Monday, June 05, 2006

Hadith dari tv



Assalamualaikum wbt

Buat sahabat2 yang kurang jelas apa yg tertulis di skrin televisyen, ayat itu ialah seperti di bawah:


Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.”

(al-Bukhari)


Hadith ini amat popular di kalangan anak-anak yg gemar menonton televisyen seperti saya sendiri.

Jadi apa tindakan anda? Mahu tonton rancangan masak memasak bersama Chef Ismail, ataupun mahu mem'book' tiket makanan buat tamu-tamu agung di jannah?

Tepuk dada, tanya iman.
Tepuk perut, tanya selera. (In case indeks saham iman hari tu merosot teruk)

Ayuh, marilah sama-sama kita mengimarahkan rumah-rumah Allah.

wallahua'lam

No comments: