Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Sunday, May 25, 2008

Makan nasik di rumah Kerol

Saya ada seorang kawan. Nama dia Kerol. Kami sama-sama sekolah AUSMAT batch 14 di Shah Alam.

Tiap-tiap hari lepas kelas tamat, saya makan nasik dengan Kerol di kantin. Pada satu hari, Kerol tak datang kelas.

Saya sms dia, "Weh kerol. Apsal ko x dtg kelas arini? Bosan dowh makan sesowang."

Kerol reply, "Aku x bape sihat skrg. Sakit aku dtg balik."

Saya jawab, "Ko ade kt umah x skrg? Nanti boleh aku ziarah ko, leh kite gi makan nasik sesama. Hehe."

Sms Kerol, "Aku xde kt umah ni. InsyaAllah nanti ko datang ler umah aku."

****

Esok, lusa dan hari-hari berikutnya Kerol dah tak datang-datang lagi ke kelas. Saya pun dah makin terbiasa dengan ketiadaan Kerol. Teman datang teman berganti. Kini saya dah pun ada kawan-kawan baru untuk makan nasik bersama-sama.

****

Jumaat lepas, setelah usai sembahyang jumaat, saya on kan hp saya. Ada 1 mesej baru. Saya bukak, "Wah, ade sms dari Kerol. Ape kabar laa mamat ni dah lame tak dengar cerita."

Sms tu berbunyi, "Salam. Ni kakak Kerol. juz nk inform yg kerol dh pegi meninggalkan kita semua pd tghari td. tahlil akan diadakan pd mlm esk slps isyak. sampaikn pd yg lain".

****

Malam ni malam sabtu. Malam ni aku tak masak pasal aku nak gi makan nasik kt umah ko, kerol. Ada ramai orang lain. Ada mak, ayah, adik beradik dan sedara-sedara ko. Budak-budak AUSMAT 14 kelas akaun semua ada. Cuma ko je yang tak ada.

Maafkan aku Kerol pasal jadi teman yang tak berguna, yang cuma datang makan nasik bila kau dah takde di dunia.


Kerol, moga kau tenang bersemadi di sana. Makanlah nasik bersuapkan bidadari syurga.

Amin.

Alfatihah kepada Allahyarham Khairul Nizam yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat, 16 Mei 2008 kerana menghidap barah thyroid. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-0rang yang soleh. Amin.

Monday, January 21, 2008

Pisang Goreng Yang Paling Mahal


Petang hangat. Matahari terpacak di atas kepala membakar setiap helai bulu romaku. Aku mengheret malas kedua belah kakiku meniti tepi jalan yang berlopak dan berdebu itu.

"Mahu jimat ATP," otak kiriku cuba memujuk jirannya yang membantah fiil kaki yang diseret-seret longlai tidak bermaya lagak seorang baru kalah mapliau.

Jarum kontot di muka jam berdiri tepat antara nombor 5 dan 6. Masih ada dua jam lagi sebelum maghrib. Tekak kering semakin galak meronta-ronta mahu dimandikan dengan air. Namun perut yang rancak berkeroncong tadi sudah pun berhenti berbunyi, mogok lapar agaknya. Ah biarlah, 120 minit bukannya lama pun. Aku meneruskan langkah longlai menuju stesen komuter Setia Jaya.


Kutoleh ke kiri, ada gerai goreng pisang. Sungguh inviting. Pisang goreng emas itu kelihatan seperti jongkong-jongkong emas berkilau-kilau dimakan cahaya petang. Gulp! Aku menelan air liur yang sudah pasti tidak melangsaikan hutang lapar kepada perutku.

"Pakcik, pisang-pisang ni berapa yer harga?"

"Yang besar ni dua seringgit, yang ni empat seringgit, dan yang kecil-kecil ni enam seringgit," balas seorang lelaki separuh umur, tersenyum lebar kepada pelanggan mudanya.

Kuseluk poket. Ada dua helai note seringgit, dua keping syiling dua puluh sen dan lima keping sepuluh sen. Tambang ke liqo malam ini dua ringgit empat puluh sen. Dan selebihnya untuk aku 'berbelanja besar' mengisi nafsu perut di kala berbuka nanti.

"Yang kecil tu tiga ya pakcik," bisikku perlahan sambil menghulur lima syiling sepuluh sen. Mungkin disebabkan suara serak yang kedahagaan air. Mungkin disebabkan malu. Dan mungkin disebabkan kedua-duanya sekali.

