Tuesday, May 30, 2006

pagi pagi

Pagi.
Hening subuh.
Suria kembali mewarnai langit.

manusia itu.
matanya terpejam rapat.
di atas katil dibungkus duvet.
kaku, mati, seperti mayat.

"Hayya a'alassolah!!"
"ahh nantilah!!" balasnya

"Hayya a'alalfalahh!!"
"ahh tunggulah!!" sahutnya

"Assola tu khairum minannaumm!!"
"ahh bisinglah!!" rungutnya

mulut mencebik.
selimut kembali ditarik.

manusia kiranya kautahu.
saat kau mati kini,
beburung dah sibuk mencari rezeki.
saat kau mati kini,
sang unggas dah riuh menyanyi-nyanyi.
saat kau mati kini,
si denak dah mula berkokok lagi.

tapi kau tak tahu.
kaumasih dalam tidurmu.
masih dalam alam matimu.

kalau hari-hari kau begini.
baik jadi tanahlah engkau.
jadi org mengabihkan boreh* je.



*
duvet=selimut
boreh=beras

Friday, May 26, 2006

Monday, May 15, 2006

"Aku lapar aku lapar aku laparrr!!!"

Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni kita cakap pasal org yg lapar dan tak reti bagaimana nak hilangkan kelaparannya itu..

Pada suatu hari, terdapatlah seorang yg lapar. Dia tak tahu bagaimana nak menghilangkan kelaparannya itu, maka dia pun pergilah bertanya kepada rakannya bagaimana nak menghilangkan rasa lapar itu.

"Ya akhi. Kau kenyang selesa di sana, aku lapar gila di sini. Bagaimanakah boleh aku rasa kenyang seperti dirimu, ya akhi?"

"Makanlah nasik. Nescaya kau akan kenyang. Percayalah aku, makanlah nasik," balas sahabatnya.

"Baiklah akhi. Aku percaya dengan kata-katamu. Makan nasik, itulah solusinya."

Setelah itu dia pun beredar pulang ke rumahnya.

"Yakinlah, lepas makan nasik nescaya akan berasa kenyang," bisik hatinya.

Kemudian dia pun menjerit,"Makan nasik makan nasik makan nasik makan nasik makan nasik makan nasik MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIK MAKAN NASIKKKKKKKKKK!!!!"



"Eh pelik. Dah seminit aku buat macam ni, tp perutku masih lagi lapar. Cis, tak guna btol sahabatku tadi. Sampai hati dia menipu diriku," katanya sambil bergegas mencari sahabatnya tadi.

"Eh, aku dah buat apa yg kausuruh. Aku yakin dgn apa yg kaucakap. Aku dah cakap apa yg kau cakap. Tapi aku masih lagi lapar. Perutku tak rasa pun kenyang," bentakknya kepada sahabatnya.

"Kau dah yakin dgn nasihatku?"

"Sudah. Aku dah yakin."

"Kau dah ikut apa yg aku cakap?"

"Sudah. Aku dah cakap. Siap jerit lagi."

"Jadi kau buat tak apa yg aku suruh? Kau carik tak nasik tu? Kau makan tak nasik tu?"

"Erk.."

"Ceh, kalau setakat jerit keluar air liur je, mana nak kenyang bai.. kalau kau jerit sampai esok pun tak kenyang. Kenyang takkan datang hanya dgn percaya di hati, lafaz di mulut. KENYANG AKAN DATANG BILA HATI DAH PERCAYA, MULUT DAH LAFAZ DAN DISERTAI AMAL PERBUATAN. setakat teralalk-terlolong, buang air liur je."

pengajaran: Don't speak louder than action. Don't waste your saliva. Wasting is an act of syaitann..

wallahua'lam