Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Tuesday, July 09, 2013

Datuk, bapak dan cucu dan istana sampah



Kering darah datuk,
buat cagaran membeli merdeka.
Patah tulang belakang bapak,
dek kuat berkerja membangunkan nusa.

Datuk dan bapak tak pernah mengeluh,
jauh sekali mahu merungut,
"Ini semua untuk cucu cicit," kata mereka.
Biar saja kami derita,
Asalkan mereka warisi bahagia.

Anak cucu cicit itu,
buta sejarah,
tak kenal budi,
tiada identiti,
hilang rasionaliti.

Jasa datuk dan bapak,
dilelong digadai,
buat modal,
beli hedonisma.

Kalaulah datuk dan bapak tahu,
begini fiil anak cucunya,
layak dibuang saja saat lahirnya.
sampah manusia ini,
hanya layak menghuni istana sampah,
ditemani Dr Ir. Lalat,
pengangkut tahi professional.

Sempena bulan merdeka,
Ibnu Umar,
11 Ogos 2007,
Leeds.

Two roads


Two roads diverged by a willow tree,
one was right, the other was easy.

I chose the easy one,
and Oh Lord,
what a mistake have I done!


(curi idea Robert Frost. sorry Robert.. uhu)

Monday, June 30, 2008

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir sahabat

waktu rupanya kian renta

derap nostalgia berbatu jauhnya

rembulan turut bertepuk tangan

meraikan kau pulang ke daerah kedewasaan


Selamat ulangtahun sahabat

pucuk kini semakin hijau

kelak merimbunlah jadi teduhan

kalau berputik buah manis

jangan lupa menghulur kasih


selamat hari lahir sahabat

lembayung sudah tercalit di langit

awan kenangan tak juga terusik

lompang antara kita

rupanya ada membenih rindu

pada kalbu yang sayang akan mu


selamat ulangtahun sahabat

ikatan sudah merambu-rambu

manira merapus tak siapa tahu

ananimu bagai semilir menikam

kesturi persahabatan kian menghilang.


wardahputeh,

UIAM Kuantan

21 Mac 2008


seorang kawan menulis sajak utk seorang kawannya.

Tuesday, June 17, 2008

Always


Days may not be fair, always,

That's when I'll be there, always,

Not for an hour,

Not for a day,


But always.

Leonard Cohen

Friday, February 22, 2008

Sajak yang tawar

Sajakku terlalu tawar
untuk gambarkan keperitan
mangsa-mangsa kezaliman
di seluruh dunia
termasuk di tanahairku sendiri

Sajakku terlalu tawar
lantaran tekak dan perutku
sering dibanjiri dengan
yang manis-manis
yang belum tentu
menjamin manis dalam rasa
atau dilazati manis dalam cinta

Sajak yang manis
adalah sajak yang tak sempat
disiarkan dalam lelaman ini

Abu Zaid
3 Oktober 2001

Tuesday, February 05, 2008

Wife (prospective, insyaAllah.. hehe)

It cost me a life to make me realize
the tree once dear to eyes
is not worth
a forest of beauties and wise
pure as snow and cold as ice
secure me warmth
eternal summer of paradise.

amar_amiro@hotmail.com

Tuesday, January 29, 2008

Petani Jannah

Hari ini dalam sejarah
aku tidur di luar rumah.

Separa tidur aku bertempur
membunuh hulubalang gemuk
petualang darah, nyamuk!

Dalam merah darah aku tidak sempat marah
mengenang teman tiada berumah
tidak kenal payah dan lelah
tabah menjaga sebidang
maruah
basah tanah
al Quds
petani Allah
tidak akan pernah kalah
penyambung harum wangi intifadah.

Tanah merekah ini
kan segar esok
bersiram baja merah
menuai janji Allah di Jannah.

amar kun

p/s: aha.. sape suro balik lewat-lewat sangat.. nasib baiklaa 3 jam lagi dah nak subuh.. uhu..

Monday, January 21, 2008

Puasa Asyura

Sajak 1

Senja ini
aku berbuka dengan
air mata.

Terima kasih Tuhan
kerana masih Beri peluang
buat hatiku kenyang
dengan rahmat dan nikmat
mengemis belas dari-Mu.

Pahit hari ini
pasti jadi manis esok
saat madu bertemu susu
disaji kekasih bermata ungu.

Masjid al Ihsan Sunway,
9 Muharam 1429.

Sajak 2

Puasa ini
mengajar aku harga
nikmat mahal
yang amat murah
di neraca dunia.

Stesen Komuter Setia Jaya,
9 Muharam 1429.


Sajak 3

Tuhan
sungguh aku malu
pada hati yang
cuma merindu
merintih merayu
pada Mu
saat perut sayu
dan nafsu pun layu.

Sungguh
jarang aku
ingat pada Mu
saat perut ketawa
dan nafsu menggila.

dalam komuter, Setia Jaya - KL Sentral,
9 Muharam 1429.

