Tuesday, February 12, 2008

Promosi makan nasi

Assalamualaikum wrh wbt

Dah lama tak tulis pasal analogi nasi. InsyaAllah pagi ni kita akan cakap pasal promosi makan nasik.

Ada dua orang pemuda. Kedua-duanya faham, ikhlas, dan bersemangat untuk mempromosikan nasik beriani yang sungguh sedap lagi enak sampai menjilat jari. Namun masing-masing ada cara tersendiri dalam mempromosikan nasik beriyani itu.

Encik A: Mari tuan-tuan puan-puan abang adik kakak makcik pakcik datuk nenek.. ni saya nak promote nasik beriyani yang sedap menggunakan beras herbal ponni taj mahal, beras basmati terbaik di seantero dunia. Mudah je nak buat nasik beriyani ni, cuma perlu masukkan 3 pot beras ke dalam rice cooker, lepas tu masukkan air sebanyak 6 pot, 100 gram daging ayam (yg sudah disembelih dengan cara yang halal) yang dipotong dadu, lepas tu masukkan satu peket perencah nasik beriyani jenama Faiza yang boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran dengan kediaman anda. Jangan lupa switch on periuk elektrik anda. Tunggu sampai masak, kalo makan tak masak nanti sakit perut la plak kan.. Kemudian anda boleh tuangkan ke pinggan yg bersih menggunakan pencedok nasik, dan hidangkan kepada keluarga tersayang. Mudah bukan?

Ohh.. kalau anda semua dah terlupa cara-cara, saya ada tuliskan di atas flyer ini, dan anda boleh dapatkan dengan percuma.

********

Semua hadirin mendengar dengan khusyu', namun dengan hati yang ragu-ragu dan terpinga-pinga dengan penjelasan panjang lebar oleh Encik A.

********

Encik B: Anda semua mesti dah penat telinga dan perut lapar selepas mendengar penjelasan kawan saya tadi tu kan? Saya malas nak cakap panjang. Tapi biarlah nasik beriyani yg telah saya masak dengan ramuan yg kawan saya ceritakan tadi berbual dengan perut kalian. Makanlah nasik yg saya sediakan ini sementara stok masih ada.

(Sambil menghulurkan bungkusan bekas plastik berisi nasik beriyani yg sudah dimasak).

********

Semua hadirin tanpa berlengah-lengah terus berebut-rebut menikmati nasik beriyani yang lazat itu. Dan kini mereka yakin seyakin-yakinnya bahawa nasik beriyani itu memang ada umph.. tiada lagi keraguan dalam hati mereka.

*********

Pengajaran: Tak guna cakap banyak, tulis berapi tapi takde amal sebagai contoh teladan. Bak kata Pak SHAB, "

Medan fikir lebih luas dari medan cakap
medan cakap lebih luas dari medan amal
medan amal lebih luas dari medan jihad
dan jihad yang terbaik ialah jihad yang muntijah!

wallahua'lam

5 comments:

ibnu_umar said...

saya pandai masak dan makan nasik beriyani.. kalo tak caya tanya kawan2 saya.. ahaha

Anonymous said...

Good reminder, as always iA.

Just nak add, kita pun takleh assume orang tak buat kerja simply because we don't see them do it, and they don't do it right in front of our eyes.

ibnu_umar said...

terima kasih atas penambahan. :)

actually yg nak ditekankan kt sini ialah supaya lebih banyak bekerja dan kurangkan bercakap. dan sudah tentu yang menulis artikel itu perlu lebihkan membuat kerja dari perkataan-perkataan yang bersemangat tetapi tidak disertai amal.

seperti kata mustafa masyhur, "Dakwah kita melalui teladan."

dan seperti pepatah arab, "1000 orang yang menasihat melalui perkataan belum tentu boleh mengubah 1 orang, tetapi 1 orang yg menasihat melalui amal mungkin boleh mengubah 1000 orang".

wallahua'lam

HbO said...

haa..ni yang best ni...huhu

LeEn~KB said...

haaa.....
btl2...
tima kasih...