Lelaki tua itu memandang aku dengan wajah hiba. Ah biarlah! Asalkan aku membeli juadah berbuka petang ini dengan wang yang halal.

Dia memasukkan seketul-seketul pisang goreng itu ke dalam plastik hijau.

"Satu, dua, tiga," aku mengira dalam hati. Inilah rezekiku pada petang asyura ini.

Namun tangan pakcik tadi masih lagi terus memasukkan pisang ke dalam plastik hijau sampai aku hilang perkiraan. Aduh! Apakah suaraku tadi perlahan benar sampai pekedai ini tidak mendengar pesananku? Ataupun kedai ini hanya menjual pisang goreng dengan harga satu ringgit dan ke atas sahaja? Hatiku benar-benar luluh dan hampa melihat pisang-pisang yang tidak mampu aku beli. Aku mendongak melihat ke langit untuk mengelak daripada airmataku luruh ke tanah.

"Nah dik. Ambillah ni," ujar lelaki tua itu sambil menghulurkan beg plastik hijau tadi yang separuh penuh dengan goreng pisang.

Beg plastik dan syiling bertukar tangan. Aku melangkah pantas beredar dari gerai kecil itu. Kepalaku masih lagi mendongak ke langit. Namun kini aku sudah tidak mampu lagi menahan serpihan-serpihan kaca hangat mengalir deras dari hujung mataku.

Terima kasih pakcik!

Terima kasih Tuhan! Kerana buat aku kenyang sebelum berbuka! Kenyang dengan rahmat dan kasih sayang Mu! Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar segala isi hati!

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." (al Fathir:38)

10 tahun bersama al Mathurat


Mac 1998

Pada pagi Ahad selepas tazkirah solat subuh di Surau Aspura (Asrama Putera), kami pelajar tingkatan satu dikumpulkan beramai-ramai di bahagian hadapan surau. Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi.

Ketua Pelajar ketika itu, Mohd Tazli Azizan, atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Tazli, menyuruh kami semua bersedia untuk membacakan al-Mathurat bersama-sama.

"Al Mathurat ni ape eh? Mungkin ini salah satu daripada surah-surah al Quran kot.. pasal ada perkataan 'al' kat depan dia," bisik hati kecilku yang masih lagi kebingung-bingungan ketika itu.

Alangkah malunya aku, apabila melihat teman-teman lain masing-masing memegang buku nota biru muda bersaiz poket. Rupanya hanya aku seorang yang salah ambil naskhah al Quran. Memandangkan tiada lagi buku mathurat di rak surau, maka aku berkongsi sahaja dengan seorang itu. Namun pagi itu, aku lebih banyak mumble (bak kata Mr Jeyarahman Intec) daripada membaca dengan jelas kerana inilah kali pertama aku membacanya.

Pengalaman pada pagi itu memberi aku semangat untuk lebih kerap membaca al mathurat supaya tidak lagi ketinggalan oleh teman-teman yang lain.

Mei 1998

Sudah sebulan lebih aku membaca al Mathurat setiap pagi Ahad (kerana hanya pada pagi ini akan ada tazkirah subuh, dan sudah kebiasaan setiap kali selepas tazkirah mathurat akan dilantunkan beramai-ramai oleh para jemaah). Berkat banyak berlatih, kini aku dapat membacanya dengan lebih lancar dan tanpa gagap-gagap lagi. Namun aku masih tertanya-tanya siapakah dia gerangan "Imam Hasan Al Banna" ini.

Memandangkan ayahku banyak membeli buku-buku kisah hikmah para wali dan ulama, aku sangat familiar dengan nama-nama ulama seperti Hasan Al Basri, Ibrahim Adham, Rabiatul Adawiyah (sekadar menyebut beberapa nama). Aku kira, mungkin Hasan Al Banna ini sezaman dengan Hasan Al Basri kerana nama mereka pun lebih kurang.

Seorang naqib tingkatan empat yang kebetulan duduk disebelahku kemudian menjelaskan kepadaku dengan lebih detail tentang Hasan Al Banna ini.

"Dia ni dulu tinggal di Mesir. Pada tahun 50-an dia mati syahid ditembak oleh pemerintah Mesir ketika sedang membuka pintu keretanya. Kalau kamu membawa al Mathurat di Mesir, kamu akan dihukum penjara!!" kata abang itu dengan nada tegas dan bersemangat.

