Friday, August 17, 2007
Hati..
Assalamualaikum wrh wbt
Berikut merupakan beberapa ayat Al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan hati. Harap boleh mendapat manfaat darinya.
*********
"Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang bersabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka."
(Surah Al-Hajj:35)
"Sesungguhnya orang yang beriman ituhanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka."
(Surah Al-Anfal, ayat 2).
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd, ayat 28)
Demikianlah, dan sesiapa memuliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.
(Surah al-Hajj:32)
"Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah Al-Baqarah:74)
"Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
(Surah Al-Hajj:46)
"Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh."
(Surah Al-Hajj:57)
dan hadith
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
*********
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada SEKETUL DAGING, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah HATI" (Riwayat Muslim)
"sbnrnya bukan mata itu yg buta, tetapi yg buta adalah QALBU yg DI DLM DADA." [Al-Hajj, 22: 46].
doktor amar, dr segi anatominya, btul ke qalbu 2 hati?? hehe..
a ah.. betul-betul..
dari dulu sampai sekarang, orang melayu dok ingat HATI tu LIVER.. rasanya ada masalah translation di sini..
HATI tu JANTUNG. hmm.. tak percaya? meh kita survey dengan bangsa-bangsa lain.
english: HEART = JANTUNG
arab : QALB = JANTUNG
jadi, dah 2-1. so melayu kalah. kesimpulannya ada masalah dalam kamus dewan bahasa dan pustaka kita. heheh
fathi aris x faham apa nak dimaksudkan nenek moyang saya(awak juga!)nampaknya.
dbp mahupun org dulu2 xsalah,kita yg xnak faham.hati dlm bahasa melayu bukanlah hati yg kita belajar dlm kelas anatomy ataupon masa dissection class.hati dlm puisi xnampak,itu simbol kepada jiwa yg tersimpan emosi dan rasa.'hati' kawal lahiriah kita(the way we r),tapi bkn anatomical liver..
shaine ali
dan hati juga bukanlah jantung.
shaine ali
salam.. huhu, bersemangat nampaknya cik lin kita menerangkan soal hati.. terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi pendapat mengenai topik ini.
saya pernah menyentuh hal ini dalam komen di blog kak mai (alqasam.blogsome) dan beliau pun dah menerangkan benda ni dengan lebih detail.
actually sekarang ni sekarang ada 2 benda yg berlainan yang sedang dibincangkan.
saya dan adli tengah bincang tentang hati di dalam hadis dan ayat Al Quran.
manakala cik lin pula sedang membincangkan hati dari sudut sastera.
memandangkan alQuran diturunkan melalui bahasa arab, maka perkataan HATI itu mmg takde langsung dalam AlQuran pasal HATI tu bahasa melayu. yang ada hanyalah QALB. Dan dalam hadis pun dikatakan QALB itu adalah "seketul". dalam surah alHajj juga disebutkan "..Qalb di dalam dada.."
maka apabila Imam Al Ghazali di tanya tentang hal ini, beliau berkata, apa yg dimaksudkan bukanlah qalb (faham as jantung pasal bahasa arab translate kan jadi jantung) fizikal semata-mata, tetapi yang dimaksudkan ialah qalb dari segi batiniyah. Namun qalb batin itu terletak di dalam qalb yang fizikal itu.
Ini diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil saintifik yang menemui sel-sel yang berfungsi seperti neuron di dalam qalb yang bertindak secara independent daripada otak, malahan kadang2 menghantar signal kepada otak. Ini menunjukkan pada kes-kes tertentu, jantung kita (perasaan kita) mengawal akal kita.
boleh rujuk buku "intelligent heart , the pure heart" tulisan Dr. Gohar Mushtaq. Beliau telah menyusun hadis-hadis dan ayat alQuran mengenai Qalb dan mengaitkannya dengan penemuan-penemuan saintifik. Juga boleh rujuk buku "purification of the Heart".
wallahua'lam
jadi kesimpulannya di sini,
Dari segi sastera, benarlah penerangan mengenai Hati dari apa yg dikatakan oleh Cik Lin.
Dan dari segi Hadis dan alQuran, saya lebih senang dengan pendapat Imam Muhammad al Ghazali (boleh rujuk buku Ihya' Ulumuddin, kalau rasa kurang yakin boleh rujuk buku Tazkiyatun Nafs, iaitu ringkasan Ihya' yang telah ditahkik oleh Said Hawwa'), Hamza Yusuf (Purification of the Heart) dan Dr Gohar Mushtaq (The Intelligent Heart, The Pure Heart).
wallahua'lam
communication breakdown..x kan?terima kasih menambah ilmu psl buku2 yg sy xpernah dgr.sy akan suruh naqibah pakistanis kt darussalam carikan.iAllah=)
Salam..
Ni link buku "The Intelligent Heart, The Pure Heart"
http://www.taha.co.uk/shopping/product_details.php?id=&product_id=1842000756
boleh beli online kt situ. buku ni susah sikit nak cari di kedai-kedai buku.
yang lagi 2 tu sangat-sangat populer dan senang nak jumpa, insyaAllah.
wah!! mantap nmpknya skrg dr. amar.. ni cam dh bersedia utk membimbing seorang insan bergelar isteri ni..
haha.. bila lg?? xkn nk tunggu sani kot.. lama lg la jwbnya kalau nk tunggu sani dlu..
apa kaitan hati ngn kawin ni? takdak kaitan. ampeh btol.
Post a Comment