Saturday, December 29, 2007

Mahalnya Neraka

Wahai kawan
beri aku modal sejuta
buat bekal beli neraka.

Mahal sungguh saham dosa
perlu wang azam usaha
mahu zina perlu betina
mahu mabuk perlu khamar
mahu syirik perlu berhala
mahu curi perlu tenaga
mahu judi perlu duitnya.

Alangkah mudah jalan ke syurga
hanya perlu jadi
hamba
sujud kepada Yang
Maha segala Maha
Pencipta, Penguasa,
Hakim Adil lagi Saksama.

Dengar kawan aku bertanya,
esok di Akhir,
engkau di mana?

yang mencari-cari jalan ke sorga,
ibnu umar

2 comments:

Mesin Kata said...

sy pernah dengar satu ceramah,

penceramah tu berulangkali berkata,

jalan ke syurga ni sgt mahal!!!
dan dia bertanya kepada hadirin dan hadirat,

berapa kami mampu bayar untuk jalan ke syurga?

dalam hati sy berdetik,
"kad debit boleh guna tak?"
ngee~

HbO said...

best=)

(yg ni sy boleh faham dgn senang..)hehe