mak, ayah, adik beradik dan sedara-sedara ko. Budak-budak AUSMAT 14 kelas akaun semua ada. Cuma ko je yang tak ada.
Maafkan aku Kerol pasal jadi teman yang tak berguna, yang cuma datang makan nasik bila kau dah takde di dunia.
Kerol, moga kau tenang bersemadi di sana. Makanlah nasik bersuapkan bidadari syurga.
Amin.
Alfatihah kepada Allahyarham Khairul Nizam yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat, 16 Mei 2008 kerana menghidap barah thyroid. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-0rang yang soleh. Amin.
Monday, May 12, 2008
Wednesday, April 23, 2008
Friday, April 18, 2008
Muhasabahlah dirimu..
mirror management by ~Luthez on deviantART
Diambil dari emel.
"Antara tuduhan yang sering dilemparkan oleh mereka yang bukan Islamis kepada para Islamis, ialah para Islamis hanya hidup di atas indoktrinisasi tanpa berfikir. Mereka hanya memuntahkan apa sahaja yang disuapkan oleh murabbi, naqib atau murshid ruhi mereka. Mereka tidak melahirkan ide baru, dan tidak menguasai ilmu, sebaliknya hanya bertaqlid buta dan menjadi burung kakak tua yang paling bising. Mereka hanya sering beremosional tanpa rasional. Mereka juga amat taksub dan memekakkan telinga dan menutup mata dari melihat dan mempelajari dari orang lain. Mereka bersikap bahawa mereka adalah lebih mulia dari orang lain.
Apakah itu semua benar? Cuba pergi ke cermin dan lihat diri kita sendiri. Lihatlah list tersebut, ada tak pada diri kita...semuanya akan terjawab."
Thursday, April 17, 2008
Demam
Saya sedang demam selsema.
Semoga boleh kaffarah dosa, amin..
Doakan kesihatan saya kembali pulih.. amin..
p/s: kalau ada masa, bacalah artikel dan komen2 artikel di sini http://wansaiful.com/2008/03/29/ulama-ana-je-yang-betul-lah/#comment-3701. Kalau takde cukup masa, baca komennya saja pun bagus juga :P (jgn marah ye tuan penulis artikel.. hehehe)
p/s2: saya turut menyumbang ke komen-komen di situ. cuba teka, mana satukah saya? :P
Thursday, March 20, 2008
Hari ni cuti
Hari ni cuti.
Saya baru balik dari Telok Kemang, Negeri Sembilan.
Semalam ada buat bbq di parking lot pasal luar hujan. Makan ayam masak arang bbq.. kalo tolak arang yg melekat kt kulit ayam, kire sedap gakla daging ayam yg dibbq kan itu.. hehe :D
Paginya plak main game perang belon air. Kene head shot oleh sebiji belon yg bewarna hijau.. tensen betul! :P
Oh lupa nak cakap. Harini besday saya ke 23.. patutlah dapat cuti..
wslm
Wednesday, March 19, 2008
Mereka Yang Tiada
Di jalan ini ku hadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada, Takkan ku gundah
Hudzaifah.org – “Aku ingin keluar dari jamaah ini!” sepotong kalimat terlontar dari seorang ikhwah. Bukan untuk yang pertama kali, namun sudah tak terhingga kalimat ini mengiang di telinga kita. Bukan pula yang terakhir kali, karena inilah sunatudda’wah. Pernyataan ini senantiasa membekas di setiap zaman, di setiap episod dakwah, dari zaman kenabian sampai hari kiamat.
“Silakan akhi, silakan ukhti,” jawab seorang ikhwah menimpali. Beberapa dari kita mempersilahkan kepergian saudara dari barisan ini dengan sikap biasa-biasa. Sikap yang lahir dari pemahaman bahwa hal ini merupakan sunnah dakwah, bahwa akan selalu lahir ikhwah-ikhwah baru, mujahid-mujahid baru, bahwa Islam akan tetap terpelihara sehingga tidak patut barisan ini merengek-rengek demi menahan kepergian seseorang, bahawa natural selection berlaku untuk membersihkan orang-orang yang barangkali memang kurang sesuai memikul beban amanah ini. Sikap ini tidak salah, banyak yang menerapkan dengan apa adanya, maka akhirnya tidak sedikitlah bilangan yang benar-benar mundur dan gugur dari barisan ini
Saat kita bersemangat, memiliki tingkat iman yang stabil atau sedikit lebih baik, kita seolah-olah melihat saudara kita pun seperti kita. Menerapkan standard stability keimanan kita kepada saudara-saudara kita, atau bahkan adik (ikhwah baru) kita. Maka, ketika keadaan saudara kita tidak stabil, sedang mengalami fluctuatution iman, futur, kita pun menganggapnya sebagai kader manja. Kita melihatnya dengan perspektif berbeza dengan apa yang dirasakannya atau yang diperlukannya. Kita yang stabil memaksa agar dia boleh bertahan di garis keimanan. Sehingga kita tidak merasa terlalu perlu untuk memberinya nasihat, atau motivasi-motivasi keimanan. Sementara betapa ia memerlukan sentuhan-sentuhan perhatian kita.
Kita berfikir bahawa suatu ketika nanti, kita akan hidup sendiri tanpa seorang ikhwah yang menemani di suatu daerah. Sehingga kita mengira bahawa kita harus bersiap-siap untuk hal tersebut. Maka ketika ada seorang yang futur, kita bersikap seolah-olah tidak peduli padanya. Dan ketika dia benar-benar mengucapkan, “selamat tinggal”, kita menyalahkannya atas kelemahannya. Kita menyelamatkan diri atas kesalahan dari futurnya saudara, dengan hiburan-hiburan bahawa ini adalah sunatuddakwah.
Tidak sedikit kisah-kisah futurnya ikhwah dari barisan ini setelah tarbiyah bertahun-tahun. Bukan hal yang mengejutkan memang, ulama bahkan ada yang murtad, berganti haluan, ustaz pun ada yang terjatuh, saat tergiur dengan indahnya dunia. Kehilangan seorang yang telah memiliki kefahaman dan mobiliti dakwah yang tinggi, apakah boleh diganti dengan masuknya 50 orang baru dalam barisan ini, tanpa kefahaman dan aksi dakwah yang mapan? Lepasnya seorang kader produktif apakah boleh ditutupi dengan hiburan bahwa 50 baru orang yang baru-baru mengikuti daurah tahap awal, dengan produktiviti dakwah yang masih kosong?
Saudaraku, apakah orang yang baru tarbiyah 1 atau 5 tahun telah boleh menyamai kepribadian Ka’ab bin Malik ra? Nilai keimanan memang tidak boleh diukur dengan lamanya tarbiyah, namun kita bisa melihat secara umum bagaimana keadaan keimanannya dengan parameter usia interaksinya dengan dakwah. Apakah kita akan menyikapi seorang yang baru setahun liqo dengan sikapnya Musa As. kepada Harun As. Saat beliau menarik janggut saudaranya? Atau kita mencuba mengikuti marahnya Abu Bakar ra. Kepada Umar ra yang memilih jalur lembut dalam menghadapi Musailamah dan orang-orang yang menolak zakat? Sekeras itukah kita berperilaku terhadap seorang ikhwah. Dimana senyummu saat pertama bertemu bersama dalam dakwah ini, dimana pelukmu seperti kepada adik-adikmu yang baru masuk dalam aksi tarbiyah?
Kunjungilah saudaramu, ketika lama ia tidak menyapamu, smslah ia saat sang adik tidak pernah muncul-muncul dalam pertemuan keimanan. Datangilah mereka yang lemah, mereka yang manja, tularkan petuah-petuah juangmu. Apakah benar sudah saatnya mereka survival dalam menjaga stabliti keimanananya Tidak, tidak ya akhi, cukuplah derai airmata ini, cukuplah kesedihan hilangnya seorang ikhwah ‘pencen’ sampai disini, dakaplah dan tahanlah mereka yang hendak pergi.
Kuntum bunga boleh layu, namun rekahnya bunga-bunga mujahid harus terjaga tetap hadir di sebuah kebun.
Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri berama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan
Di hati kita melangkah
Jangan dipisahkan kasih bersaudara
Jangan di dendamkan ukhwah yang terbina
Tuesday, March 18, 2008
"Kita ini berbeza"
Oleh : Dr. Ahmad Jamalludin
Orang yang menyatakan ungkapan ini boleh dituduh eksklusif. Bahkan
ada yang mengatakan "Kita ini istimewa, bukan sekadar berbeza". Nah,
kalau yang ini bahkan boleh kita dituduh sebagai facist. Namun ada hal
yang saat ini mengganggu ruang benak saya; bahwa kita perlu merasa
istimewa, dan perlu menyadari keistimewaan kita. Namun keistimewaan
kita bukanlah bermakna ketinggian derajat di antara sesama manusia,
bahkan boleh membawa bermakna sebaliknya.
Seorang kawan mengatakan bahwa pengetahuan dan pemahaman
adalah "perangkap" bagi kita. Kerana kita dituntut untuk beramal sesuai
dengan pengetahuan dan pemahaman kita, dan Allah SWT akan
mengazab orang-orang yang amalnya tidak sesuai dengan
pengetahuannya. Kita tidak mahu menjadi orang yang sudah tahu mana
yang benar dan mana yang salah, mana yang baik dan mana buruk, tapi
masih menolak mengikuti kebenaran dan enggan meninggalkan
keburukan. Orang yang bodoh adalah orang yang tidak mengetahui
kebenaran, sedangkan orang yang ingkar adalah orang yang mengetahui
kebenaran tapi menolak mengikuti kebenaran tersebut.
Dan "celaka"nya, kita ini termasuk orang-orang yang dalam segi
pemahaman Islam lebih baik dibandingkan dengan rata-rata mahasiswa
di kampus kita. Kita beraktiviti dalam organisasi Islam –baik ruhi
ataupun LDF/LDK-, kita membaca buku-buku Islam lebih banyak dan
lebih dari kebanyakan mahasiswa, kita mengalami proses tarbiyah
secara khusus, dan kita beraktiviti atas nama dakwah sehingga pemahaman kita akan amal-amal dalam Islam, terutama amal dakwah, lebih baik dari kebanyakan teman-teman kita yang lain.
‘Ujub? Tidak sepatutnya! Kerana ketinggian pemahaman kita sama
sekali tidak menunjukkan ketinggian darjat kita.
penting dari sekedar memahami, yaitu melaksanakan apa yang kita
fahami. Dan inilah yang mungkin boleh menambah nilai diri kita di mata
Allah ‘azza wa jalla. Pemahaman ini juga berisiko sebaliknya, yaitu
menurunkan kualiti kita di mata Allah, saat kita menolak untuk beramal
sesuai dengan pemahaman kita.
Hingga "terperangkap" lah kita di sini. Kita "terlanjur" tahu mana yang
benar dan mana yang salah, "terlanjur" tahu apa yang dapat membawa
kita pada kemuliaan dan apa yang menggiring kita menuju kehinaan.
Dan kita tidak punya pilihan selain beramal.
"Jadi lebih baik kalau kita tidak tahu apa-apa?
Lebih teruk lagi kalau kita sampai punya pemikiran seperti itu. Kerana
pemahaman kita adalah jalan menuju kemuliaan di sisi Allah SWT.
(Tidakkah kita dambakan kedudukan di sisi Allah SWT?) Kita punya
kesempatan untuk mempunyai ‘amal soleh lebih baik dan lebih banyak
daripada mereka yang tidak paham. (Kenapa mahu memilih yang
sebaliknya?)
Kalau memang kita memilih untuk tidak tahu apa-apa, matikan saja
fungsi akal kita! Maka kita akan menjadi makhluk yang tidak berbeda
dengan haiwan yang tidak tahu kebenaran dan kesalahan, kebaikan dan
keburukan.
Kita Harus Diperlakukan Istimewa
"Kenapa ada ta’limat yang hanya untuk sebagian ikhwah-akhawat saja?
Kenapa kita diasingkan yang lain tidak? Kenapa kita wajib memenuhi
permintaan tapi yang lain tidak?" Jawapannya mungkin sama dengan
alasan kenapa yang dipulaukan waktu Perang Tabuk hanya 3 orang
sahabat saja.
Saat RasuluLlah memerintahkan kaum muslimin untuk berperang dalam
Perang Tabuk, banyak warga Madinah yang tidak ikut berperang.
Sebagian besar adalah orang munafik dan kaum muslimin yang
keimanannya belum kuat. Orang-orang munafik ini memberikan berbagai
alasan agar dapat dimaafkan, tapi ada 3 orang sahabat yang sungguh-
sungguh keimanannya, dan mereka mengakui kekhilafan serta dosa-
dosanya, yaitu Ka’ab bin Malik, Murara bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah.
Sepulang dari Perang Tabuk RasuluLlah beserta kaum mu’minin
memboikot hanya mereka bertiga dalam urusan kemasyarakatan.
Jadi memang ada orang yang seharusnya mendapat layanan/hukuman
berbeza berbanding yang lain walaupun pelanggarannya sama. Kita yang
sudah tahu pentingnya ketaatan dalam berjamaah harus diperlakukan
berbeza daripada yang belum tahu; hukuman/teguran harus lebih berat
kalau tidak taat. Kita yang sudah tahu adab pergaulan harus ditegur
lebih keras daripada yang belum tahu kalau melakukan hal yang
"macam-macam" .
‘Ujub lagi? Tidak seharusnya! Sekali lagi ini berhubungan dengan
pengamalan pemahaman kita. Mungkin harusnya kita malu kerana kita
masih minta banyak keringanan dan mencari-cari alasan kalau tidak
melaksanakan seruan dan amanah dakwah.
Saya Ini Penyu, Ikhwah-Akhwat Itu Rembulan
Ramadhan tahun ini benar-benar dimanfaatkan sebagai anjang
muhasabah buat saya dan beberapa ikhwah. Waktu i’tikaf kami
berdiskusi sambil mengintrospeksi diri. Kemudian ada yang berkata "Saya
ini sebenarnya malu sama ikhwah-akhawat. Selama ini Saya cuma jadi
beban, tukang bikin masalah. Saya banyak membebankan jama’ah
dengan kesalahan-kesalahan yang Saya lakukan, sedangkan Saya belum
pun memberikan sumbangan apa-apa buat dakwah ini. Sementara ikhwah
-akhawat yang lain begitu luar biasa perjuangannya, hingga terkadang
Saya merasa tidak layak untuk diakui sebagai saudara mereka. Kalau
diumpamakan ikhwah-akhawat itu ibarat rembulan, sedangkan Saya
ibarat penyu".
Kedengarannya mungkin ikhwah kita ini sangat tidak percaya diri. Tapi
kata-katanya bersumber dari perenungan dan muhasabah, sehingga
sangat berbekas di hati Saya. Saya merenungkan bahwa begitu banyak
hal yang harus Saya akui sebagai kesalahan, yang membuat Saya begitu
ingin meminta maaf kepada ikhwah-akhwat. Sedangkan belum ada amal
yang dapat Saya kelaskan sebagai ‘amal soleh. Amal-amal Saya pasti
ada kekurangan dan kesalahannya, baik dari segi kontribusinya terhadap
dakwah, maupun dari segi ma’nawiyahnya (keikhlasan, keistiqomahan,
bebas riya’, dan lain-lain). Dan Saya pun ikut merasa ibarat penyu yang
tak layak bersanding dengan rembulan.
Seorang ustadz pernah mengatakan bahwa dakwah ini dibangun dengan
susah payah dan kerja keras para da’i, namun untuk merosak bangunan
dakwah ini cukup hanya dengan kecerobohan satu dua orang saja.
Sungguh menjadi sebuah mimpi buruk bagi kita, bila di Hari Akhir nanti
kita dimintai pertanggungjawaban kerana telah merusak kerja keras
saudara-saudara kita, bukannya memecahkan masalah dakwah malah
menjadi masalah itu sendiri, bukannya meringankan beban saudara-
saudara kita malah menambah berat beban itu.
Dan bukankah selama ini kita memang sudah membebankan ikhwah-
akhawat? Kita sudah memerah para murabbi/murabbiyah agar mereka
mengorbankan waktu, tenaga, dan pikiran demi membina kita, tapi
ternyata produktiviti kita dalam dakwah sangat kurang ("Kaga [Tak]
balik modal" kalau kata orang Betawi). Kita juga sudah menyia-nyiakan
ikhwah-akhawat yang sudah letih dan pusing memikirkan pembinaan
kita, yang sudah sibuk-sibuk menguruskan daurah, mengelola
mentoring/halaqah kita, dan sudah penat memikirkan kenakalan-
kenakalan kita. Sementara kita sendiri belum melakukan apa-apa bagi
dakwah, dan belum berbuat apa-apa untuk meringankan beban mereka.
Hmmm, jadi gimana, ya?!
Thursday, February 28, 2008
Spread the Love~
Maksudnya: “Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang menyayangi. Apakah kamu tidak suka ku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Wednesday, February 27, 2008
Monday, February 25, 2008
A point to ponder
Ordinary people searching for fault.
Great people solve them.
Which one are you?
Ummah memerlukan seorang yang berfikir, belajar, mengajar dan bertindak atas apa yg dipelajari dan sentiasa membaiki apa yang kurang.
Semoga kita menjadi roh baru dalam jasad ummah ini!
tips untuk buat maksiat
berikut ialah tips kalo korang nak buat maksiat
1. jangan makan rezeki Allah
2. jangan berpijak di bumi Allah
3. buat maksiat kt tempat Allah takleh tengok
4. suro malaikat maut suro tunggu jap masa ajal
5. lawan ngn malaikat zabaniyah masa dia nak tarik ke neraka
kalo korang takleh nak buat semua dalam list tu, rentikan je laa niat nak bermaksiat tu.. menghabihkan ATP jer..
wallahua'lam
Sunday, February 24, 2008
Friday, February 22, 2008
Sajak yang tawar
untuk gambarkan keperitan
mangsa-mangsa kezaliman
di seluruh dunia
termasuk di tanahairku sendiri
Sajakku terlalu tawar
lantaran tekak dan perutku
sering dibanjiri dengan
yang manis-manis
yang belum tentu
menjamin manis dalam rasa
atau dilazati manis dalam cinta
Sajak yang manis
adalah sajak yang tak sempat
disiarkan dalam lelaman ini
Abu Zaid
3 Oktober 2001
Thursday, February 21, 2008
Ya Syeikh.. Kemewahan Bukan Cita-cita Kami
Dalam sebuah perjalanan kami bersama beberapa Ikhwah, ada perbincangan menarik. Salah seorang Al Akh bertanya, “Akhi, berapa pendapatan Antum sebulan dari mengajar?” Ikhwah tersebut tersenyum dan malu menjawabnya. Namun, ketika ditanya lagi dengan nada bergurau, ia pun menjawab, “150 ribu sebulan.” Inilah ikhwah kita, kader da’wah yang memiliki banyak kelompok halaqah.
