Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat yg sedang bersiap-siap untuk pulang semula ke UK dan Ireland setelah lama bercuti di tanah air Melosiaku terchenta.
Setiap kali sebelum kapal terbang berlepas, nescaya anda akan melihat pramugara dan pramugari sibuk bersenam robik di tengah2 aisle, utk memberi penerangan ttg arahan-arahan keselamatan ketika di dalam kapal yg beterbangan itu. Antara arahan yang paling popular ialah:
"If emergency oxygen masks deploy, put your mask on first, before putting it on your children"
Agak kejam bunyinya bukan? Tetapi itulah opsyen yang paling selamat untuk kemaslahatan kedua-dua belah pihak.
Ini kerana:
1) Jika si ibu/bapa/penjaga sudah berjaya mengenakan topeng oksigen kepada diri sendiri, ini menunjukkan dia sudah mempunyai skill yang mantap dalam cara-cara mengenakan topeng oksigen.
bayangkan, kalo dia sendiri pun tak reti pakai mask, tak pasal-pasal kang dia salah letak mask kt anak dia. org suro letak kt muka, dia taruk siku, tak ke naya. (lawak hambar)
2) Jika si ibu/bapa/penjaga sudah berjaya memakai topeng oksigen, beliau akan mendapat bekalan oksigen yg mencukupi utk meresap dalam haemoglobin dalam sel darah merahnya, lantas mengelakkan hypoxia. Ini akan memberi peluang kepadanya utk menyelamatkan si kecil tersayang tanpa menjejaskan keselamatan diri sendiri.
bayangkan, kalo diri sendiri pun takde oksigen, camne nak kasik oksigen kt org lain plak kan?
Begitulah juga halnya dalam bidang dakwah.
1a) Sebelum kita menyelamatkan org lain, saudara kita, rakan-rakan kita, kita hendaklah pada masa yang sama menyelamatkan diri kita. Sentiasa melakukan pengislahan pada diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah ttg kesalahan diri. Refleksi diri. Cermin-cerminkan diri.
Bagaimana mungkin, org ingin mengikut jalan dakwah kita, andaikata diri sendiri pun tak terjaga? Bagaimana mungkin, kita nak jual produk sabun Breeze kita, sekiranya baju sendiri pun
berlemoih penuh dengan kotoran?
2a) Jika hendak menyeru org lain, kita hendaklah mempunyai sedikit bekalan. Jika diri sendiri pun tiada bekalan ilmu, iman dan amal, bagaimana kita mahu berkongsi dengan mad'u yang kita hendak bawa? Sesungguhnya jalan dakwah ini tidak tertegak hanya dengan semangat yang berapi-api. Tetapi ia lahir dari ilmu yg benar, membawa kepada iman yg sejahtera, lantas dimanifestasikan melalui amalan-amalan kita.
Tapi, jangan jadi begini...
"Aku rasa aku tak layak la nak nasihat dia.. dia tu dulu skolah agama.. aku ni baru sebulan dua dok blajar.. aku rasa tak cukup ilmu lagi la.."
Mungkin sebilangan daripada kita akan berkata dalam hati, "Takpe la dia tak tegur dulu.. biar dia blaja cukup2 dulu, biar lagi power dari mamat ex-skolah agama tadi, baru la dia tegur. Kan kan?"
Bagaimana kalau begini...
"Aku rasa aku tak layak la nak pasang mask kt anak aku.. aku ni pasang mask ni pun first time.. biarlah aku dah berjaya pasang mask utk kali ke-210, baru aku pasang kt anak aku.. kan kan?"
By the time ko pasang mask utk kali ke seratus, anak kau tu dah mampos dah rasanya.
By the time korang rasa ilmu korang dah cukup, rasa2nya lagi jauh lagi kawan kita tadi dicengkam oleh kegelapan jahiliyah.
By the way, sampai bila kita akan rasa ilmu kita dah cukup? Lepas SPM? Lepas Ijazah? Lepas keje? Lepas hafal al-Quran dan hadith? Lepas hafal buku sifir 4 angka? Lepas sampai bila lagi? Sampai dah nak masuk kubo? nauzubillah.
Sesungguhnya, kerja ini bukan hanya kerja nabi dan rasul. Ini bukan hanya kerja ustaz-ustaz ataupun pegawai-pegawai agama. Ini kerja seluruh ummat.
