Wednesday, September 28, 2005

Lauk dan tudung saji..

Assalamualaikum..

asif..dah lama ana tak update blog ni.. mungkin sebulan dua ni agak hectic bagi ana, maka kurang masa ana dapat luangkan untuk update blog ni.. alhamdulillah, skarang ni tgh fresher's week kat uni, so ana ada banyak masa utk tulis artikel di blog ni..

topic kita hari ini ialah tudung saji..

Apakah itu tudung saji?

Tudung saji ialah sejenis perkakas dapur yg digunakan oleh orang melayu sejak zaman-berzaman lagi..

Kegunaan-kegunaan tudung saji

1. sebagai perisai untuk lauk pauk di atas meja daripada dihurungi daripada lalat2.
lalat-lalat sangat suka menghurung lauk-pauk yg tidak bertudung, malahan suka hinggap di atas lauk-pauk tadi, dan berkemungkinan bertelur di atas lauk-pauk tadi. dengan ini, lauk-pauk yg lazat tadi telah ditambah perasanya, didalangi oleh "chef tidak diundang, chef lalat" dengan menunya yg tidak asing lagi, iaitu..................

"(nama lauk) TELUR LALAT".
contoh: "ayam masak merah TELUR LALAT"

1a. apabila manusia memakai tudung, insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada dinoda oleh lalat2 yg fungsinya merosak lagi merosakkan..

2. sebagai pelindung daripada dilihat dan dicuri oleh kucing2 yg dibela di rumah sendiri mahupun kucing dari rumah jiran.
kucing-kucing tidak kira kucing itu kira yg punya atau jiran kita yg punya atau tiada siapa yg punya, acapkali menunggu peluang untuk mencuri dan meng'ngap' lauk-pauk yg tidak dilindungi oleh tudung saji. tudung saji telah direka khas dengan bentuk kon dan hemisfera, khas utk menyukarkan binatang2 untuk membuka dan seterusnya mencuri lauk-pauk di dalam. jika tudung saji tidak digunakan, maka besar kemungkinan lauk-pauk yang tinggal untuk dimakan oleh isi rumah hanyalah sisa hasil ubah-suai daripada pencuri-pencuri profesional tadi..

menu asal: ikan goreng
menu ubah suai(sisa): tulang ikan goreng

2a. apabila manusia memakai tudung, insyaAllah akan terhindar daripada pandangan2 'pemangsa-pemangsa' yg telah rosak hatinya dan mempunyai niat yg buruk terhadap anda..

3. sebagai perhiasan di dapur
seringkali tudung saji dijadikan sebagai bahan penarik di dapur. tudung saji zaman sekarang didatangkan dengan pelbagai warna dan corak bagi memenuhi citarasa pengguna masa kini yg inginkan perlindungan daripada tudung saji dan pada masa yg sama ingin mencantikkan ruang makan mereka. apabila ruang makan nampak cantik, ini dapat menjadikan lauk-pauk nampak lebih sedap dan menyelerakan utk isi rumah dan pada masa yg sama, ke'fresh'annya terpelihara..

3a. apabila manusia memakai tudung, insyaAllah akan kelihatan bertambah manis rupanya dan mencerminkan akhlak dan tata susilanya..

sedangkan lauk-pauk terpelihara pabila bertudung, inikan pula manusia..

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan kudungnya ke lehernya.."

(An-Nur:31)

walaupun telah jelas turunnya dalil untuk menutup aurat masing-masing, masih lagi kedengaran suara-suara keluhan mengeluarkan alasan..

"ala.. tak kisahla pakai tudung pun, yg penting, hati kita baik.. ingat kami yg tak pakai tudung ni jahat sangat ke? kami pun sembahyang tau.."
sesungguhnya dengan solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar..


"buat ape pakai tudung kalo hati tak ikhlas? kalau buat amalan tak ikhlas, bukan diterima pun..baik camni je, yg penting kita tak hipokrit."
ikhlas ataupun tidak, amalan diterima ataupun tidak.. itu kita serahkan kepada yg Maha Esa.. yg penting sekarang, kita harus melakukannya (memakai tudung) kerana ia adalah suruhan Allah dan suruhan Allah wajib dituruti

"tak sampai seru lagila nak bertudung.. nanti2 la.. bila saya sudah bersedia nanti, saya pakai, insyaAllah.."
bila anda bersedia? petang ni? esok? minggu depan? atau tahun depan? namun di sini saya ingin ajukan satu soalan, adakah anda dapat menjamin bahawa anda akan terus hidup untuk satu hari lagi? adakah hari esok itu pasti datang? sesungguhnya, mati itu amatlah dekat..

"walaupun saya ni tak bertudung sekarang ni, tapi saya inginkan suami yg soleh, yg boleh membentuk peribadi saya.. jadi, lepas kawin nantila saya pakai, hehe."
hehe..boleh jamin ke boleh dapat lelaki soleh?

"alaa..macam baik sangat je pakai tudung.. aku tau si(nama seseorg) tu harap je pakai tudung, tp aku yg tak pakai tudung ni laaagi baik daripada dia.."
ini kerana masih terdapat di antara mereka yg bertudung tidak memahami hakikat bertudung, lantas memberi gambaran buruk kepada mereka yg lain..

hakikat bertudung

Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia..
sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat ,
lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..
itulah hakikat tudung..
(taken from internet)



sedarlah wahai teman, perlindungan tudung kepada manusia adalah jauh lebih hebat daripada perlindungan tudung kepada lauk-pauk..

tudung saji hanyalah digunakan utk melindungi lauk drp lalat, ttp tudung kepala diguna untk melindungi diri api neraka..

Wallahua'lam..