(300 ribu rupiah = 100 ringgit malaysia)
Ada lagi, Ikhwah yang pernah kami temui, ia aktivis dan banyak amanah da’wah yang dia pikul. Ia hanya berpendapatan tidak sampai 300 ribu rupiah dari membuat minuman penghangat badan, wedang jahe.Itulah ikhwah kita, mereka hidup dipelosok. Namun, kami kira mereka juga ada di sekitar kita, saudara kita di halaqah, di wilayah da’wah kita, bahkan ia -mungkin- kita sendiri. Tetapi mereka tidak mengeluh, tidak lemah, dan Allah Ta’ala mencintai orang-orang yang sabar.
Syahdan, di kota besar ada pula ikhwah da’iyah yang hidupnya lebih dari cukup, bahkan sangat-sangat lebih. Itu baik dan tidak masalah. Namun, jadi masalah jika ia mengiklankan kemewahan, menyeru orang kepadanya, memberikan ilustrasi keunggulan `mewah’, bukan sekadar bercerita kekayaan. Ia menghiasi dengan berbagai dalil dan alasan yang dipaksakan untuk menghalalkan pemikiran dan perilakunya sendiri. Membicarakan pentingnya kekayaan, harta, kemewahan, dengan alasan maslahat da’wah dan sebagainya, kerana ia sudah merasakannya. Lalu, ke mana dahulu ketika keadaannya belum seperti sekarang? Kenapa maslahat-maslahat itu baru dibicarakan saat ini ? Apakah dibicarakan untuk pledoi? Apa ia tidak pernah tahu kondisi ikhwah lain yang serba sulit? Atau memang tidak mahu tahu?
Tak usah ajarkan kami, kami sudah mengetahui harta memang penting. Kaya memang penting. Majoriti para sahabat yang mubasyiruna bil jannah (dikabarkan akan masuk surga) adalah orang-orang kaya. Orang kaya yang bersyukur lebih utama dari orang miskin bersabar. Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam pun berdoa berlindung dari kekafiran dan kefaqiran. Dan, kami pun tetap bekerja untuk menafkahi anak dan isteri kami … Alangkah baiknya jika kami tetap diajarkan -oleh da’i itu- bagaimana menjadi hamba yang soleh, hamba yang bersyukur terhadap kekayaan, bersabar atas kesulitan, berjihad, istiqamah, dan ilmu-ilmu bermanfaat lainnya untuk agama dan dunia kami, agar kami menjadi peribadi yang apa adanya menurut Al Quran dan As Sunnah, bukan peribadi yang seharusnya menurut keadaan dan status sosial. Dan, tidak usah menyesali jika dahulu kami `lupa’ diajarkan tentang masalah kekayaan dalam silibus tarbiyah kami, kerana hakikat kekayaan adalah kaya jiwa. Inilah keyakinan dari keimanan kepada Allah Ta’ala, dan pemahaman terhadap harta secara sihat, dan jangan memaksakan pemahaman yang asing dalam sejarah da’wah dan tarbiyah.
Tetapi Ya Syaikh …, kaya bukanlah mewah, walau ia bersumber dari satu hal yang sama yakni harta, tetapi ia berbeza secara nilai yakni mentaliti. Mentaliti aji mumpung; mumpung ada, mumpung menjabat, mumpung dekat dengan orang kaya, mumpung di atas, mumpung punya binaan kalangan menengah ke atas (untung sabut timbul, untung batu tenggelam). Tak ada kamus untung sabut timbul dalam kehidupan teladan kami, Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam, ia memegang kunci-kunci kekayaan, jika ia mahu mudah sekali mendapatkannya. Tetapi, ia amat sederhana. Para sahabat, memang kaya, tapi adakah kita mendengar mereka mengiklankan kemewahan, dan bersenang-senang ketika ada saudaranya kesulitan? Justeru mereka menampakkan kesederhanaan dan kesahajaan. Mereka tahu perasaan sahabat nabi lainnya. Ya .. mereka tahu perasaan manusia ..
Khadijah seorang wanita kaya, ia saudagar wanita, ketika nikah dengan Rasulullah ia menjadi sederhana. Kekayaannya ia habiskan untuk perjuangan suaminya, bukan dihabiskan untuk menikmati kenikmatan hidup. Jangan sekadar melihat besarnya mahar ketika mereka berdua nikah, tetapi lihatlah buat apa dan dikemanakan mahar tersebut, apakah mahar tersebut merubah Rasulullah menjadi laki-laki yang mewah? Tidak! Terlalu naif membicarakan kemewahan hanya melihat dari ukuran mahar pernikahan Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam dan Khadijah Radhiallahu `Anha. Umar bin Abdul Aziz ia seorang kaya, ketika menjadi khalifah justeru ia tinggalkan kekayaannya. Tetapi, kewibawaan mereka sama sekali tidak berkurang, justru melambung tinggi, kerana Allah Ta’ala telah muliakan mereka. Kemana contoh-contoh ini?
Untuk contoh masa sekarang adalah Usamah bin Ladin -setuju atau tidak dengan ideologi dan segala upaya jihadnya- ia adalah seorang kaya raya, bahkan sangat kaya, kalau dia mau boleh saja CNN dibelinya. Tapi, dia hidup amat sederhana, makan seadanya, dia serahkan kekayaannya untuk membiayai perjuangannya. Bukan mencari kekayaan dari perjuangan, bukan mencari biaya hidup dari perjuangan. Itulah letak kewibawaan.
Rasulullah dan para sahabat adalah teladan kita, qudwah hasanah kita … selamanya. Kami tidak perlu teladan yang lain, walau ia berilmu, senior da’wah, tetapi … alhamdulillah, kami tidak pernah silau dengan istilah, gelar, dan pujian manusia yang sehaluan dengannya. Walau kami sangat menghargai dan menghormati peran dan kontribusi da’wah yang telah mereka lalui demikian panjang.
Kesederhanaan Adalah `Izzah
Ada sudut pandang simplistis yang biasa dilontarkan oleh manusia yang ber’ideologi’ kekayaan dan kemewahan. Sudut pandang kesetaraan status dan kepantasan lingkungan, agar penerimaan dirinya dilingkungan yang baru, boleh diterima dengan baik. Sudut pandang materialistik kapitalis ini, satu-dua contoh kes boleh saja benar, bahawa jika Anda bergaul dengan kalangan jet set tetapi ketika menghadap mereka dengan `hanya’ motor kapcai atau mobil second hand, lalu Anda kurang dianggap, kurang `berharga’ di mata mereka. Boleh saja itu terjadi, dan boleh pula itu perasaan dan sugesti saja. Jangan pernah memandang bahawa kesulitan hidup, adalah biang keladi segala masalah kita -para da’i dan umat Islam- saat ini. Tak ada manusia satu pun yang ingin susah dan miskin, tetapi jangan pula menganggap kekayaan adalah solusi jitu, yang akhirnya harus dikejar-kejar dan diserukan secara demonstratif, kerana taqwa dan kesolehan itulah solusi, sedangkan kekayaan adalah penunjang atau boleh juga jadi fitnah.
Kenapa contoh keserhanaan Abu Dzar, kewara’an Abu Bakar, kezuhudan Umar, kedermawanan Utsman, dan kesulitan hidup Ali, tidak menjadi sudut pandang kita. Apa yang mereka alami ini tidaklah meluluhkan wibawa mereka di depan Al Khaliq dan makhluk. Justeru semakin melambung tinggi dan nama mereka tercatat abadi dalam konfigurasi sejarah manusia-manusia pilihan. Itu mereka dapatkan bukan kerana kekayaan dan kemewahan, tetapi keikhlasan, kesederhanaan, dan pengorbanan mereka. Benarlah yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam:
Dari Abu Hurairah Radhiallahu `Anhu berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya, kalian tidak akan mampu menguasai manusia dengan harta kalian, tetapi kalian boleh menguasai mereka dengan wajah yang bersahaja dan akhlak yang baik.” (HR. Abu Ya’la, dishahihkan Al Hakim, Bulughul Maram min Adillatil Ahkam, Kitab Al jami’, Bab Targhib fi Makarimil Akhlaq, hal. 287. Hadits no. 1341. Cet 1, 2004m/1425H. Darul Kutub Al Islamiyah)
Kesederhanaan para da’i di lingkungan yang `tidak sederhana’ adalah hal yang istimewa, ia nampak tidak tergoda dunia, walau dunia mengejarnya. Ia nampak mampu mengendalikan dunia, dunia ada ditangannya bukan dihatinya. Jika ia anggota dewan, pejabat, petinggi Partai Da’wah, dahulunya ia da’i yang sederhana, dan ia tetap sederhana di lingkungan yang `tidak sederhana’, maka ia seperti cahaya di tengah kegelapan, ia seperti keteladanan di zaman yang minim keteladanan. Insya Allah, Allah akan mencintainya, dan manusia pun mengaguminya. Inilah sudut pandang yang seharusnya … Syaikh! Bukan justeru latah, ikut-ikutan, dan menjadi norak, sehingga menjadi tak ada bezanya dengan hamba dunia yang dahulu pernah kita benci, paling tidak beti (beda-beda tipis) dengan mereka.