Thursday, January 17, 2008

Warkah dari Israel (dahulunya Palestina)

Di sini
Tidak lagi jelas
Orang-orang palestinakah yang melempar batu
Atau
Batu yang mencari orang Palestina untuk dilemparkan
Bukankah batu adalah juga bagian dari tanah yang dirampas?

Di sini
Ada yang jelas
Ada raga yang dikuburkan bersama nyawa
Ada yang mati sebelum dilahirkan
Bukankah manusia sudah hidup di dalam rahim sebelum
Dilahirkan?

Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan

Di luar sana
Orang-orang berbicara tentang hak
Dengan memberikan yang bukan haknya
Kepada yang tidak berhak
Membagi yang bukan miliknya
Kepada yang bukan pemiliknya
Dan orang-orang Palestina
Mencari haknya di tengah-tengah teriakan tentang hak-hak

Di sini
Orang Palestina yang tuan rumah
Kini menjadi tamu yang tak diinginkan
Yahudi yang terusir di luar sana
Kini Yahudi yang mengusir
Di sini

Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan

Di Yerusalem
Ibrahim, Luth, Ismail, Musa, Harun, Yusya’
Daud, Sulaiman, Zakariya, Yahya, Ishaq, Ya’qub
Mengambil hak-hak orang lemah dari yang kuat
Menghantam penindas
Mengangkat martabat


Ada semangat sepanjang masa
Pada tiap zaman
Ada ghirah setiap umat
Pada tiap tempat
Ada bara yang tidak padam

Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan
Di Yerusalem
Tanah para nabi dan rasul
Ada nabi yang dibantai
Ada manusia yang dinistakan
Ada agama yang dihinakan

Dan saksikan…
SaksikanIbu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan


Ambil bara dan jangan matikan dengan air mata
Tiup dengan napas
Panaskan jiwa
Kobarkan nyali
Besi terbentuk oleh bara

Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan

Tidak lagi penting apakah batu mampu melawan peluru
Tidak lagi terpikirkan apakah orang-orang Yahudi belajar dari
Crematorium Nazi atau tidak
Tidak ada lagi rasa takut bahkan bila Palestina berubah
Menjadi crematorium Israel
Yang kami takutkan
Adalah saat di mana tulang-tulang kami
Abu kami
Menangis sedih dan memaki menyalahkan
Melihat seorang dari Nigeria atau serombongan dari Indonesia
Pada satu waktu yang mungkin tidak jauh
Berdiri di Bukit Zaitun
Dan menunjuk
Di sana dulunya Masjidilaqsa
Di sana dulunya Qabbatussakhrah
Dan kita semua pernah mengagumi kemegahannya

Bukit Zaitun, 1991
(dipetik dari Makelar Dongeng Holocaust: Catatan Perjalanan dari dalam Israel oleh Rakhmat Zaenal)

Sunday, January 13, 2008

Mangsa Keadaan

Kita adalah mangsa keadaan
laju beradu di litar perlumbaan
berebut mad'u dalam keredhaan
bersaing menuju jalan ke Tuhan.

Mungkinkah kereta-kereta dakwah ini
melupakan perbezaan
meraikan persamaan
kerana kita punya
satu tujuan
Allah
pemilik mutlak
hidayah dan iman.

Senja ini kita seribu,
mungkinkah fajar kita kan satu?

ibnu omar

Puisi Jiwang.. erk

Hatiku sering malu tersipu
pada mata yang dungu tertipu
oleh nona manis
bermata jeli
kulit ivory
bibir delima
walaupun aku tahu
semua yang fana
adalah roti gardenia
yang punya tarikh luputnya.

Namun aku
masih terus tidak tahu malu
kerana aku
bermuka tembok kepala batu
saban hari tidak jemu
berdoa padaMu
agar cinta Zulaikha
setia Hawa
hati Khadijah
akal Aisyah
berhimpun jadi satu
pada pelengkap separuh agamaku.

Aku akan terus menunggu
takkan jemu merindu
hadirmu bidadariku
hiasan syurga di langit dunia.

Aku akan kekal begitu
biar seribu tahun berlalu.

Friday, January 11, 2008

Niat

Niat yang suci,
adalah mawar berduri,
mekar wangi menghiasi,
kebun budi rahsia taman hati.

Ikhlas itu,
adalah saksi,
adalah bukti,
adalah undi,
matawang utama untuk membeli,
mahligai indah di lantai firdausi

Ujub, riak, ghurur, takabbur,
itulah daki,
pinta cepatlah cuci,
sebelum sampai temujanji,
Izrail, Mungkar dan Nakir,
ejen insuran hidup selepas mati.

amar kun

Tuesday, January 08, 2008

Three Oddest Words

When I pronounce the word Future,
the first syllable already belongs to the past.
When I pronounce the word Silence,
I destroy it.
When I pronounce the word Nothing,
I make something no nonbeing can hold.
Wislawa Szymborska

I Am and I Am Not

I’m drenched in the flood
which has yet to come

I’m tied up in the prison
which has yet to exist

Not having playedthe game of chess
I’m already the checkmate

Not having tasted a single cup of your wine
I’m already drunk

Not having entered the battlefield
I’m already wounded and slain

I no longer know the difference
between image and reality

Like the shadow
I am
And
I am not
Jalaluddin Rumi,
Persian Poet

Kau Mencintaiku

Kau mencintaiku
seperti bumi
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
menanggung beban derita
tak pernah lelah
menghisap luka.

