Assalamualaikum wbt
Hari ni kita akan cakap pasal seorang yg lapar yg pelik perangainya..
Pasa suatu hari, wujud seorang yg lapar. Dia mahu makan, tetapi dia tiada makanan. Dalam bandar yg dia tinggal, hanya ada 1 Tuan yg baik hati boleh memberi makanan.
Arakian, pada satu pagi yg syahdu, ketika burung baru mula keluar dari sarang, dia pun pergilah ke rumah Tuan itu untuk meminta makanan.
"Berilah aku makanan! Berilah aku makanan!"
Tuan itu pun memberi dia makanan.
Tapi dia menolak. Dia tak mahu makan.
Tengah hari itu dia pergi lagi meminta makanan. Dia berteriak.
"Berilah aku makanan! Berilah aku makanan! Berilah aku makanan! Berilah aku makanan!"
Tuan itu pun memberi dia makanan.
Tapi dia tak menolak lagi. Tak mahu makan lagi.
Begitulah kedaannya setiap hari. Sehari 17 kali dia meminta makan makanan, tetapi setiap kali Tuan memberi makanan, setiap kali itulah dia menolak.
Manusia jenis apakah ini. Tadi merayu-rayu meminta-minta mohon hajat diperkenan, tetapi perkara yg dihajati di depan mata, dia menolak pula.
Sebenarnya manusia itu hidup dalam diri kita sendiri.
"Mana ade!! mana penah i mintak2 kt orang. i tak penah bergantung pada sesapa. I only depend on myself!"
"Heh, aku mane penah tolak pemberian orang. Orang bagi, aku balun je lah. heh"
Ye ke? Mari kita check diri kita sekali lagi...
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
(Al-Fatihah:6)
Setiap hari manusia rukuk dan sujud, meminta hidayah, minta ditunjukkan jalan yg lurus.
Tetapi pabila Allah beri hidayah, tunjukkan jalan, kita menolak, mencari alasan. Cakap tak serupa bikin.. nauzubillah..
Marilah kita berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan mereka2 yg cakap tidak serupa bikin itu. Ameen.
wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Yah sudah lama aku menanti...
amin...
Post a Comment