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiallahu `Anhu dia berkata: “Datang seorang laki-laki kepada Nabi Shallallahu `Alaihi wa Sallam, dia berkata: “Wahai Rasulullah tunjukkanlah kepadaku jika aku lakukan maka Allah dan manusia akan mencintaiku. ” Maka Ia bersabda: “Zuhudlah di dunia nescaya Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa-apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu. ” (HR. Ibnu Majah, sanadnya hasan. Bulughul Maram min Adillatil Ahkam, Kitab al Jami’ Bab Zuhd wal Wara’, hal. 277. Hadits no. 1285. Cet 1, 2004M/1425H. Darul Kutub Al Islamiyah)
Akan Dibangkitkan Sesuai Niatnya
Da’wah ini telah diramaikan oleh beragam manusia; tipe, kecenderungan, skill, kebiasaan, sifat, dan niatnya. Faktor niat inilah yang akan mengendalikan dan mengarahkan masing-masing da’i, bahkan yang menentukan masa depan mereka di akhirat. Mereka sama-sama berjuang, sama-sama lelah, tapi mereka akan dibangkitkan di akhirat sesuai niatnya masing-masing. Ada yang niat dunia seperti ketenaran, populariti, kekayaan, pangkat, wanita, walau ini mampu disembunyikan dengan sangat rapi di dunia, berbungkus da’wah dan berhasil mengelabui banyak manusia, tetapi akan tersingkap di akhirat. Semoga Allah Ta’ala merahmati dan memberikan balasan yang lebih baik bagi da’i-da’i akhirat, yang hanya mengharapkan Allah Ta’ala dan ketinggian agamaNya.
Dari `Aisyah Radhiallahu `Anha berkata: Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam bersabda: “Akan ada tentera yang menyerang Ka’bah, akan tetapi ketika mereka sampai di sebuah lapangan, tiba-tiba mereka semua dibinasakan, dari awal sampai akhirnya.”`Aisyah bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah dibinasakan semua, padahal di antara mereka ada orang-orang yang tidak ikut-ikutan seperti mereka, iaitu orang-orang yang di pasar dan lain-lain?“Rasulull ah menjawab:“Mereka dibinasakan semua, lalu dibangkitkan menurut niat masing-masing. ” (HR. Bukhari- Muslim, lafaz ini menurut Bukhari. Riyadhus Shalihin, Bab Al ikhlas wa Ihdhar an Niyah, hadits no. 2. Maktabatul Iman, Manshurah)
Jadi, amal akhirat manusia, seperti da’wah dan jihad menjadi hal yang sia-sia jika niatnya adalah dunia. Dalam riwayat lain, dari Ubai bin Ka’ab Radhiallahu `Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam bersabda:“Barang siapa yang beramal akhirat dengan tujuan dunia, maka dia tidak mendapatkan bahagian di akhirat.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Al hakim dan Al Baihaqi. Al Hakim berkata: sanadnya shahih, dan disepakati Adz Dzahabi. Al Haitsami mengatakan hadits ini diriwayatkan Ahmad dan anaknya dari beberapa jalur, dan para perawi Ahmad adalah perawi shahih, Majma’ uz Zawaid 10/220)
Kami Tidak Mengharamkan Perhiasan Yang halal dari Allah!
Jika ada yang menyangka, ini adalah sikap sok suci, sok tidak butuh kekayaan, apalagi disebut iri, maka ia amat keliru. Kami meyakini, setelah iman yang mendalam dan amal yang terus-menerus, maka da’wah memerlukan kekuatan, di antara kekuatan yang penting hari ini adalah dana. Tentunya, orang yang tidak memiliki harta tidak bisa memberikan kekayaan. Bertemunya keimanan dan kekayaan, akan membentuk peribadi yang dermawan.
Namun yang menjadi tema dan sorotan kami adalah gaya hidup para da’i yang mengalami culture shock, OKB, Orang Kaya Baru, lalu dia demonstratif dalam hal itu. Dia lupa bahwa dirinya berada di lingkungan da’wah, dan para ikhwah yang kebanyakan `tidak seberuntung dia’. Para Ikhwah yang hidupnya kembang kempis.
Bergesernya orientasi da’wah ilallah menjadi da’wah `Road to Kekayaan’, inilah yang harus disorot dan diwaspadai. Sesungguhnya, peringatan itu bermanfaat buat orang-orang beriman. Namun bagi yang sulit menerima nasihat, hatinya kesat, maka kami katakan:
Berpestalah … bersenang-senanglah … dan lakukan semua kehendakmu …. Anda bebas saudaraku… Tetapi, pesta pasti berakhir itu pasti ….
Kami juga meyakini, bahwa secara nilai normatif, banyak yang lebih faham dari kami tentang ini, lebih faqih, lebih berpengalaman, lebih cerdas, lebih pandai, lebih tahu masalah, pokoknya segalanya di atas kami ….Tetapi, yang kami (para kader da’wah) minta adalah jangan ajarkan kami kemewahan, sebab itu bukan cita-cita, obsesi, dan ambisi kami … jangan contohkan kami perilaku yang dahulunya sama-sama kita benci, sebab itu kabura maqtan … dan jangan paksa kami untuk mengikuti jejak perilaku dan pemikiran yang Anda iklankan ….Semoga hidayah dan bimbingan Allah Ta’ala selalu menyertai kita semua .. Amin
“Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), Maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (QS. Al Isra’ : 18-19)
Wallahu A’lam wa Illahil `Izzah
Tuesday, February 19, 2008
Muhasabah Blog
Demografi pengunjung di blog makannasik utk sebulan lepas.
Sudah hampir 3 tahun saya menulis di blog ini, dan saya rasa masih belum terlambat untuk saya membuat muhasabah untuk membaiki mutu artikel-artikel di blog ini.
Diharap boleh menjawab beberapa soalan di bawah dengan ikhlas. :)
1. Apakah kekuatan blog ini?
2. Apakah kelemahan blog ini?
3. Mana anda lebih suka, karya2 tahun 2005 atau 2008?
4. Apakah karya yang patut dilebihkan?
5. Apakah karya yang patut dikurangkan?
Semua jawapan boleh dihantar ke emel saya:
amar_kun@yahoo.co.uk
Terima kasih. :)
Monday, February 18, 2008
Polymath
Ibnu Firnas: "Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying."
He is an aviator, inventor, technologist, chemist, humanitarian, musician, physician and poet.
al Farabi: "The second teacher of the new world"
He is a scientists and philosophers, cosmologist, logician, musician, psychologist and sociologist.
Ibnu Haytham: "The father of optics. The 'mad' scientist"
He is a scientist, physicist, anatomist, physician, psychologist, astronomer, engineer, mathematician, ophthalmologist, philosopher, and Ash'ari theologian.
al Biruni: "One of the greatest mind of Islam"
scientist, physicist, anthropologist, astronomer, astrologer, encyclopedist, geodesist, geographer, geologist, historian, mathematician, natural historian, pharmacist, physician, philosopher, scholar, teacher, Ash'ari theologian, and traveller.
Ibnu Sina: "The father of modern medicine"
He is a physician, pharmacologist, philosopher, metaphysician, aromatherapist, astronomer, chemist, Hanafi jurist and theologian, physicist, scientist, universalist, poet, statemen, and soldier.
Ibnu Rusyd: "The man who influenced Western Europe"
He is a master of philosophy, theology, Maliki law and jurisprudence, astronomy, geography, mathematics, medicine, physics, psychology and science.
Nasiruddin al Tusi: "Father of astronomy"
He is an astronomer, biologist, chemist, mathematician, philosopher, physician, scientist, and theologian.
Ibnu Khaldun: "Father of economics, sociology, history, historiology, demography, philosophy of history.... or in short words, the Father of all social sciences"
He is an Arab social scientist, sociologist, historian, historiographer, philosopher of history, demographer, economist, linguist, philosopher, political theorist, military theorist, Islamic scholar, Ash'ari theologian, diplomat and statesman; "a still-influential polymath".
Sultan Sulaiman: "The magnificient"
He is an an Ottoman emperor, "Renaissance Man", "goldsmith, warrior, leader, scholar, and poet
Us: Eh, polymath tu ape ha? Ada kaitan ngn poligon ke?
Tuesday, February 12, 2008
Promosi makan nasi
Dah lama tak tulis pasal analogi nasi. InsyaAllah pagi ni kita akan cakap pasal promosi makan nasik.
Ada dua orang pemuda. Kedua-duanya faham, ikhlas, dan bersemangat untuk mempromosikan nasik beriani yang sungguh sedap lagi enak sampai menjilat jari. Namun masing-masing ada cara tersendiri dalam mempromosikan nasik beriyani itu.