Wah! Semenjak hari itu, aku semakin bertambah bersemangat untuk membaca al Mathurat dengan lebih bersungguh-sungguh.

1999

Kini aku sudah bergelar pelajar tingkatan dua di sekolah berasrama penuh ini. Tiada lagi undang-undang asrama yang mewajibkan aku turun ke surau pada pagi ahad, maka al Mathurat pun makin jauh dari bibirku yang mula kering oleh basahnya zikir ini.

Kini aku sudah senior, maka aku seboleh-bolehnya ingin membezakan diriku dari apa yang dilakukan oleh junior, kalau junior beratur masa makan, aku potong; junior solat awal, aku lewat; junior tuck in, aku tuck out; junior pegi prep, aku ponteng; junior study, aku tidur; dan banyak lagi perkara-perkara bangang yang aku lakukan yang tidak terfikir olehku ketika menjadi junior dahulu, walhal jarak waktu antara keduanya tidak sampai 12 bulan.

Namun pada satu petang ketika aku ponteng prep, hatiku berasa kosong sekali. Walaupun hujan di luar tingkap mencurah-curah membasahkan setiap inci tanah di sekolah, aku berasa sungguh kontang di dalam kalbu ini. Secara spontan kakiku membawa badan yang malas ini di tempat yang suatu ketika dahulu memberi ketenangan kepadaku, surau.

Di surau, aku mengambil senaskah al Mathurat yang seolah-olah memanggil-manggil aku untuk dibaca. Aku mula membacanya, dan ketika aku mula melantunkan doa rabithah, secara tidak aku sedari manik-manik kaca mula pecah di hujung mataku. Dan pada saat itu aku berazam untuk sama sekali tidak meninggalkan al mathurat pada masa yang akan datang.

2000

Disebabkan masalah kesihatan dan keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan di SBP (aku jatuh daripada top 5 kepada nombor 25), ibu bapaku mengambil keputusan untuk aku belajar di sekolah berhampiran dengan rumah sahaja untuk menghadapi PMR. Di rumah aku menjadi kaki study dan juga kaki bola. Sekali lagi al mathurat kutinggalkan. Ayat-ayat dan doa-doa yang dahulu berumah di hati dan bibir seolah-olah turut sama berpindah keluar daripada diriku pada saat aku berpindah sekolah dahulu.

2001-2002

Aku kini belajar di sebuah sekolah asrama di kaki Bukit Larut. Ya benar, nampaknya al mathurat memang gemar bermastautin di surau-surau sekolah agama. Sekali lagi aku memulakan kisah baru dengan al Mathurat. Kini setiap pagi dan petang aku membacanya tanpa jemu, tetapi dengan niat yang agak terpesong, "Aku mahu straight A's". Walaupun al mathurat kini sudah menjadi halwa lidah dan telingaku, namun kemanisannya kini sudah tiada.

2003 - kini - (selamanya? insyaAllah)

Wamakaru wamakarallah, wallahukhairul ma kirin. Benarlah percaturan Allah itu lebih baik daripada segala apa perancangan kita. Aku ditempatkan di Sunway College (Darul Maksiat). Suasana di sini yang sungguh berbeza dengan atmosfera bersih di kampung menyebabkan iman aku benar-benar tercabar. Dengan pelajar yang pelbagai bangsa datang dari Hong Kong, Jepun, China, Australia, Yemen, Arab Saudi, Sri Lanka, India, Pakistan (sekadar menyebut beberapa negara) berada di sini seolah-olah sebelah kaki sudah pun berpijak di luar negara.

Hatiku penasaran setiap kali melihat maksiat bergayut-gayut di hadapan mata. Kini aku benar-benar desperate untuk mencari cahaya agar diriku selamat. Alhamdulillah, dalam kegelapan zulumat inilah aku berjumpa dengar Nur. Syukur pada Allah, dalam suram kelam hitam ini, masih ada lagi hati-hati yang ikhlas dan bertazakka (suci dan menyucikan) diri kepada Allah.

Aku berjumpa dengan cinta sejati, cinta kepada Allah yang dilemparkan pada hati-hati pemuda yang ikhlas dan optimis dengan kegemilangan Islam. Maka setiap hari, kami melantunkan zikir-zikir dan doa dalam al Mathurat untuk menguatkan azam kami, menyucikan qalbu kami, dan mengikat hati-hati kami untuk sentiasa menyayangi lillahi taala.

Kami juga belajar bahawa kami adalah sebahagian daripada rantai-rantai islam yang tidak akan putus semenjak perutusan Nabi Adam a.s sampailah ke hari ini. Lontaran doa' rabithah ini dilafazkan oleh hati-hati yang cinta kepada saudaranya dari fajarnya Yokohama hinggalah senjanya California. Dan Allah akan sentiasa merahmati, mencintai golongan pemuda yang cinta kepada-Nya dan saling berkasih sayang sesama muslim dan izzah kepada yang musuh-Nya.

Semoga Allah mengikat hatiku agar aku menjadi salah satu daripada rantai-rantai yang menjadi penyambung dalam rantaian dakwah ini.

Amin.

Monday, January 07, 2008

Allah Maha Mendengar Bisikan Hati

Seorang pemuda telah mengikuti kelas halaqah di masjid selama beberapa bulan. Pada malam itu, sang mua’lim telah memberi pengisian mengenai “Allah Maha Mendengar dan mengikuti petunjuk dari Allah melalui intuisi”. Ketika berlangsung pengajian, hati kecil pemuda itu tertanya-tanya, “Adakah Allah (SWT) masih berbicara kepada manusia melalui intuisi?"

Sesudah usai pengisian, pemuda tadi keluar minum bersama-sama beberapa orang teman di kedai kopi berdekatan. Beberapa orang kawannya telah berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang bagaimana Allah (SWT) telah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka dalam pelbagai cara, dan akhirnya mereka sedar bahawa yang telah membantu menunjukkan jalan kepada mereka selama ini ialah Allah (SWT).

Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika pemuda tadi memulakan perjalanannya ke rumah. Ketika dia duduk di bangku empuk kereta sedannya, dia mula berdoa kepada Allah, “Oh Allah.. Jika Engkau masih berbicara kepada hati manusia, berbicaralah kepadaku. Aku akan mendengar. Dan aku berusaha sebaik mungkin untuk menuruti perintah-Mu”.

Ketika dia dalam perjalanan ke rumahnya, tiba-tiba hati kecilnya berbisik dengan kuat menyuruh dia berhenti dan membeli seliter susu segar. Dia menggeleng-gelengkan kepadanya dan berkata, “Allah, adakah itu Engkau?” Memandangkan tiada siapa yang menjawab, dia pun meneruskan perjalannya ke rumah.

Namun, tidak lama kemudian, hatinya kembali berbisik menyuruh dia membeli seliter susu.

“Baiklah Allah, jika benar itu pesanan dari-Mu, aku akan beli susu itu.” Nampaknya, ujian ketaatan ini tidaklah sesusah yang disangka. Dan dia juga boleh minum susu itu ketika dia sampai ke rumah nanti. Lalu dia pun memberhentikan keretanya dan membeli susu itu dan kembali meneruskan perjalanannya pulang.

Ketika dia melepasi Jalan 7, tiba-tiba dia mendapat satu perasaan yang kuat, “Turuni jalan itu!”. Ini adalah kerja gila, gumamnya sendirian. Namun, sekali lagi, dia mendapat perasaan yang kuat menyeru agar dia membelok masuk ke Jalan 7. Pada simpang yang seterusnya, dia membelok dan masuk ke jalan itu. Separa bercanda dia berkata, “Baiklah Tuhanku, aku turuti perintahmu.”

Dia memandu melintasi beberapa blok sehinggalah tiba-tiba dia merasakan dia patut berhenti. Dia menekan pedal brek, berhenti dan memerhati keadaan di sekeliling kawasan itu. Di sini ialah kawasan perumahan orang-orang pertengahan. Ini bukanlah kawasan yang paling cantik, namun ia juga bukanlah kawasan orang-orang yang paling miskin. Banyak kedai-kedai telah tutup dan hampir semua rumah telah gelap, menandakan penghuninya sudah masuk ke kamar tidur.

Namun sekali lagi, dia merasakan sesuatu berkata-kata dalam hatinya, “Pergi dan berikan susu itu kepada penghuni rumah di seberang jalan.” Pemuda itu memerhatikan keadaan rumah itu. Suasananya gelap. Mungkin penghuninya sudah tidur atau mungkin mereka tiada di rumah. Dia kembali melangkah menuju ke keretanya dan mula kembali masuk ke tempat duduk kereta..

“Allah.. ini ialah kerja gila. Penghuni rumah itu sudahpun nyenyak tidur, dan jika aku kejutkan mereka, sudah pasti mereka akan marah dan aku akan kelihatan seperti orang bodoh.” Namun, dia masih merasakan dia perlu mengikut kata-kata hatinya.

Akhirya, dia membuka semula pintu kereta, “Baiklah Allah, jika ini ialah Engkau, aku akan pergi ke pintu rumah itu dan berikan mereka susu. Aku rela berkelakuan seperti orang gila ini jika itulah yang Engkau mahukan. Aku mahu menjadi orang yang taat. Aku harap Engkau akan membalasnya kemudian hari, namun jika tiada sesiapa yang menjawab di pintu, aku akan terus beredar dari tempat ini.”

Dia berjalan melintasi lorong kecil itu dan menekan loceng. Dia dapat mendengar sedikit bunyi bising dari dalam rumah. Satu suara garau memecah kesunyian malam itu, “Siapa tu? Apa yang kau mahu?” Dan pintu rumah itu dibuka dengan cepat sebelum pemuda tadi sempat melarikan dirinya ke kereta.
Seorang pemuda dalam usia empat puluhan tercegat berdiri di belakang pintu bersama t-shirt lusuh. Dia kelihatan seperti baru bangkit dari tidur. Dia kelihatan agak keliru dan pelik dengan kehadiran seorang tetamu yang tidak dikenalinya di depan pintu rumah pada waktu-waktu malam begini.

“Ada apa?”

Pemuda tadi menghulurkan susu tadi dan berkata, “Ambillah, aku bawakan ini untuk kau.”

Lelaki tadi terus merentap susu tadi dan bergegas lari masuk ke dalam rumah. Kemudian turun dari dalam rumah, seorang perempuan menyambut susu tadi dan pergi ke dalam dapur. Lelaki tadi mengikut rapat perempuan itu, dan dalam dukungan kemasnya duduk seorang bayi kecil. Dan bayi itu menangis kuat sekali. Kelaparan agaknya. Dan air-air hangat mengalir laju dari mata lelaki separuh umur itu.

Dan dalam esak tangisannya, lelaki itu berkata, “Kami baru sahaja selesai solat. Kami terpaksa membayar banyak hutang bulan ini, dan akhirnya kami kehabisan wang. Kami tidak punya apa-apa untuk si kecil ini. Aku baru sahaja berdoa kepada Allah (SWT) untuk memberikan jalan kepadaku bagaimana untuk mendapatkan susu untuknya”.

Kemudian terdengar suara sang isteri menyambung halus dari belakang suaminya, “Aku meminta daripada Allah (SWT) agar menghantar kami seorang malaikat bersama sebekas susu. Adakah engkau malaikat itu?”

Pemuda tadi lantas menyeluk saku, mengeluarkan dompet dan menarik semua duit yang ada padanya ketika itu dan menyerahkannya kepada tangan lelaki tadi. Dan dia berpusing ke belakang berlari ke arah keretanya dengan pecahan-pecahan manik jernih pada hujung matanya.

Dan kini dia tahu bahawa Allah (SWT) itu masih mendengar doa hamba-hamba Nya...

Wednesday, August 29, 2007

Cerpen: BK

Assalamualaikum wrh wbt
Cerpen di bawah ni bukan tulisan saya. Tetapi sekadar berkongsi dengan pengunjung-pengunjung blog ini yang saya kira rata-rata relevan dengan topik ini. Semoga cerpen ini mampu membuka minda dan hati anda semua.

BUKAN AKHAWAT

Adib menggerakkan kesepuluh jarinya ke belakang, menyisir rambut di kepala. Ikalnya seketika kusut. Wajahnya pula sedikit sugul. Satu helaan nafas panjang, menandakan kegelisahan hatinya, juga tatapan mata yang hanya berputar-putar tanpa ada titik perhatian yang bererti.

"Aku penat, Muaz", keluh Adib.

Muaz, sahabat baik Adib yang sekarang menjadi `tong sampah' menatap Adib dengan kasihan.

" Kau menyesal?"tanya Muaz.

Adib mengangkat wajahnya. Matanya menerawang sesaat. Ragu.