Kau mencintaiku
seperti matahari
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
memberi cerah cahayanya
tak pernah lelah
menghangat jiwa.

Kau mencintaiku
seperti air
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
membersihkan lara
tak pernah lelah
menyejukkan dahaga.

Kau mencintaiku
seperti bunga
mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah
menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah
meneduhkan gelisah nyala.

Di sini
aku mahu engkau tahu
aku juga mencintaimu
dalam hangat rahmat Yang Satu.




p/s: Saya cuma menulis 4 baris terakhir sahaja. Yang lain-lain itu dikopi pes dari KCB II.

Monday, December 31, 2007

Babi halal

Babi haram
adalah jauh lebih mulia
dari baby halal
yang berani
menghalal segala haram.

Jika
halal dan haram
adalah siang dan malam
maka
halalkan yang haram
adalah gerhana kelam
taubat itulah suria
yang mencuci semesta alam.


Babi halal dan baby haram
adalah dua horizon kisah
bersatu dalam jurang hitam
dalam dunia merah senja berdarah.

Ibnu Umar

Saturday, December 29, 2007

Mahalnya Neraka

Wahai kawan
beri aku modal sejuta
buat bekal beli neraka.

Mahal sungguh saham dosa
perlu wang azam usaha
mahu zina perlu betina
mahu mabuk perlu khamar
mahu syirik perlu berhala
mahu curi perlu tenaga
mahu judi perlu duitnya.

Alangkah mudah jalan ke syurga
hanya perlu jadi
hamba
sujud kepada Yang
Maha segala Maha
Pencipta, Penguasa,
Hakim Adil lagi Saksama.

Dengar kawan aku bertanya,
esok di Akhir,
engkau di mana?

yang mencari-cari jalan ke sorga,
ibnu umar

Tuesday, December 18, 2007

Sayap cinta-air mata

Cinta dan air mata,
adalah sepasang sayap,
yang tak pernah sunyi,
menari mencari menggali,
bayu lembut rima syurgawi.

Sayap kerdil itu,
takkan pernah jemu,
memeluk badai mencium gelora,
kerana cinta,
layak dicagar hanya,
dengan air mata,
dan air mata,
dapat ditawar cuma,
oleh cinta.

Bayu pun berbisik,
janji Tuhan dilupa jangan,
selepas susah ada kesenangan,
selepas kalah ada kemenangan.

Cinta dan air mata,
adalah sepasang sayap,
yang jarang terbang lari,
dari Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali,
dari kudus hati para wali,
dari kental jiwa para dai'e,
dari zikir tasbih para sufi,
dari fikir hikmah para mufti,
dari mersik merdu suara qari,
dari khusyuk sujud para abid,
dan peluh darah para syahid,
yang mendamba cinta hakiki,
dari Ilahi.

Sayap itu kini,
terbang lagi,
mencari menari menggali,
hati - hati,
yang kudus tulus suci,
pemburu janji Ilahi,
perindu tegar syurga abadi.

Amar Amir Omar,
IIUM, Gombak.

Tuna Lautan Insan (Edited version)

Karam di Lautan Insan,
Lubuk berdiam tuna jadian.

Ada mata tuna netra,
ada kerja tuna karya,
ada hati tuna cahaya,
ada baju tuna busana,
ada adab tuna susila.

Alangkah mulia sandwich tuna,
berbanding insan bertuhan dunia,
yang kenal rabb lupa ilahnya.

Pintaku padamu tuna,
mampirlah dikau ke samudera,
dunia ini tercipta hanya,
buat hamba,
yang kenal Rabb, cinta Ilahnya.

yang tak mahu jumpa tuna pada hari raya,
Amar Amir Omar
Kuala Lumpur.

p/s: Maksud perkataan tuna boleh dirujuk di kamus dewan
p/s2: Maksud perkataan Rabb dan Ilah boleh dirujuk kepada naqib/naqibah masing-masing atau buku Said Hawwa "ALLAH". (rujuk mengenai takrif Tauhid Rububiyah (Rabb) dan Tauhid Uluhiyah (Ilah).

Saturday, December 01, 2007

Desa Puisi Lupa

Bertandang ke Desa Puisi Lupa,
kampung halaman selaksa karya,
tempat berdiam para masterpiece,
tetapi sayang lupa ditulis.

Di sana, Desa Puisi Lupa,
bertinta selautan cinta,
berlatar putihnya mega,
jadi siulan seluruh mergastua.

Selagi nyawa karyawan nyanyuk berhembus,
Selagi itulah, syurga puisi tak akan pupus.

Tulisan kecil ini,
tak layak lagi mengisi,
taman puisi kekal nan abadi.

yang banyak 'ter'menyimpan puisi di sana, pasal kurang kertas dan pena,
amar chan