Encik A: Mari tuan-tuan puan-puan abang adik kakak makcik pakcik datuk nenek.. ni saya nak promote nasik beriyani yang sedap menggunakan beras herbal ponni taj mahal, beras basmati terbaik di seantero dunia. Mudah je nak buat nasik beriyani ni, cuma perlu masukkan 3 pot beras ke dalam rice cooker, lepas tu masukkan air sebanyak 6 pot, 100 gram daging ayam (yg sudah disembelih dengan cara yang halal) yang dipotong dadu, lepas tu masukkan satu peket perencah nasik beriyani jenama Faiza yang boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran dengan kediaman anda. Jangan lupa switch on periuk elektrik anda. Tunggu sampai masak, kalo makan tak masak nanti sakit perut la plak kan.. Kemudian anda boleh tuangkan ke pinggan yg bersih menggunakan pencedok nasik, dan hidangkan kepada keluarga tersayang. Mudah bukan?
Ohh.. kalau anda semua dah terlupa cara-cara, saya ada tuliskan di atas flyer ini, dan anda boleh dapatkan dengan percuma.
********
Semua hadirin mendengar dengan khusyu', namun dengan hati yang ragu-ragu dan terpinga-pinga dengan penjelasan panjang lebar oleh Encik A.
********
Encik B: Anda semua mesti dah penat telinga dan perut lapar selepas mendengar penjelasan kawan saya tadi tu kan? Saya malas nak cakap panjang. Tapi biarlah nasik beriyani yg telah saya masak dengan ramuan yg kawan saya ceritakan tadi berbual dengan perut kalian. Makanlah nasik yg saya sediakan ini sementara stok masih ada.
(Sambil menghulurkan bungkusan bekas plastik berisi nasik beriyani yg sudah dimasak).
********
Semua hadirin tanpa berlengah-lengah terus berebut-rebut menikmati nasik beriyani yang lazat itu. Dan kini mereka yakin seyakin-yakinnya bahawa nasik beriyani itu memang ada umph.. tiada lagi keraguan dalam hati mereka.
*********
Pengajaran: Tak guna cakap banyak, tulis berapi tapi takde amal sebagai contoh teladan. Bak kata Pak SHAB, "
Medan fikir lebih luas dari medan cakap
medan cakap lebih luas dari medan amal
medan amal lebih luas dari medan jihad
dan jihad yang terbaik ialah jihad yang muntijah!
wallahua'lam
Tuesday, February 05, 2008
Wife (prospective, insyaAllah.. hehe)
the tree once dear to eyes
is not worth
a forest of beauties and wise
pure as snow and cold as ice
secure me warmth
eternal summer of paradise.
amar_amiro@hotmail.com
Monday, February 04, 2008
Thursday, January 31, 2008
Pengalaman yang tidak terlupakan
Sepanjang 5 tahun pergi usrah, semalam adalah antara perjalanan ke usrah yang paling bewarna-warni yang pernah saya lalui.
Mengejar komuter masa dan dikejar anjing durjana adalah pengalaman baru yang tak pernah saya lalui dalam meniti denai kecil ke halaqah.
Menarik!
:)
Malam-malam kita..
diambil dari blog teman seperjuangan aimansalmi
Ku tujukan buat insan yang tersia-sia malamnya...
RASULULLAH S.A.W. pernah bersabda: Jadikanlah qiamullail itu amalan bagimu, kerana yang demikian itu adalah amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu, dan ia boleh mendekatkan dirimu dengan Tuhanmu, dan membersihkan dosa-dosamu dan menghindarkan kamudaripadanya. (Riwayat Tirmizi).
Wahai orang-orang yang terpejam matanya,
Izinkan kami, manusia-manusia malam menuliskan sebuah surat cinta kepadamu. Seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami rajut di sepertiga terakhir. Atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahasianya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah payah lepas tengah hari berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tak perlu bersusah payah, sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiaradari syurga. Wahai orang-orang yang terlelap. Sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuat matamu tak mampu melihat tenaga cahaya yang tersembunyi di baliknya. Sunyi senyapnya membuat dirimu hanyut tak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena,menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai nikmatnya.
Wahai orang-orang yang terlena,
Ketahuilah, kami tidak seperti dirimu !! Yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas takterkira. Atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu !! Kami adalahpara perindu kamar di syurga. Tak pernahkah kau dengarSang Insan Kamil, Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya di syurga itu ada kamar yang sisiluarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makanorang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salamserta mendirikan solat pada saat manusia terlelapdalam tidur malam." Sudahkah kau dengar tadi ? Ya,sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami danorang-orang yang mendirikan solat pada saat manusia-manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.
Wahai orang-orang yang keluarganya hampa cinta,
Kau pasti pernah mendengar namaku disebut. Aku AbuHurairah, Periwayat Hadist. Kerinduanku akan sepertigamalam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malamadalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau ?Kenikmatan itu tidak serta merta kukecap sendiri.Kubagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk istriku tercinta dansatu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salahsatu dari kami selesai mendirikan solat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmatibagiannya. Subhanallah, tak tergerakkah dirimu ?Pedulikah kau pada keluargamu ? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka ? Sekadar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu ?
Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki. Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengomentari diriku, katanya, " Nuruddin itu bercinta dengan solat malam, banyak berpuasa dan berjihad denganakidah yang benar." Kemenangan demi kemenangan akuraih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh ituterlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka," Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan karena pasukannyayang banyak. Tetapi lebih karena dia mempunyai rahasiabersama Tuhan". Aku tersenyum, mereka memang benar.Kemenangan yang kuraih adalah karena do'a dansolat-solat malamku yang penuh kekhusyukan.Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku ? Dialah Istriku tercinta, Khotun binti Atabik. Dia adalah istri solehah di mataku, terlebih di mata ALLAH. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan. Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi pernak-pernik kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yang panjang.Ku ceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya ALLAH, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu,sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirullah, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu kubayar saja penyesalankudengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk menabuh gendang agarkami terbangun di sepertiga malamnya.
Wahai orang-orang yang terbuai,
Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al Aqsa,rumah ALLAH yang diberkati. Akulah pengukir tinta emasitu, seorang Panglima Perang, Salahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebihdari seorang Panglima yang selalu menjaga solatberjama'ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaanAlqur'an yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalahsaat yang paling kutunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata, pengejawantahan cintaku pada-Nya.Wahai orang-orang yang masih saja terlena, Pernahkah kau mendengar kisah penaklukanKonstantinopel ? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al Fatih. Aku sangat lihai dalam memimpin bala tentaraku. Namun tahukah kau bahwasehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya.Dan saat malam tiba, kami laksanakan solat malam danmunajat penuh harap akan pertolongan-Nya. Jika ALLAHmemberikan kematian kepada kami pada siang hari disaatkami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kam iterbesar. Biarlah siang hari kami berada di ujungkematian, namun sebelum itu, di ujung malamnya ALLAHtemukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan denganmenghidupi malam kami.
Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya,
Pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan ? Mereka sangat merindukan air yang keluardari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat, padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Solat Istisqo yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turutserta di sana, Malik bin Dinar, Atho' As-Sulami,Tsabit Al-Bunani. Solat dimulai, dua rakaat pun selesai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh berkah. Namun waktu terus beranjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit ? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini ?Solat demi solat Istisqo didirikan, namun hujan takkunjung datang. Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk solat Istisqo sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak gerikku.
Setelah solat, dengan penuh kekhusyu'an kutengadahkan tanganku ke langit, seraya berdo'a :"Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba-Mu yangberkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yangsebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini karena apa yang ada pada-Mu sudah habis ?Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang ?Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengankecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberikami hujan secepatnya."
Lalu apa gerangan yang terjadi ? Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do'a seorang pelayan ini. Do'aku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lamamerindukannya.Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terheran-heran dan kau pasti juga heran bukan ? Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa, tapi aku menjadi sangat luar biasa karena doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub pada-Nya.
Wahai orang-orang yang masih saja terpejam,
Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku,Imam Nawawi. Suatu hari muridku menanyakan kepadaku,bagaimana aku bisa menciptakan berbagai karya yangbanyak ? Kapan aku beristirahat, bagaimana aku mengatur tidurku ? Lalu kujelaskan padanya, "Jika aku mengantuk, maka aku hentikan solatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku."Aku tahu kau pasti berpikir bahwa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sehatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya, dan sekarang kau bisa menikmati karya-karyaku.
Wahai orang-orang yang tergoda,
Begitu kuatkah syaitan mengikat tengkuk lehermu saat kau tertidur pulas ? Ya, sangat kuat, tiga ikatan ditengkuk lehermu !! Dia lalu menepuk setiap ikatan itu sambil berkata, "Hai manusia, Engkau masih punya malam panjang, karena itu tidurlah !!".Hei, Sadarlah, sadarlah, jangan kau dengarkan dia, itu tipu muslihatnya ! Syaitan itu berbohong kepadamu. Makabangunlah, bangkitlah, kerahkan kekuatanmu untukmenangkal godaannya. Sebutlah nama ALLAH, maka akanlepas ikatan yang pertama. Kemudian, berwudhulah, maka akan lepas ikatan yang kedua. Dan yang terakhir, solatlah, solat seperti kami, maka akan lepaslah semua ikatan-ikatan itu.
Wahai orang-orang yang masih terlelap,
Masihkah kau menikmati malam-malammu dengan kepulasan?
Masihkah ? Adakah tergerak hatimu untuk bangkit, bersegera, mendekat kepada-Nya, bercengkerama dengan-Nya, memohon keampunan-Nya, meski hanya dua rakaat ? Tidakkah kau tahu, bahwa Allah turun kelangit bumi pada 1/3 malam yang pertama telah berlalu. Tidakkah kau tahu, bahwa Dia berkata, "Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang memohon kepada-Ku akan Ku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku akan Kuberi, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku akan Ku ampuni. Dia terus berkata demikian, hingga fajar merekah.
Wahai orang-orang yang terpujuk rayu dunia,
Bagi kami, manusia-manusia malam, dunia ini sungguh tak ada ertinya. Malamlah yang memberi kami kehidupan sesungguhnya. Sebab malam bagi kami adalah malam-malam yang penuh cinta, sarat makna. Masihkah kau terlelap ?Apakah kau menginginkan kehidupan sesungguhnya ? Maka ikutilah jejak kami, manusia-manusia malam. Kelak kau akan temukan cahaya di sana, di waktu sepertiga malam. Namun jika kau masih ingin terlelap, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya, maka surat cinta kami ini sungguh tak berarti apa-apa bagimu. Semoga Allah mempertemukan kita di sana, disyurga-Nya, mendapati dirimu dan diri kami dalam kamar-kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Semoga...
Dariku
Manusia Malam.
(disaring bebas dari manusia malam)
Tuesday, January 29, 2008
Petani Jannah
aku tidur di luar rumah.
Separa tidur aku bertempur
membunuh hulubalang gemuk
petualang darah, nyamuk!
Dalam merah darah aku tidak sempat marah
mengenang teman tiada berumah
tidak kenal payah dan lelah
tabah menjaga sebidang
maruah
basah tanah
al Quds
petani Allah
tidak akan pernah kalah
penyambung harum wangi intifadah.
Tanah merekah ini
kan segar esok
bersiram baja merah
menuai janji Allah di Jannah.
amar kun
p/s: aha.. sape suro balik lewat-lewat sangat.. nasib baiklaa 3 jam lagi dah nak subuh.. uhu..
Thursday, January 24, 2008
Posting lama.
Posting-posting lama sudah diupload semula.
Semoga bermanfaat, insyaAllah.
wslm
Makan (dan minum) dalam circle
Kepada rakan-rakan yang selalu belajar, berhujah, bergelak, bermenangis, bertidur, bermakan, berminum (dan bermacam-macam ber lagi) dalam circle, pernah tak korang semua menghadapi situasi seperti di bawah?
Si A tuang air sirap ke dalam gelas. Pass gelas kepada si B.
B pass kepada C.
C pass kepada D.
D pass kepada E.
E pass kepada F.
F pass kepada G.
G pass kepada H.
H pass kepada A semula (pasal dah cukup satu pusingan).
Bila ditanya mengapa korang buat sedemikian, maka dengan serentak dan tanpa segan-silunya korang akan jawab,
"Oh ini disebabkan ukhuwwah fillah abadan abada lestary selamanya antara kami! Jadi dengan mendahulukan sahabat, maka ini tandanya kami sedang itsar antara satu sama lain!"
Maka ini jawapan aku, (yang selalunya dipendamkan dalam hati je utk menjaga takliful qulub) you are bunch of losers! Bazirkan ATP je keje.. Kan senang kalo dari awal lagi si A tu terus tuang air pastu terus minum je air tu. Ampeh.
Mula-mula kita fahami dulu apa itu itsar.
Itsar: Mementingkan saudara lebih dari kepentingan sendiri.
Okeh mari kita kaji kejadian di atas dengan lebih spesifik.
Bilangan orang: 8
Bilangan gelas: 8
Kesimpulan: Semua orang dapat minum. Jadi kepentingan semuanya adalah sama rata. Maka, tiada orang yang boleh mementingkan saudaranya lebih dari diri sendiri kerana tiada yang kurang dan tiada yang lebih penting. Kesimpulan, tiada itsar di sini, yang ada hanyalah sebulatan manusia membazirkan ATP dengan mempassing gelas mengikut arah jam.
Okeh, sekarang mari kita buka kembali buku sirah, dan baca tentang kisah itsar antara para sahabat nabi.
Ketika satu peperangan islam dengan al batil, seorang tentera mendapat tahu sepupunya luka teruk dalam pertempuran. Maka dia membawa segelas air untuk sepupunya agar dapat mengurangkan kesakitan beliau. Tatkala dia menghulurkan gelas kepada saudaranya itu, terdengar jeritan orang mengerang, lantas sepupunya berkata,
"Berikan air kepadanya. Sesungguhnya dia lebih berhak dariku."
Dia pun bergegas kepada orang yang kedua, dan saat dia menghulurkan gelas, terdengar satu laungan yang dahsyat dari katil sebelah, dari seorang soldadu islam yang juga luka parah.
"Berikan air ini kepada saudaraku. Dia lebih memerlukan air ini dariku."
Lantas dia bergegas membawa air itu ke katil sebelah. Sesampainya di situ, rohnya sudahpun terbang bersama-sama mereka yang menang di jalan Allah.. Dia kembali kepada sepupunya dan tentera tadi, alangkah terkejutnya mereka berdua pun sudah pulang ke sisi Allah cinta hakiki mereka di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menggantikan setiap titis air tadi dengan air yang jauh lebih mahal di akhirat atas cinta dan itsar mereka sesama saudara.
Inilah itsar yang sebenarnya dituntut dalam Islam. Memberikan sesuatu yang kita sangat-sangat cintai, desparate dan perlukan kepada saudara yang lebih kita sayangi, hatta saat sakaratul maut melambai-lambai di depan mata. Dan mereka dapat merasai kesakitan kita, kesusahan kita, kegusaran hati kita, kerana Allah telah mempersatukan jiwa-jiwa yang saling mencintai antara satu sama lain.
Ramai orang boleh itsar ketika sama-sama kenyang, tetapi berapa ramaikah yang sanggup untuk terus itsar ketika semua perut kelaparan?
wallahua'lam
p/s 1: sesungguhnya yang menulis ini masih banyak perlu belajar dan menghidupkan itsar kepada saudara-saudaranya..
p/s 2: penah sekali tu masa turun gunung nuang di hulu langat (1495 meter), turun di tengah-tengah kegelapan (sampai base camp pkol 3 pagi), kesejukan, hujan dan tanah runtuh, route berlecak dan asyik terjatuh dalam lubang pasal tak bawak lampu, dan masa itulah rasa manisnya ukhuwah yang Allah lontarkan ke dalam hati-hati hamba-Nya yang cinta sesama satu dan lain..
Belasungkawa
Amin~
Pada saat saya duduk selesa di surau apartment Sunway University College pada malam 23 Januari, sama sekali tidak saya sangka bahawa teman seperjuangan yang hanya kenal dari nama tetapi dekat ketika doa rabithah sedang berjuang di Sunway Medical Centre, 500 meter dari tempat saya...
Hari terpanjang
Setiap hari ada 24 jam, tidak kurang dan tidak lebih. Dan setiap orang dikurniakan 24 jam, tak kira lah dia sama ada dia tu Presiden ataupun makcik Cleaner.
Tapi perasan tak, kadang-kadang tu kita rasa masa ni panjaaaaang sangat. Dalam satu hari tu kita boleh buat macam-macam. Dari lepas subuh sampai lah ke tengah malam, macam-macam kita isi. Dan kadang-kadang, kita rasa hari tu, pendek sangat. Celik-celik mata, dah tengahari. Pastu pejam mata balik, dah masuk malam.
Semua ni adalah disebabkan keberkatan masa tu sendiri. Allah yang mengurniakan keberkatan pada kita agar kita tak jadi orang yang RUGI. Apa ciri-ciri orang yg masanya diberkati? Boleh check surah MASA.
Demi masa (atau demi waktu asar).
Sesungguhnya manusia dalam KERUGIAN.
Kecuali:
Orang beriman,
beramal soleh,
saling menasihati atas kebenaran,
dan atas kesabaran.
Alhamdulillah, semalam 23 Januari 2008, Allah mengurniakan hari terpanjang dalam sejarah hidup saya.
Semoga akan ada banyak lagi hari-hari sedemikian dalam helaian-helaian diari malaikat raqib untuk saya, amin.
amar kun,
cheras-sentul-bangi-kajang-subang-sunway-taylors.
23 Januari 2008
Monday, January 21, 2008
Pisang Goreng Yang Paling Mahal
Petang hangat. Matahari terpacak di atas kepala membakar setiap helai bulu romaku. Aku mengheret malas kedua belah kakiku meniti tepi jalan yang berlopak dan berdebu itu.
"Mahu jimat ATP," otak kiriku cuba memujuk jirannya yang membantah fiil kaki yang diseret-seret longlai tidak bermaya lagak seorang baru kalah mapliau.
Jarum kontot di muka jam berdiri tepat antara nombor 5 dan 6. Masih ada dua jam lagi sebelum maghrib. Tekak kering semakin galak meronta-ronta mahu dimandikan dengan air. Namun perut yang rancak berkeroncong tadi sudah pun berhenti berbunyi, mogok lapar agaknya. Ah biarlah, 120 minit bukannya lama pun. Aku meneruskan langkah longlai menuju stesen komuter Setia Jaya.
