Monday, November 13, 2006

Robot Makan Elektrik

Assalamualaikum wth wbt..

Afwan kerana lama tidak mengupdate blog. Terima kasih kepada incik anonymous kerana menyuruh saya update, kalo tak, sure tak update punya aaah.. eheh.

Kali ni saya nak citer pasal satu citer yg kawan saya citer kt saya pasal robot.
















Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mampos.

maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

apakah ibrah (pengajaran) dari citer ni?

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah anda dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan degn perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.

Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..

wallahua'lam

16 comments:

Ibnu Tahir said...

begitulah hidup sang kerdil yang hanya memikirkan perut sendiri.

"Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka" (Hadis riwayat al-Baihaqi dalam "Shuab al-Iman", at-Tabari, Abu Nua'im dalam "Hilyah" dan al-Hakim)

Anonymous said...

haah,jgn jadi kitaran robot bodoh...muhasabah diri..mase dgr hari tu,zapppp ke dalam hati..huhuhu

Jong said...

salam,
wah entri yang bagus sekali. Dan, gambar nasi lemak itu memang mengancam betul!
:)

Anonymous said...

alhamdulillah dah apdet..
entry ni diambil (diprint) ya.

ibnu_umar said...

anonymous itu dari manchester rupanya.. malu-malu sungguh org manchester ni tanak taruk nama dia..

Anonymous said...

erk.betul ke kat manchester nih? check balik..

ibnu_umar said...

emm.. smalam statcounter cakap dari mesia plak dah.. ish.. statcounter ni nak kene ni.. suka tukar2 maklumat..

Anonymous said...

saye pon anonymous jugak.

Amermeftah said...

o rupanya satu uk tgh sibuk nak keluar dr kitaran bodoh ni...

bender bending rodriguez
cheese it chumpette!

Anonymous said...

kitaran bodo hnye dilakukan oleh 'org yg bodo' dan adakah kite bodo..? fahamkah kite or sekadar tahu shj..?

Anonymous said...

salam.enrty ni mmg karya saudara?
musykil..

ibnu_umar said...

aa.. actually entry ni mmg saya tulis.. tp isinya dapat dari satu seminar yg dihadiri oleh student2 kt uk.. so kalau tanya student uk, insyaALlah ramai yg dah penah dengar.

so kesimpulannya, mmg entry ni saya tulis tp idea tu dari seminar.

Anonymous said...

saya pelik sgt2 masa saya pergi daurah seerah (ISK)..semua yang hadir dapat artikel saudara..(kat msia)..
erm.( tak mustahil )

ibnu_umar said...

oh yeke.. tak tau pulak pasal tu.. tp seminar yg kt UK ni org panggil ISK gak. hehe, insyaALlah ilmu ni kita kongsi sama-sama..tak dibatasi oleh geografi. :)

nbo_3 said...

salam. minta izin untuk kongsi artikel ni.

ibnu_umar said...

salam.. silakan.. there is no copyright in dakwah, iA..

:)