Tuesday, July 09, 2013

Datuk, bapak dan cucu dan istana sampah



Kering darah datuk,
buat cagaran membeli merdeka.
Patah tulang belakang bapak,
dek kuat berkerja membangunkan nusa.

Datuk dan bapak tak pernah mengeluh,
jauh sekali mahu merungut,
"Ini semua untuk cucu cicit," kata mereka.
Biar saja kami derita,
Asalkan mereka warisi bahagia.

Anak cucu cicit itu,
buta sejarah,
tak kenal budi,
tiada identiti,
hilang rasionaliti.

Jasa datuk dan bapak,
dilelong digadai,
buat modal,
beli hedonisma.

Kalaulah datuk dan bapak tahu,
begini fiil anak cucunya,
layak dibuang saja saat lahirnya.
sampah manusia ini,
hanya layak menghuni istana sampah,
ditemani Dr Ir. Lalat,
pengangkut tahi professional.

Sempena bulan merdeka,
Ibnu Umar,
11 Ogos 2007,
Leeds.

2 comments:

baby doctor said...

salam

"Anak cucu cicit itu,
buta sejarah,"

aleman..skali trase daa..tp iA tang tu je yg kena btg idung.iA takkan "Jasa datuk dan bapak,
dilelong digadai,
buat modal,
beli hedonisma."

huhu

p/s:makannasik bwajah baru ye. good..good

ainishamsi said...

ada satu perkara kelakar yang menghantui fikiran setelah sama-sama menyambut keraian kemerdekaan tanah melayu di negeri festival ni,

bukan semua memilih untuk mengerti. masing-masing yakin dengan definisi sendiri. mohon kita dijauhkan dari ghaflah!