Kutoleh ke kiri, ada gerai goreng pisang. Sungguh inviting. Pisang goreng emas itu kelihatan seperti jongkong-jongkong emas berkilau-kilau dimakan cahaya petang. Gulp! Aku menelan air liur yang sudah pasti tidak melangsaikan hutang lapar kepada perutku.
"Pakcik, pisang-pisang ni berapa yer harga?"
"Yang besar ni dua seringgit, yang ni empat seringgit, dan yang kecil-kecil ni enam seringgit," balas seorang lelaki separuh umur, tersenyum lebar kepada pelanggan mudanya.
Kuseluk poket. Ada dua helai note seringgit, dua keping syiling dua puluh sen dan lima keping sepuluh sen. Tambang ke liqo malam ini dua ringgit empat puluh sen. Dan selebihnya untuk aku 'berbelanja besar' mengisi nafsu perut di kala berbuka nanti.
"Yang kecil tu tiga ya pakcik," bisikku perlahan sambil menghulur lima syiling sepuluh sen. Mungkin disebabkan suara serak yang kedahagaan air. Mungkin disebabkan malu. Dan mungkin disebabkan kedua-duanya sekali.
Lelaki tua itu memandang aku dengan wajah hiba. Ah biarlah! Asalkan aku membeli juadah berbuka petang ini dengan wang yang halal.
Dia memasukkan seketul-seketul pisang goreng itu ke dalam plastik hijau.
"Satu, dua, tiga," aku mengira dalam hati. Inilah rezekiku pada petang asyura ini.
Namun tangan pakcik tadi masih lagi terus memasukkan pisang ke dalam plastik hijau sampai aku hilang perkiraan. Aduh! Apakah suaraku tadi perlahan benar sampai pekedai ini tidak mendengar pesananku? Ataupun kedai ini hanya menjual pisang goreng dengan harga satu ringgit dan ke atas sahaja? Hatiku benar-benar luluh dan hampa melihat pisang-pisang yang tidak mampu aku beli. Aku mendongak melihat ke langit untuk mengelak daripada airmataku luruh ke tanah.
"Nah dik. Ambillah ni," ujar lelaki tua itu sambil menghulurkan beg plastik hijau tadi yang separuh penuh dengan goreng pisang.
Beg plastik dan syiling bertukar tangan. Aku melangkah pantas beredar dari gerai kecil itu. Kepalaku masih lagi mendongak ke langit. Namun kini aku sudah tidak mampu lagi menahan serpihan-serpihan kaca hangat mengalir deras dari hujung mataku.
Terima kasih pakcik!
Terima kasih Tuhan! Kerana buat aku kenyang sebelum berbuka! Kenyang dengan rahmat dan kasih sayang Mu! Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar segala isi hati!
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." (al Fathir:38)
Puasa Asyura
Senja ini
aku berbuka dengan
air mata.
Terima kasih Tuhan
kerana masih Beri peluang
buat hatiku kenyang
dengan rahmat dan nikmat
mengemis belas dari-Mu.
Pahit hari ini
pasti jadi manis esok
saat madu bertemu susu
disaji kekasih bermata ungu.
Masjid al Ihsan Sunway,
9 Muharam 1429.
Sajak 2
Puasa ini
mengajar aku harga
nikmat mahal
yang amat murah
di neraca dunia.
Stesen Komuter Setia Jaya,
9 Muharam 1429.
Sajak 3
Tuhan
sungguh aku malu
pada hati yang
cuma merindu
merintih merayu
pada Mu
saat perut sayu
dan nafsu pun layu.
Sungguh
jarang aku
ingat pada Mu
saat perut ketawa
dan nafsu menggila.
dalam komuter, Setia Jaya - KL Sentral,
9 Muharam 1429.
SSQ 1
SSQ ini ialah singkatan kepada "Sembang-sembang Qannas". Qannas ni sahabat baik saya dan saya amat meminati gaya penulisan beliau yang sangat best. Maka sukalah saya di sini untuk berkongsi sepatah dua kata daripada beliau. Selamat membaca! :)
Tulisan-tulisan beliau boleh didapati di sini.
SSQ 1: Kegagalan, di mana kayu ukurnya?
“Hidup saya penuh kegagalan. Dari kecik sampai besar ada je masalah dalam buat benda-benda. Asyik-asyik tak kene je. Dah masuk U, keluar balik, masuk yang lain… Tengok orang lain berjaya, kadang-kadang iri hati juga, tapi apa nak buat, saya dan kegagalan dah macam adik-beradik,” kata seorang teman.
Saya terfikir. Oklah kegagalan. Bukan semua orang berjaya dalam kehidupan. Dah tak semua gagal dalam kehidupan. Mungkin itulah warna-warni dalam kehidupan. Ada naik turun. Ada yang penuh gilang gemilang. Ada yang sederhana. Ada yang tak berjaya-jaya juga sampai last. Tapi apa sebenarnya takat ukur kejayaan dan kegagalan.
Apakah dengan tidak masuk U anda gagal. Atau memang dari sekolah rendah anda maintainkah record sebagai no. 1 dari belakang? Atau apa sebenarnya? Atau berjaya itu adalah dengan selalu mendapat dean’s list setiap sem, dan dapat straight A’s dalam national exam, dan..dan..dan.
Sebab saya secara peribadi, suka berkawan dengan orang yang hidupnya tak lurus dan mudah. Itu biasa. Saya suka kawan dengan orang yang kaya pengalaman. Hidupnya ada pelbagai warna. Ada naik turun. Ada kene kejar, kena tipu dan kena makinya. Sebab dari sekolah kehidupan dia belajar banyak benda yang kita tak belajar di sekolah teori dan falsafah.
Ye mungkin hidup dia tak secerah pelangi hidup kita yang lain. Kita mudah. Dari sekolah dapat no. 5 ke atas. Masuk menengah straight A’s, masuk U dean’s list, dapat scholar, kerja dapat mudah. 5 digit pay. Naik pangkat. Kawin. Jadi bos. Pencen. Duit masuk. Jaga cucu.Mati. Owh begitu mudahnya. Dan kita claim kita seorang yang berjaya dalam kehidupan.
Tanda aras
Saya selalu teringat, Allah sebut dalam surah al-Ankabut: “Apakah manusia mengira bahawa dibiarkan mengatakan bahawa kami beriman sedangkan mereka tidak diuji..?”Jelas sekali. Takat ukur kejayaan dan kegagalan. So, jangan mudah-mudah claim kata aku dah berjaya, sedangkan hidup anda laluannya sangatlah mudah.
Bayangkan mereka yang the so-called gagal dalam kehidupan. Nabi sendiri lebih dari 70 kali ketuk pintu rumah Abu Jahal sehari, mengajaknya kepada Islam. Adakah itu kegagalan? Alexamder Graham Bell, selepas kali ke seratus lebih baru berjaya mencipta telefon. Adakah sebelum itu dia gagal?
Kegagalan adalah suatu proses dalam anda nak mencapai kejayaan. Kegagalan juga menambah warna, perisa dan perasa dalam resipi kejayaan anda. Well, tak seronoklah kalau mudah je mendapat kejayaan dan kemenangan, kalau tak da kesusahan dan kegagagalan. Betul tak?
Takat ukur kegagalan, sekali lagi jangan diukur dengan akal fikiran manusia dan pancaindera yang sangat terbatas. Boleh jadi secara lahirnya kita gagal, tapi apa yang akan berlaku selepas tu, kita akan berjaya. Lihat sahaja perjanjian Hudaibiyyah, yang dimeterai antara kaum muslimin dengan penduduk Quraisy Makkah. Literally memang nampak kalah. Yelah semua clause dalam perjanjian tu memihak kepada kaum Quraisy. Tapi itukan pandangan manusia. Apa yang mereka tak nampak ialah the future consequences akibat perjanjian tu. Apakah tewas dalam perjanjian tu jugak dikira kegagalan?
Sebab tu. Tanda ukurnya bukan pada manusia. Tapi pada Allah. Thus, bila Allah kata: Telah berjaya mereka yang menyucikan hatinya dan telah gagallah mereka yang mengotorkan hatinya (surah As-Syams).
Siapa yang berjaya dan siapa yang gagal? Anda nampak?
10 tahun bersama al Mathurat
Pada pagi Ahad selepas tazkirah solat subuh di Surau Aspura (Asrama Putera), kami pelajar tingkatan satu dikumpulkan beramai-ramai di bahagian hadapan surau. Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi.
Ketua Pelajar ketika itu, Mohd Tazli Azizan, atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Tazli, menyuruh kami semua bersedia untuk membacakan al-Mathurat bersama-sama.
"Al Mathurat ni ape eh? Mungkin ini salah satu daripada surah-surah al Quran kot.. pasal ada perkataan 'al' kat depan dia," bisik hati kecilku yang masih lagi kebingung-bingungan ketika itu.
Alangkah malunya aku, apabila melihat teman-teman lain masing-masing memegang buku nota biru muda bersaiz poket. Rupanya hanya aku seorang yang salah ambil naskhah al Quran. Memandangkan tiada lagi buku mathurat di rak surau, maka aku berkongsi sahaja dengan seorang itu. Namun pagi itu, aku lebih banyak mumble (bak kata Mr Jeyarahman Intec) daripada membaca dengan jelas kerana inilah kali pertama aku membacanya.
Pengalaman pada pagi itu memberi aku semangat untuk lebih kerap membaca al mathurat supaya tidak lagi ketinggalan oleh teman-teman yang lain.
