Thursday, November 29, 2007

Ulasan Puisi "Tuna Lautan Manusia"

Assalamualaikum wrh wbt.

Teman saya, Sdr Hafez Iftiqar telah menulis satu ulasan yang menarik mengenai puisi "Tuna Lautan Manusia".

Baca selanjutnya di sini.

Seloka Malam

Kubertanya pada Pungguk,
mengapa lagumu sayu begitu,
umpama nasi makan tak lalu.

Kutoleh pada Bulan,
mengapa tuan suram selalu,
bagaikan mati hidup tak mahu.

Kulirih pada angin,
mengapa dikau sedingin salju,
hinggakan kutu mati membeku.

Kusiul pada malam,
mengapa lambat waktu berlalu,
habis putih rambut hitamku.

Pungguk Bulan, Angin Malam berkata (separa bercanda)
wahai adikku yang bijaksana,
apa gerangan banyak bertanya,
tidurlah sayang, pejamlah manja,
kaukan kudodoi, berembun cinta,
menunggu fajar mula ketawa.

yang susah nak tidur malam,
amar chan.

Tuesday, November 27, 2007

Tuna Lautan Manusia

Lemas di lautan manusia,
taman berhibur jutaan tuna.

Ada baju tuna busana,
Ada mata tuna netra,
Ada akal tuna indra,
Ada adat tuna susila.

Alangkah mulia sandwich tuna,
berbanding manusia bertuhan dunia,
yang kenal rabb tunakan Ilahnya.

yang pernah suka Tuna,
amar_chan

Sunday, November 25, 2007

Wad Kecemasan-Keemasan

Bertapa di wad kecemasan,
Taman membuang masa keemasan,
Sesaat merangkak bagaikan sezaman,
Saksinya bermula-berakhir kehidupan.

Di sini malaikat berjubah putih,
Asyik merawat tak kenal perih,
Memukau pesakit tiada memilih,
Mengukir senyum di wajah yang pedih.

Berjuang di wad kecemasan,
Medan menderma masa keemasan,
Walinya tangisan-senyuman disatukan.

Wad kecemasan-keemasan,
Kan terus dibuka,
Sampai akhir zaman.



Abdullah Umar
Baru balik dari Wad Kecemasan
25 November 2007