Monday, April 24, 2006

Aku tak mahu makan sampah lagi..

Assalamualaikum w.b.t.

hari ini nak cerita pasal kelakuan manusia yg makan sampah..

di satu kampung berdekatan dgn bukit, terdapat satu tapak pelupusan sampah.. yang peliknya, tempat sampah itu bukan saja jadi tempat membuang sampah, tp tempat itu juga menjadi tempat mereka mencari makanan.. satu kampung makan sampah.. yg peliknya, mereka terpaksa bayar harga yg mahal utk makan sampah2 itu.. disebabkan mereka asyik makan sampah, maka mereka sering jatuh sakit..

satu hari, ada seorang pengajak, mengajak manusia dari kampung ke kampung, utk makan di sebuah restoran di sebalik bukit itu. tetapi jalan utk mendaki bukit itu sangat sukar, susah. jalannya penuh dengan duri2, penuh dgn ular.. tak ramai orang mengikut seruan pengajak itu tadi. tak ramai yg sanggup berkorban utk mengharungi onak dan ranjau bukit tadi.. tidak sedikit pula org yg meragui kata2 pengajak itu tentang adanya restoran di balik bukit.


beberapa anak muda mengikut seruan pengajak tadi.. dengan susah payah, mereka merentasi bukit itu. akhirnya mereka sampai ke restoran yg cantik tadi. mereka bersyukur kerana ditunjukkan jalan ke restoran itu. sekarang mereka tak perlu makan sampah lagi. skrg mereka tidak akan sakit2 lagi. inilah makanan yg sebenar, nasi, bukanlah sampah yg disuap sejak dahulu.

jadi apa tanggung jawab anda hai anak muda? mahu melihat ummat di kampung halaman terus mengaduh kesakitan akibat makan sampah? atau kau sudah puas dgn keadaan diri yg sudah pun beroleh nasi?

ayuh, anak muda. marilah kita sambung tugas pengajak tadi.. menyeru manusia kembali kepada makanan yg sebenar..

wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...analogi yg bagus...
kalau saudara tidak keberatan izin kan sy utk copy n paste...utk disebarkan pd shbt2 saya

ibnu_umar said...

wkumsalam wrh wbt

boleh-boleh.. silakan