Mei 1998
Sudah sebulan lebih aku membaca al Mathurat setiap pagi Ahad (kerana hanya pada pagi ini akan ada tazkirah subuh, dan sudah kebiasaan setiap kali selepas tazkirah mathurat akan dilantunkan beramai-ramai oleh para jemaah). Berkat banyak berlatih, kini aku dapat membacanya dengan lebih lancar dan tanpa gagap-gagap lagi. Namun aku masih tertanya-tanya siapakah dia gerangan "Imam Hasan Al Banna" ini.
Memandangkan ayahku banyak membeli buku-buku kisah hikmah para wali dan ulama, aku sangat familiar dengan nama-nama ulama seperti Hasan Al Basri, Ibrahim Adham, Rabiatul Adawiyah (sekadar menyebut beberapa nama). Aku kira, mungkin Hasan Al Banna ini sezaman dengan Hasan Al Basri kerana nama mereka pun lebih kurang.
Seorang naqib tingkatan empat yang kebetulan duduk disebelahku kemudian menjelaskan kepadaku dengan lebih detail tentang Hasan Al Banna ini.
"Dia ni dulu tinggal di Mesir. Pada tahun 50-an dia mati syahid ditembak oleh pemerintah Mesir ketika sedang membuka pintu keretanya. Kalau kamu membawa al Mathurat di Mesir, kamu akan dihukum penjara!!" kata abang itu dengan nada tegas dan bersemangat.
Wah! Semenjak hari itu, aku semakin bertambah bersemangat untuk membaca al Mathurat dengan lebih bersungguh-sungguh.
1999
Kini aku sudah bergelar pelajar tingkatan dua di sekolah berasrama penuh ini. Tiada lagi undang-undang asrama yang mewajibkan aku turun ke surau pada pagi ahad, maka al Mathurat pun makin jauh dari bibirku yang mula kering oleh basahnya zikir ini.
Kini aku sudah senior, maka aku seboleh-bolehnya ingin membezakan diriku dari apa yang dilakukan oleh junior, kalau junior beratur masa makan, aku potong; junior solat awal, aku lewat; junior tuck in, aku tuck out; junior pegi prep, aku ponteng; junior study, aku tidur; dan banyak lagi perkara-perkara bangang yang aku lakukan yang tidak terfikir olehku ketika menjadi junior dahulu, walhal jarak waktu antara keduanya tidak sampai 12 bulan.
Namun pada satu petang ketika aku ponteng prep, hatiku berasa kosong sekali. Walaupun hujan di luar tingkap mencurah-curah membasahkan setiap inci tanah di sekolah, aku berasa sungguh kontang di dalam kalbu ini. Secara spontan kakiku membawa badan yang malas ini di tempat yang suatu ketika dahulu memberi ketenangan kepadaku, surau.
Di surau, aku mengambil senaskah al Mathurat yang seolah-olah memanggil-manggil aku untuk dibaca. Aku mula membacanya, dan ketika aku mula melantunkan doa rabithah, secara tidak aku sedari manik-manik kaca mula pecah di hujung mataku. Dan pada saat itu aku berazam untuk sama sekali tidak meninggalkan al mathurat pada masa yang akan datang.
2000
Disebabkan masalah kesihatan dan keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan di SBP (aku jatuh daripada top 5 kepada nombor 25), ibu bapaku mengambil keputusan untuk aku belajar di sekolah berhampiran dengan rumah sahaja untuk menghadapi PMR. Di rumah aku menjadi kaki study dan juga kaki bola. Sekali lagi al mathurat kutinggalkan. Ayat-ayat dan doa-doa yang dahulu berumah di hati dan bibir seolah-olah turut sama berpindah keluar daripada diriku pada saat aku berpindah sekolah dahulu.
2001-2002
Aku kini belajar di sebuah sekolah asrama di kaki Bukit Larut. Ya benar, nampaknya al mathurat memang gemar bermastautin di surau-surau sekolah agama. Sekali lagi aku memulakan kisah baru dengan al Mathurat. Kini setiap pagi dan petang aku membacanya tanpa jemu, tetapi dengan niat yang agak terpesong, "Aku mahu straight A's". Walaupun al mathurat kini sudah menjadi halwa lidah dan telingaku, namun kemanisannya kini sudah tiada.
2003 - kini - (selamanya? insyaAllah)
Wamakaru wamakarallah, wallahukhairul ma kirin. Benarlah percaturan Allah itu lebih baik daripada segala apa perancangan kita. Aku ditempatkan di Sunway College (Darul Maksiat). Suasana di sini yang sungguh berbeza dengan atmosfera bersih di kampung menyebabkan iman aku benar-benar tercabar. Dengan pelajar yang pelbagai bangsa datang dari Hong Kong, Jepun, China, Australia, Yemen, Arab Saudi, Sri Lanka, India, Pakistan (sekadar menyebut beberapa negara) berada di sini seolah-olah sebelah kaki sudah pun berpijak di luar negara.
Hatiku penasaran setiap kali melihat maksiat bergayut-gayut di hadapan mata. Kini aku benar-benar desperate untuk mencari cahaya agar diriku selamat. Alhamdulillah, dalam kegelapan zulumat inilah aku berjumpa dengar Nur. Syukur pada Allah, dalam suram kelam hitam ini, masih ada lagi hati-hati yang ikhlas dan bertazakka (suci dan menyucikan) diri kepada Allah.
Aku berjumpa dengan cinta sejati, cinta kepada Allah yang dilemparkan pada hati-hati pemuda yang ikhlas dan optimis dengan kegemilangan Islam. Maka setiap hari, kami melantunkan zikir-zikir dan doa dalam al Mathurat untuk menguatkan azam kami, menyucikan qalbu kami, dan mengikat hati-hati kami untuk sentiasa menyayangi lillahi taala.
Kami juga belajar bahawa kami adalah sebahagian daripada rantai-rantai islam yang tidak akan putus semenjak perutusan Nabi Adam a.s sampailah ke hari ini. Lontaran doa' rabithah ini dilafazkan oleh hati-hati yang cinta kepada saudaranya dari fajarnya Yokohama hinggalah senjanya California. Dan Allah akan sentiasa merahmati, mencintai golongan pemuda yang cinta kepada-Nya dan saling berkasih sayang sesama muslim dan izzah kepada yang musuh-Nya.
Semoga Allah mengikat hatiku agar aku menjadi salah satu daripada rantai-rantai yang menjadi penyambung dalam rantaian dakwah ini.
Amin.
Sunday, January 20, 2008
Thursday, January 17, 2008
Warkah dari Israel (dahulunya Palestina)
Tidak lagi jelas
Orang-orang palestinakah yang melempar batu
Atau
Batu yang mencari orang Palestina untuk dilemparkan
Bukankah batu adalah juga bagian dari tanah yang dirampas?
Di sini
Ada yang jelas
Ada raga yang dikuburkan bersama nyawa
Ada yang mati sebelum dilahirkan
Bukankah manusia sudah hidup di dalam rahim sebelum
Dilahirkan?
Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan
Di luar sana
Orang-orang berbicara tentang hak
Dengan memberikan yang bukan haknya
Kepada yang tidak berhak
Membagi yang bukan miliknya
Kepada yang bukan pemiliknya
Dan orang-orang Palestina
Mencari haknya di tengah-tengah teriakan tentang hak-hak
Di sini
Orang Palestina yang tuan rumah
Kini menjadi tamu yang tak diinginkan
Yahudi yang terusir di luar sana
Kini Yahudi yang mengusir
Di sini
Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan
Di Yerusalem
Ibrahim, Luth, Ismail, Musa, Harun, Yusya’
Daud, Sulaiman, Zakariya, Yahya, Ishaq, Ya’qub
Mengambil hak-hak orang lemah dari yang kuat
Menghantam penindas
Mengangkat martabat
Ada semangat sepanjang masa
Pada tiap zaman
Ada ghirah setiap umat
Pada tiap tempat
Ada bara yang tidak padam
Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan
Di Yerusalem
Tanah para nabi dan rasul
Ada nabi yang dibantai
Ada manusia yang dinistakan
Ada agama yang dihinakan
Dan saksikan…
SaksikanIbu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan
Ambil bara dan jangan matikan dengan air mata
Tiup dengan napas
Panaskan jiwa
Kobarkan nyali
Besi terbentuk oleh bara
Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan
Tidak lagi penting apakah batu mampu melawan peluru
Tidak lagi terpikirkan apakah orang-orang Yahudi belajar dari
Crematorium Nazi atau tidak
Tidak ada lagi rasa takut bahkan bila Palestina berubah
Menjadi crematorium Israel
Yang kami takutkan
Adalah saat di mana tulang-tulang kami
Abu kami
Menangis sedih dan memaki menyalahkan
Melihat seorang dari Nigeria atau serombongan dari Indonesia
Pada satu waktu yang mungkin tidak jauh
Berdiri di Bukit Zaitun
Dan menunjuk
Di sana dulunya Masjidilaqsa
Di sana dulunya Qabbatussakhrah
Dan kita semua pernah mengagumi kemegahannya
Bukit Zaitun, 1991
(dipetik dari Makelar Dongeng Holocaust: Catatan Perjalanan dari dalam Israel oleh Rakhmat Zaenal)