Thursday, November 29, 2007

Seloka Malam

Kubertanya pada Pungguk,
mengapa lagumu sayu begitu,
umpama nasi makan tak lalu.

Kutoleh pada Bulan,
mengapa tuan suram selalu,
bagaikan mati hidup tak mahu.

Kulirih pada angin,
mengapa dikau sedingin salju,
hinggakan kutu mati membeku.

Kusiul pada malam,
mengapa lambat waktu berlalu,
habis putih rambut hitamku.

Pungguk Bulan, Angin Malam berkata (separa bercanda)
wahai adikku yang bijaksana,
apa gerangan banyak bertanya,
tidurlah sayang, pejamlah manja,
kaukan kudodoi, berembun cinta,
menunggu fajar mula ketawa.

yang susah nak tidur malam,
amar chan.

No comments: