assalamualaikum wbt
maaflah, dah lama tak update blog.. saya cuba menyibukkan diri dengan ramadhan yg datang setahun sekali..tp masih belum cukup.. bagaimana dengan ramadhan anda semua? semoga amalan kita semua dalam bulan ini diterima Allah Taala, amin.
hmm.. kali ni ana nak cakap pasal nasik beriyani. pasal kat sini, ana boleh kata tiap2 hari (kecuali ahad) iftar dengan nasik beriyani. masjid di tempat ana ada buat iftar jama3i, jadi ramailah yg datang ke masjid utk mengejar pahala free dan juga makanan free. :)
okeh, hari ni kita cerita pasal seorang tauke gerai ingin memasak nasik di dalam rice-cooker beliau yg berjenama National. Beliau membeli periuk nasik itu di kedai elektrik dengan harga yang sama, spesifikasi yang sama, menggunakan watt yang sama, dibuat dari kilang yang sama, pada hari yang sama. In short, kedua2 periuk nasik ni adalah mirror image antara satu dengan yang lain.
kemudian, utk memasak nasik, beliau memerlukan beras. maka dibelinya beras cap super tempatan sebanyak 10kg di sebuah kedai di hujung kampungnya. setelah membayar harga sekampit beras itu, beliau pun pulang ke rumah dengan hati yg gembira kerana boleh memasak nasik, hobi kegemaran pada waktu senggangnya.
pabila tiba di rumah, beliau amat terperanjat, kerana telah terbeli beras magic! beras itu boleh berkata2!!
Beras itu berkata,"Wahai tuanku, cepatlah masak kami, kami beras2 magic tak sabar2 lagi menunggu utk dimasak menjadi nasik. kami mahu berbakti kepada manusia sbg asbab utk mereka kenyang dan menjadi sumber tenaga mereka."
Maka tanpa melengahkan masa, kawan kita ni pun memasukkan tiga pot beras ke dalam periuk nasik A dan tiga pot beras dalam periuk nasik B seraya berkata, "Akan kumasak kau berdua sebaik mungkin, dan akan kumasak kau berdua seadil mungkin, tapi hasil akhirnya terpulanglah kepada kau berdua, nak jadi sedap atau tidak. Kerana aku cuma tukang masak, sedap atau tidak, terpulang kepada kau berdua."
Maka rakan kita ni pun masukkanlah beras2 tadi ke dalam periuk nasik masing2 dan beliau pun memasukkan air secukupnya. kemudian terdetik dalam hatinya, "bagus juga kalo aku letak ingredient tambahan. nanti nasikku akan bertambah sedap."
dia pun pergi ke periuk nasik A.
"mahukah kau jika kutambah susu cair, minyak sapi, perahan limau, 20 biji badam, 20 biji kismis, bawang merah putih dan halia (digiling rapi) ?"
jawab beras di periuk nasik A,
"Aku mahu mahu dan mahu semuanya!!"
kemudian, dia ke periuk nasik B pula dan mengoffer bahan2 tambahan yg sama.
"mahukah kau jika kutambah susu cair, minyak sapi, perahan limau, 20 biji badam, 20 biji kismis, bawang merah putih dan halia (digiling rapi) ?"
jawab beras di periuk nasik B,
"Aku tak nak tak nak dan tak nak apa2!!"
selepas 20 minit dan 32 saat, maka masaklah kedua beras dalam periuk nasik itu menjadi nasik. namun demikian, tauke gerai kita tidak punya masa untuk memeriksa kedua2 nasik di dalam periuk itu lantaran kesuntukan masa. dia terus mengambil kedua2 periuk itu ke gerai dan menjualnya pada harga yg sama, rm1.50 sebungkus polisterin.
apabila pembeli2 datang, semuanya menyerbu ke periuk nasik A, semuanya nak beli nasik A. namun begitu, hatta seorang pun tak kepingin membeli nasik di dalam periuk nasik B.
apa sebabnya?
kerana nasik A ialah nasik beriyani.
kerana nasik B hanyalah nasik putih.
nasik manakah yg anda mahu? tak perlu tepuk kepala tanya minda, perut pun tahu mana satu yg dia mahu.