"Kamulah adalah sebaik-baiknya ummat dilahirkan untuk kepentingan manusia seluruhnya, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah, serta beriman kepada Allah" (Alimran:110)
wallahua'lam
Friday, September 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
good analogy amar!
tanggungjawab menyebarkan kalimah syahadah adalah tanggungjawab semua and in doing so,we have to do what it takes to do the dakwah effectively,namely by equipping oulselves with necessary ilmu dan amal.
without that kita akan jadi org yg macam allah ckp dlm surah as-Soff ayat 2-3.
sama2 la kita baiki diri dan seru org lain-aslih nafsak,wad'u ghairak.
wallahu a'lam
emm.. bagus2.. moga2 lepas ni tak perlulah bapak nak pakaikan 'mask' kepada 'anak'nya kerana semua orang dah reti pakai sendiri.. ;)
assalamualaikum encik amar, saya suka blog awak, boleh tak saya add awak?
salam..
btol tu asyraf.. "perbaiki dirimu, dan serulah org lain" saya nak tulis tadi, tp terlupa la plak.. heheh.
jue, skarang ni kalo anak2 dah pandai pakai mask oksigen, mari kita sama-sama ajar cucu plak pakai mask. lepas cucu, cicit plak. dan seterusnya. pasal kita tanak golongan yg pandai pakai mask pupus selepas kematian kita. kene ada org yg mewarisi skill yg best ini. :D
kpd cik potter, silakan add.. takde listing fee.. ehe.
wslm
teruskan usaha
(^_^)
bro amar, this entry membuatkan saya tergelak kecil (disebabkan joke2 yg ade). i like it.
Good analogy
Masalahnya sekarang yang ingin pakai mask makin ramai, yang boleh memakaikan mask makin kurang. Kalau adapun kurang spiritual dan taqarrub Illah.
Yang ingin memakaikan mask kenalah tambah kemahiran pelbagai terutamanya spritually, kerana org yg nak pakai mask makin canggih dengan ketenatan mereka yg pelbagai
Satu perkara yg aku paling tak suka naik MAS ni bila aku tengok pramugara/i yang beragama Islam tuang arak untuk bagi mat saleh minum. Rasa macam nak terajang aje tray yg bawak arak tu!
betul tu kak nai.. skarang ni org yg tenat tanpa oksigen dah makin banyak, pastu macam2 pulak jenis penyakit diorang. so mereka2 yg memakai mask tu perlu lebih kuat bekerja utk menyelamatkan yg lain2.
tawel.. tu aku tensen gak.. ye la, bayar tiket harga sama mahal.. tp aku boleh dapat air fresh oren je, diorang dapat macam2 jenis air.. tak adil ni! hehe
Haha.. bernas.
Selamat beramar ma'ruf dan nahy munkar.
sejak biler ko tulis blog? aku ingat ex-roomate ko jer tulis blog..muhahah
assalamualaikum akh amar...
mmm...tak penah terpk pon kronologi tu...hebatla...kreatif n kritis...syabas!!!
jgn penah jemu dan lelah dlm dakwah...
salam..keep it up bro!! semoga istiqamah dan diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berjuang dan berjihad pada jalanNya!!
Sampaikan lah walaupon sepotong ayat..
InsyaALLAH..
Assalamualaikum wbt akh amar...hm, ana mungkin terlambat utk komen kt entry antum ni..tapi takperlah ek? better late than never :)
Mmg antum diberi kelebihan utk buat tamsilan pd sesuatu benda dan analogous kan dgn something else..bersyukur dgn anugerah Ilahi..anyway, tak lupa jgk ek medical knowledge yg antum belajar..ana mungkin blh tambah sket kot.stkt yg dpt..mungkin apart from hypoxia..blh jd anak2 tu dpt asphyxia...lg kesian tu..huhuh..by the way..
Ana setuju yg skang dah ramai yg boleh pakai sendiri mask tu..namun nak pakaikan kpd org lain tu,not necessarily..sbb ianya memerlukan 'driving force' dan kesedaran utk membantu org lain..perasaan self-sufficient perlu ditangkis dan dibuang jauh-jauh..org yg baik adlh mrk yg bermanfaat kpd org lain...
InshaAllah, moga kita yg dah ada kesedaran utk pakaikan mask tu pd org lain akan terus mempunyai kesedaran itu..dan sanggup utk 'terjun' di dlmnya...afwan kalau kata2 ana ni mcm berbelit-belit..dah pening dgn written report ana kt uni...huhuhu
To end with..ana suka kata2 ni..
"walking through the journey of dakwah..stepping in search of mardhotillah..roaming during day and night..seeking truth of wrong and night..having and never stop believing..ask for strength to never stop trying..thinking, smiling and Alhamdulillah.."
Wallahu ta'ala a'laam...salam Ramadhan dari ukhti di monash...=]
good analogy amar!
good one, a really good one.
very helpful and gave me a new insight on this topic.
u don't mind if i print this one out and post in on my school's buletin board, do u?
thanks
yes you can take it.. no copyright in dakwah insyaALLAH.
Post a Comment