Saturday, July 29, 2006

Mahu roti telur atau mahu telur saja?


Assalamualaikum w.b.t.

Sebulan lepas saya balik tanahairku tercinta, Malaysia. Di sana hampir tiap-tiap pagi PakCu saya membelikan kami roti canai sebagai sarapan pagi. InsyaAllah pada pagi ini saya nak tulis pasal roti canai, satu jenis roti yg hanya terdapat di bumi Malaysia, tidak ada di mana-mana hatta di India sekalipun.

Kalau anda seorang pemakan yang peka terhadap alam sekeliling, nescaya anda akan sedar yg ada banyak jenis roti canai boleh didapati di Malaysia.

Bila diletak telur - jadi roti telur
Bila diletak sardin- jadi roti sardin
Bila diletak pisang- jadi roti pisang
Bila diletak bawang- jadi roti bawang
Dan banyak lagi..


Tapi yang paling basic skali ialah roti canai kosong. Tanpa roti canai yang kosong itu, telur itu hanyalah telur, sardin itu hanyalah sardin, pisang itu hanyalah pisang, dan bawang itu hanyalah bawang.

Cuba anda try cecah pisang dengan kuah dal kemudian makan, sedap tak? Kalau anda mencecah pisang dengan kuah dal, nescaya org akan ingat anda ni dah buang tebiat. Skarang cuba cecah roti pisang dengan kuah dal. eh jangan makan lagi, baca bismillah dulu.. Dah baca? ok skarang boleh makan.. Emmmm... sedapnya hingga menjilat jari. Ini kerana kombinasi roti kosong, pisang, dan kuah dal memberikan chemistry yg hebat kepada deria rasa di lidah, lantas deria rasa tu menghantar impulse ke otak dgn mesej "Em.. sedapnya, silalah kunyah lagi..."

Allah menciptakan manusia unik dan berbeza-beza, dan setiap org mempunyai deria rasa yg berberza, maka dengan itu setiap org mempunyai citarasa yg berbeza. Ini adalah sunnatullah. Maka kita kena hormati kepelbagaian itu, dan tidak boleh memaksa org yg suka makan roti sardin untuk suka makan roti telur. Asalkan org itu tidak makan roti khinzir, maka kita hendaklah menghormati roti kegememaran org itu.

Berikut adalah dialog antara roti pisang (RP) dan roti sardin (RS).

RP: Assalamualaikum RS, kaifa hal?

RS: Wkumsalam, alhamdulillah.. enta amacam?

RP: Ana sihat-sihat je. Ni ana baru balik dari tamrin menyedapkan roti, alhamdulillah amat bermanfaat.

RS: Oh tamrin menyedapkan roti. Bagus sekali tu. Semoga enta akan menjadi satu roti yg amat bermanfaat kepada umat roti canai sedunia, InsyaAllah.

RP: Begitulah harapnya, InsyaAllah.

Tiba-tiba datang Roti Telur (RT), roti yang paling senior sekali di situ.

RT: Assalamualaikum. Antum berdua dok asyik sembang apa tu.

RS: Wkumsalam abg RT. Ana ngn RP dok sembang pasal tamrin menyedapkan makanan yang RP baru pergi. Mmg betul-betul bermanfaat.

RT: Oh. RP pegi tamrin. Ha ni abg ada satu mende penting nak cakap. Disebabkan Roti Telur adalah roti yg paling tua dan yang paling best, maka dengan ini saya mengisytiharkan, semua roti, tak kiralah roti sardin, roti pisang, roti bawang, roti tongkat ali dll akan dipanggil dengan nama ROTI TELUR. Kami adalah jemaah roti yg paling betul skali di alam semesta. Dan mana-mana roti yg cuba membuat jemaah baru, maka mereka dikira musuh kepada ummat roti canai dan memecahkan ummah dan mmg patut masuk neraka kasik bakar sampai hangus jadi roti bakar.

RP dan RS: Apa??!!

Secara kebetulan roti yg paling basic, Roti Kosong berjalan melintasi ketiga-tiga roti tadi.

RK: Assalamualaikum semua. Eh, sembang riuh nampak sampai ana lalu pun tak sedar.

RT: Oh RK rupanya. Afwan pasai tak nampak enta lalu. Ni ana dok suruh diorang semua masuk ke jemaah roti telur, jemaah yg paling dekat dgn sunnah kita sebagai ummat roti.

RK: Eh.. kenapa enta buat macam tu wahai RT. Janganlah begitu. Kesian kepada RP dan

RS.. mereka baru nak berjinak-jinak berusaha utk ke arah kesedapan ummat roti..
tengok, kan mereka dah pening.. ish ish..

RP: Betul cakap abg RS.. skarang ni saya dah pening ni.. rasa cam menyesal je jadi roti.. baik jadi murtabak..

RK: Ish ish.. kesian budak2 ni. Itulah, kita sepatutnya mengajak ke arah utk menjadi roti canai yang baik. Macam mana nak mengadun tepung, macam mana nak menguli tepung, air campur banyak mana, garam banyak mana, mentega etc. Bila roti canai yang basic tu dah mantap, barulah kita usulkan nak jadi roti apa mengikut citarasa masing-masing. Kalo suka dengan telur, jadilah roti telur. Kalo suka sardin, jadilah roti sardin. InsyaAllah, kalo roti canai yg basic tu dah mantap, kita semua akan bekerja utk menuju satu arah walaupun dari roti yg berbeza jenisnya. Usahlah kita bercakaran sesama sendiri atas sebab yg remeh ni. Pertelingkahan atas sebab furu' ini amat merugikan ummat roti. Ingat, roti canai itu datang dulu sebelum telur. Kalo kamu sibuk mempromote telur, maka kamu tidak akan menjadi roti telur, ttp kamu akan jadi telur? Sesungguhnya roti telur dan telur itu jauh bezanya.

RS: Terima kasih abg RK. Skarang baru kami berdua faham.

RT: Afwan RK. Tadi ana terlalu bersemangat. Maafkan abg ya RP, RS pasai bagi enta pening tadi. InsyaAllah, walaupun kamu berdua tidak berada dalam jemaah roti telur, kamu tetap berjuang ke arah kesedapan kita sbg ummat roti.

Pengajaran: Makanlah roti jenis apa yg ko mahu, jgn makan roti khinzir sudahlah... itu haromm..

Pengajaran no2: Sedap itu bukan roti yg bagi, tp Allah yg bagi. Kenyang itu bukan roti yg bagi, tp Allah yg bagi. Roti itu hanya asbab.

wallahua'lam