pengajaran.
beras2 tadi diibaratkan dua individu yang berbeza, tetapi mempunyai pakej yg sama, kerana Allah itu Maha Adil. kedua2 mereka mempunyai 2 mata, 2 hidung, 2 telinga, tangan kaki dsb. pendek kata, kedua2 mereka dapat benda yang sama.
periuk nasik itu ibarat sekolah/mrsm/kolej/universiti. mereka masuk ke dalam institusi pendidikan yg sama, punya guru-guru yang sama, menggunakan library yang sama, makan di cafe/kantin yang sama, menggunakan buku-buku teks yang sama, beriadah di padang yang sama, solat jumaat di masjid yang sama. pendek kata kedua2 mereka dapat benda yang sama.
nasik itu ibarat result exam akhir. (upsr/pmr/alevel/matriks/universiti) kedua2 beras tadi telah menjadi nasik akhirnya. mereka, dari beras yang tidak boleh dimakan, telah menjadi nasik yg boleh dimakan. maka, keputusan akhir mereka sama. kedua2 mereka dapat 5A upsr, 8A pmr, 10A spm, 4A alevel/ 4.0 matriks, 4.0 cgpa kt universiti.
tetapi, walaupun keputusan akhirnya sama, kedua2nya nasik, tetapi pengalaman mereka berbeza. perjalanan mereka dalam periuk itu berbeza. apa yg mereka tempuhi itu berbeza.
soalan yg sama ditanya,
jawapan berlainan diterima.
"Jom pi solat jemaah kat masjid tiap2 waktu. lepas solat jemaah, bila study pun berkat."
A jawab,"jom."
B jawab,"aku nak study. bukan wajib pun."
"Jom pi riadah petang ni kt padang futsal. bila berpeluh badan, kita jadi cergas, otak jadi cerdas."
A jawab, "jom."
B jawab, "aku nak study. buang masa je main."
"Jom pi kelas fiqh ustaz abdul hamid. dia ajar pasal smayang malam ni. walopun kita dah lama smayang, mungkin kita leh tambah ilmu kita."
A jawab, "jom".
B jawab, "aku nak study. aku dah belajar semua tu."
"Jom kita pi solat terawih kt masjid. masa2 macam ni la kita nak latih diri kita selalu ke masjid, nanti luar ramadhan, kita leh jadikan ia habit."
A jawab, "jom".
B jawab, "aku nak study. aku pun solat gak walopun kt bilik ni. kenapa? dosa ke?"
"Jom kita pi khemah ibadah anjuran Kelab ABC. dengar kata aktiviti2 dia menarik."
A jawab, "jom".
B jawab, "aku nak study. eh, aku ada trial exam la bulan depan. kena study."
bila result exam keluar, kedua2nya dapat result yg sama.
kedua2nya dapat 5A,8A,10A,4.0cgpa.
individu mana yg anda mahu jadi?
"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, menasihati atas kebenaran dan menasihati atas kesabaran." (Al-Asr:1-3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum..a good thought..tp if nak jd mcm nasi dlm periuk A, ana rasa ia agak susah sdkt sbb semua itu memerlukan pengorbanan..n kemampuan diri utk prioritize everything that we do in our life..especially bila berlaku pertembungan antara urusan dakwah n belajar..coz we are all students at the moment..tp waktu mcm ni la kita nak kutip kembali segala ilmu yg hilang dr umat Islam suatu masa dahulu.."hikmah adlh suatu brg yg hilang dr mukminin.Di mana shj ia menjumpainya, dialah yg plg berhak thdpnya." inshaAllah mudah2an Allah mmberi kekuatan utk kita semua tsabat di atas jlnNya..ameen
assalamualaikum.. nak kasi komen utk diri sendiri.. sebenarnya belajar tu tak salah, pasal mmg kedudukan org2 berilmu mmg tinggi di sisi Allah. tp kene la balance ilmu dunia dan ilmu akhirat..
then lagi satu komen.. dalam posting kali ni seolah2 study tu cam membuang masa, walhal, study tu bagus.. just jgnla terlalu sangat gila study sampai lupa pasal akhirat..
Post a Comment