Saturday, July 29, 2006

Mahu roti telur atau mahu telur saja?


Assalamualaikum w.b.t.

Sebulan lepas saya balik tanahairku tercinta, Malaysia. Di sana hampir tiap-tiap pagi PakCu saya membelikan kami roti canai sebagai sarapan pagi. InsyaAllah pada pagi ini saya nak tulis pasal roti canai, satu jenis roti yg hanya terdapat di bumi Malaysia, tidak ada di mana-mana hatta di India sekalipun.

Kalau anda seorang pemakan yang peka terhadap alam sekeliling, nescaya anda akan sedar yg ada banyak jenis roti canai boleh didapati di Malaysia.

Bila diletak telur - jadi roti telur
Bila diletak sardin- jadi roti sardin
Bila diletak pisang- jadi roti pisang
Bila diletak bawang- jadi roti bawang
Dan banyak lagi..


Tapi yang paling basic skali ialah roti canai kosong. Tanpa roti canai yang kosong itu, telur itu hanyalah telur, sardin itu hanyalah sardin, pisang itu hanyalah pisang, dan bawang itu hanyalah bawang.

Cuba anda try cecah pisang dengan kuah dal kemudian makan, sedap tak? Kalau anda mencecah pisang dengan kuah dal, nescaya org akan ingat anda ni dah buang tebiat. Skarang cuba cecah roti pisang dengan kuah dal. eh jangan makan lagi, baca bismillah dulu.. Dah baca? ok skarang boleh makan.. Emmmm... sedapnya hingga menjilat jari. Ini kerana kombinasi roti kosong, pisang, dan kuah dal memberikan chemistry yg hebat kepada deria rasa di lidah, lantas deria rasa tu menghantar impulse ke otak dgn mesej "Em.. sedapnya, silalah kunyah lagi..."

Allah menciptakan manusia unik dan berbeza-beza, dan setiap org mempunyai deria rasa yg berberza, maka dengan itu setiap org mempunyai citarasa yg berbeza. Ini adalah sunnatullah. Maka kita kena hormati kepelbagaian itu, dan tidak boleh memaksa org yg suka makan roti sardin untuk suka makan roti telur. Asalkan org itu tidak makan roti khinzir, maka kita hendaklah menghormati roti kegememaran org itu.

Berikut adalah dialog antara roti pisang (RP) dan roti sardin (RS).

RP: Assalamualaikum RS, kaifa hal?

RS: Wkumsalam, alhamdulillah.. enta amacam?

RP: Ana sihat-sihat je. Ni ana baru balik dari tamrin menyedapkan roti, alhamdulillah amat bermanfaat.

RS: Oh tamrin menyedapkan roti. Bagus sekali tu. Semoga enta akan menjadi satu roti yg amat bermanfaat kepada umat roti canai sedunia, InsyaAllah.

RP: Begitulah harapnya, InsyaAllah.

Tiba-tiba datang Roti Telur (RT), roti yang paling senior sekali di situ.

RT: Assalamualaikum. Antum berdua dok asyik sembang apa tu.

RS: Wkumsalam abg RT. Ana ngn RP dok sembang pasal tamrin menyedapkan makanan yang RP baru pergi. Mmg betul-betul bermanfaat.

RT: Oh. RP pegi tamrin. Ha ni abg ada satu mende penting nak cakap. Disebabkan Roti Telur adalah roti yg paling tua dan yang paling best, maka dengan ini saya mengisytiharkan, semua roti, tak kiralah roti sardin, roti pisang, roti bawang, roti tongkat ali dll akan dipanggil dengan nama ROTI TELUR. Kami adalah jemaah roti yg paling betul skali di alam semesta. Dan mana-mana roti yg cuba membuat jemaah baru, maka mereka dikira musuh kepada ummat roti canai dan memecahkan ummah dan mmg patut masuk neraka kasik bakar sampai hangus jadi roti bakar.

RP dan RS: Apa??!!

Secara kebetulan roti yg paling basic, Roti Kosong berjalan melintasi ketiga-tiga roti tadi.

RK: Assalamualaikum semua. Eh, sembang riuh nampak sampai ana lalu pun tak sedar.

RT: Oh RK rupanya. Afwan pasai tak nampak enta lalu. Ni ana dok suruh diorang semua masuk ke jemaah roti telur, jemaah yg paling dekat dgn sunnah kita sebagai ummat roti.

RK: Eh.. kenapa enta buat macam tu wahai RT. Janganlah begitu. Kesian kepada RP dan

RS.. mereka baru nak berjinak-jinak berusaha utk ke arah kesedapan ummat roti..
tengok, kan mereka dah pening.. ish ish..

RP: Betul cakap abg RS.. skarang ni saya dah pening ni.. rasa cam menyesal je jadi roti.. baik jadi murtabak..

