Friday, September 22, 2006

Friday, September 01, 2006

Kapal terbang

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat yg sedang bersiap-siap untuk pulang semula ke UK dan Ireland setelah lama bercuti di tanah air Melosiaku terchenta.

Setiap kali sebelum kapal terbang berlepas, nescaya anda akan melihat pramugara dan pramugari sibuk bersenam robik di tengah2 aisle, utk memberi penerangan ttg arahan-arahan keselamatan ketika di dalam kapal yg beterbangan itu. Antara arahan yang paling popular ialah:

"If emergency oxygen masks deploy, put your mask on first, before putting it on your children"


Agak kejam bunyinya bukan? Tetapi itulah opsyen yang paling selamat untuk kemaslahatan kedua-dua belah pihak.

Ini kerana:

1) Jika si ibu/bapa/penjaga sudah berjaya mengenakan topeng oksigen kepada diri sendiri, ini menunjukkan dia sudah mempunyai skill yang mantap dalam cara-cara mengenakan topeng oksigen.
bayangkan, kalo dia sendiri pun tak reti pakai mask, tak pasal-pasal kang dia salah letak mask kt anak dia. org suro letak kt muka, dia taruk siku, tak ke naya. (lawak hambar)


2) Jika si ibu/bapa/penjaga sudah berjaya memakai topeng oksigen, beliau akan mendapat bekalan oksigen yg mencukupi utk meresap dalam haemoglobin dalam sel darah merahnya, lantas mengelakkan hypoxia. Ini akan memberi peluang kepadanya utk menyelamatkan si kecil tersayang tanpa menjejaskan keselamatan diri sendiri.
bayangkan, kalo diri sendiri pun takde oksigen, camne nak kasik oksigen kt org lain plak kan?

Begitulah juga halnya dalam bidang dakwah.

1a) Sebelum kita menyelamatkan org lain, saudara kita, rakan-rakan kita, kita hendaklah pada masa yang sama menyelamatkan diri kita. Sentiasa melakukan pengislahan pada diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah ttg kesalahan diri. Refleksi diri. Cermin-cerminkan diri.

Bagaimana mungkin, org ingin mengikut jalan dakwah kita, andaikata diri sendiri pun tak terjaga? Bagaimana mungkin, kita nak jual produk sabun Breeze kita, sekiranya baju sendiri pun
berlemoih penuh dengan kotoran?

2a) Jika hendak menyeru org lain, kita hendaklah mempunyai sedikit bekalan. Jika diri sendiri pun tiada bekalan ilmu, iman dan amal, bagaimana kita mahu berkongsi dengan mad'u yang kita hendak bawa? Sesungguhnya jalan dakwah ini tidak tertegak hanya dengan semangat yang berapi-api. Tetapi ia lahir dari ilmu yg benar, membawa kepada iman yg sejahtera, lantas dimanifestasikan melalui amalan-amalan kita.

Tapi, jangan jadi begini...

"Aku rasa aku tak layak la nak nasihat dia.. dia tu dulu skolah agama.. aku ni baru sebulan dua dok blajar.. aku rasa tak cukup ilmu lagi la.."

Mungkin sebilangan daripada kita akan berkata dalam hati, "Takpe la dia tak tegur dulu.. biar dia blaja cukup2 dulu, biar lagi power dari mamat ex-skolah agama tadi, baru la dia tegur. Kan kan?"

Bagaimana kalau begini...

"Aku rasa aku tak layak la nak pasang mask kt anak aku.. aku ni pasang mask ni pun first time.. biarlah aku dah berjaya pasang mask utk kali ke-210, baru aku pasang kt anak aku.. kan kan?"

By the time ko pasang mask utk kali ke seratus, anak kau tu dah mampos dah rasanya.
By the time korang rasa ilmu korang dah cukup, rasa2nya lagi jauh lagi kawan kita tadi dicengkam oleh kegelapan jahiliyah.

By the way, sampai bila kita akan rasa ilmu kita dah cukup? Lepas SPM? Lepas Ijazah? Lepas keje? Lepas hafal al-Quran dan hadith? Lepas hafal buku sifir 4 angka? Lepas sampai bila lagi? Sampai dah nak masuk kubo? nauzubillah.

Sesungguhnya, kerja ini bukan hanya kerja nabi dan rasul. Ini bukan hanya kerja ustaz-ustaz ataupun pegawai-pegawai agama. Ini kerja seluruh ummat.

"Kamulah adalah sebaik-baiknya ummat dilahirkan untuk kepentingan manusia seluruhnya, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah, serta beriman kepada Allah" (Alimran:110)


wallahua'lam