RK: Ish ish.. kesian budak2 ni. Itulah, kita sepatutnya mengajak ke arah utk menjadi roti canai yang baik. Macam mana nak mengadun tepung, macam mana nak menguli tepung, air campur banyak mana, garam banyak mana, mentega etc. Bila roti canai yang basic tu dah mantap, barulah kita usulkan nak jadi roti apa mengikut citarasa masing-masing. Kalo suka dengan telur, jadilah roti telur. Kalo suka sardin, jadilah roti sardin. InsyaAllah, kalo roti canai yg basic tu dah mantap, kita semua akan bekerja utk menuju satu arah walaupun dari roti yg berbeza jenisnya. Usahlah kita bercakaran sesama sendiri atas sebab yg remeh ni. Pertelingkahan atas sebab furu' ini amat merugikan ummat roti. Ingat, roti canai itu datang dulu sebelum telur. Kalo kamu sibuk mempromote telur, maka kamu tidak akan menjadi roti telur, ttp kamu akan jadi telur? Sesungguhnya roti telur dan telur itu jauh bezanya.

RS: Terima kasih abg RK. Skarang baru kami berdua faham.

RT: Afwan RK. Tadi ana terlalu bersemangat. Maafkan abg ya RP, RS pasai bagi enta pening tadi. InsyaAllah, walaupun kamu berdua tidak berada dalam jemaah roti telur, kamu tetap berjuang ke arah kesedapan kita sbg ummat roti.

Pengajaran: Makanlah roti jenis apa yg ko mahu, jgn makan roti khinzir sudahlah... itu haromm..

Pengajaran no2: Sedap itu bukan roti yg bagi, tp Allah yg bagi. Kenyang itu bukan roti yg bagi, tp Allah yg bagi. Roti itu hanya asbab.

wallahua'lam

9 comments:

truth seeker said...

:-)

ashraf cifp said...

hahaha. aku sini tiap2 hari yang klas stat kol 8 pg brekfast ngan roti kosong + nescafe tareek. best a citer ni. trasa nak makan roti.

ibnu_umar said...

hoho.. pagi tadi aku makan roti tampal.. kt sini org pakistan panggil roti canai =roti paratha. nyum nyum.

ida_zy said...

nyum.. nyumm... sedapnye roti canai
rasa teringin plak mkn roti canai

anyway, i like the analogy
nmpk cam simple, tp mampu buat org berpk... keep up the good work :)

awan sirus said...

seronok baca dialog antara roti tu. why not buat cerpen berdasarkan idea ni, panjang-lebarkan lagi, bagi konflik dramatik skit dalam plot. idea ni bukan idea biasa, tak nak cuba?

cahayacinta said...

mendalam maksud yg tersirat... semoga kita semua ikhwah n akhawat menjadi roti2 kosong yg benar2 mantap..mantapkan tangga pertama baru leh naik tangga yg lain kan? :)

Anonymous said...

@cik awan
mm.. tak reti la tulis cerpen.. skrg ni baru belajar2 tulis sajak. nanti2 la plak tulis cerpen, iA.

@cik cc
betul betul. tp nak masak roti kene gune resepi masak roti. bukan gune resepi megi. (afwan dah padam entry roti dan megi. terlalu keras dan tak afdhal dibaca oleh orang umum)

Liyana said...

salam. saya nak tanya satu soalan. macam mana kalau dalam satu tempat itu dia ada satu kedai makan yang mengumpul banyak jenis roti dari pelbagai tempat. lepas itu kedai makan ini claim yang dirinya menyatukan semua jenis roti.

so, dia taknak lah kalau ttbe roti bom senyap2 buat kerja sendiri2.

erm
persoalannya, betul ke dari mana pun roti itu, die kena patuh dan taat kepada kedai roti punya arahan. dan bukan cari jemaah lain yang baik., tp baiki apa yang dah ada di tempat die tu?

ibnu_umar said...

salam. sori lambat reply, tak perasan pulak ada unmoderated comment kat sini.

taat atau dalam bahasa arab wala' tu hanyalah pada Allah dan Rasul.. bagi saye takde konteks wala' kepada manusia selain daripada itu buat masa ni. mmg ada jugak dalam ayat tu kita kene wala' kepada ulul amri yg merujuk kepada ketua jamaatul muslimin. tetapi sayangnya sampailah hari ini, yg hanya ada cumalah jaamaah minal muslimin. so takde konteks wala' di situ.

anda bebas utk mengikut kedai roti mana yg anda suka, berdasarkan kepada ijtihad anda, asalkan kedai roti itu masih lagi berjuang menegakkan roti, dan bukannya berjuang menjual apam balik dan lain2..

wallahua'lam