" Entahlah. Kalau ya sekalipun…untuk apa lagi? Aku tidak mungkin akan meninggalkannya. Semua orang akan mentertawakanku, menghinaku", keluh Adib lagi. " Aku…"

" Dia pilihan kau sendiri. Aku masih ingat lagi, kau cakap…kau terlanjur menaruh hati. Kamu berdua terlalu dekat. Sebab tu kau nak sangat berkahwin dengan dia. Malah kau berusaha sungguh-sungguh agar dia akrab dengan akhawat-akhawat yang sudah sekian lama berkecimpung dalam dakwah. Kau mengharap sangat dia menjadi seperti mereka, minimum mungkin, dan mula faham dunia itu. Kau juga menolak keras ketika aku dan juga sahabat-sahabat kita yang lain, bahkan ustaz sendiri, menawarkan pilihan lain", Muaz seolah-olah mengingatkan kembali peristiwa itu.

" Ya, aku tidak lupa semua tu. Habis macam mana? Kami dah lama kenal, sama-sama menjadi ahli jawatankuasa belia kat kampung kami tu, dan terlanjur hubungan kami pula terlalu akrab. Malah aku terlanjur bertanya tentang kesudiannya menjadi pendampingku. Dia pula tidak
menolak. Keluarganya pula sudah tahu kalau aku ni berniat untuk itu. Mereka tidak lagi menganggap kami ini sekadar teman biasa, tapi lebih dari itu. Habis…kalau aku berkahwin dengan orang lain macam mana pula…", Adib menisir rambutnya lagi.

Muaz semakin kasihan. Ah, satu pelajaran paling berharga untuknya yang masih belum menggenapkan dien. Jangan sebarangan melakukan hubungan dengan perempuan, lebih-lebih lagi memberikan harapan. Yang jelas jangan sebarang memilih pasangan.

Adib sudah mendirikan rumah tangga. Isterinya walaupun bertudung rapi, namun bukanlah seorang yang faham tentang dinamika dakwah dan pergerakannya. Dia tidak mampu memahami segala kesibukan suaminya yang kadang-kadang perlu pulang lewat malam malah kadang-kadang perlu menginap di tempat lain. Dia juga sukar diajak ke program-program dakwah yang digerakkan oleh bekas aktivis dakwah kampus. Malah dia tidak suka berbual soal fenomena dan keadaan dakwah apatah lagi tentang permasalahan umat. Itulah yang Adib keluhkan ketika ini. Dia berasa bosan dan penat untuk berhadapan dengan semua itu.

" Kau ni pelik", rungut Muaz.

" Maksud kau?" kening tebal Adib bertemu seolah-olah pelik dengan kata-kata Muaz.

" Sepatutnya bila kau dah tahu ini jadinya, kenapa pula kau nak mengeluh sekarang? Tugas dan tanggungjawab kaulah nak memahamkan dia, nak fahamkan dunia dakwah kau tu", tegas Muaz.

Adib menghela nafas panjang. Dia juga tahu semua itu. Tetapi sekarang tugas tersebut terasa begitu berat dan terlalu membebaninya. Wahida bukanlah isteri yang tidak cekap mengurus rumah tangga, juga bukan seorang yang suka membangkang. Cuma dia hanya berasa cukup dengan itu sahaja. Padahal Adib mahukan isterinya berubah. Dia mahukan isterinya seperti akhawat-akhawat yang dia kenal, yang mempunyai visi tentang dakwah, aktif, dan sudah pasti mampu berkomunikasi dengannya tentang permasalahan dakwah.


" Kau tak kasihankan aku ke, Muaz? Ketika ikhwah-ikhwah lain sudah bergerak ke sana ke mari, aku masih lagi perlu menjelaskan pada Wahida, mengapa aku perlu begini. Ketika kamu semua sedang sibuk membangunkan mimpi, aku masih lagi terkujat dengan partnerku yang juga kuajak membangun mimpi. Seandainya…"

" Seandainya kau berkahwin dengan akhawat yang memahami, yang se idea, jelas kau tidak perlu melakukan semua itu. Malah boleh jadi, isteri kau membuatkan kau semakin laju. Begitu?" Muaz terus menyambung kalimat Adib yang tergantung.

" Ya. Bukan fikiran yang salah, kan? Kesempatanku masih ada lagi tiga kali", kata Adib dengan nada putus asa.

Muaz menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Ta'adud bukan pelarian. Dalam keadaan sebegini, aku sangsi kau tidak mampu berlaku adil. Lupakan semua itu dulu", tegur Muaz.

Sekumpulan akhawat melintas di hadapan mereka. Kata-kata ustaz ketika dia mengkhabarkan tentang perkahwinannya, seketika terngiang-ngiang di telinga Adib.

" Mengapa dia? Antum mahukan akhawat yang macam mana? Insya Allah ana akan carikan. Yang kaya? Yang cantik? Yang cerdas? Yang sudah bekerja?" tanya ustaz.

" Afwan, ustaz, Saya sudah ada pilihan", tegas Adib.

" Akh Adib…akhawat kita yang sudah berumur dan sudah bersedi berkahwin, ramai. Mereka menunggu kamu semua, para ikhwah. Antum tahu, secara kuantitinya, perkembangan kader ikhwah dan akhawat, selalunya lebih ramai di kalangan akhawat. Sebab itu…seharusnya setiap ikhwah bersedia untuk berkahwin dengan mereka", jelas ustaz sabar.

" Wahida memang tidak seperti akhawat-akhawat lain, tapi dia sangat baik", jelas Adib.

Ustaz tersenyum. Beginilah kalau terlalu mengikutkan hati.

" Ana tidak menolak itu semua. Tetapi sebuah rumah tangga dakwah harakiyah, memerlukan lebih dari sekadar baik. Baik sahaja tidak cukup. Isteri antum perlu orang yang faham konsep tersebut. Dia sentiasa bersiap sedia bersama antum di dalam dakwah dan pergerakan. Malah dia bersedia menanggung beban dan pengorbanan. Ini bukan dalam tempoh masa setahun dua tahun, Akh. Proses membentuk karakter seperti ini juga memerlukan waktu yang panjang. Antum perlu menyediakan sesuatu input dan waktu khusus untuk membawa isteri antum ke sana. Entah berapa lama. Jadi…mengapa tidak menikahi sahaja yang sudah jelas kualitinya?" desak ustaz.

" Afwan ustaz. Sekali lagi, saya sudah menetapkan pilihan. Saya datang ke mari bukan untuk minta pertimbangan tetapi sekadar pemberitahuan", tegas Adib.

Sekarang? Kata-kata ustaz terbukti sudah. Walaupun Adib yakin ustazm tidak mengolok-olokkan dia, malah dia mahu membantu, tetapi Adib tidak ada keberanian untuk datang dan menceritakan masalahnya. Rasanya…seperti tidak tahu mahu letak mukanya di mana. Sebab itu dia mencari Muaz.

" Kalau kau tak terlalu mengikut perasaan dan berfikir labih jauh, juga mempunyai keberanian, kamu mampu sahaja mebatalkan pinangan tidak rasmi kamu tu dulu.kau bagitau sajalah kau dah ada kriteria tertentu tentang calon isteri, ya memang agak risiko. Tapi itu akan seiring berjalannya waktu. Yang jelas kamu bukan seperti sekarang", Muaz berandai-0andai.

" Muaz, itu cerita lama. Sekarang ni aku mahukan penyelesaian untuk keadaan diriku sekarang!", ujar Adib kecewa.

Muaz ketawa. Hati Adib benar-benar menjadi marah.

Deringan telefon berbunyi membuatkan Adib tersentak seketika. Wajahnya berubah tiba-tiba ketika menatap skrin telefonnya.

" Waalaikumusslam. Abang dengan Muaz ni. Kenapa? Ya, lepas abang selesaikan urusan abang, abang kan balik. Walaikumusslam", Adib mengakhiri perbualannya.

" Siapa? Isteri kau ye?"tanya Muaz.

Adib mengangguk.

" Dia selalu saja mahu tahu ke mana aku pergi. Manja. Mahu aku ni bersama dengan dia je", keluh Adib.

" Kau ni mengeluh lagi. Bagaimana dengan cinta yang dulu yang kau jadikan alasan? Kau masih mencintainya, kan? Begitu juga dia?" pancing Muaz.

Adib tersenyum samar. Cinta. Benarkah? Apakah dulu layak disebut cinta? Jangan-jangan hanya sekadar suka. Yang ada waktunya itu hanya perasaan ingin menjadikan orang yang setiap ketika dia mendekati. Bisa ia dipandangi. Entah apa itu namanya.

" Jangan bicara soal cinta. Aku juga sedang mencarinya", jelas Adib pasrah.

Suara azan Asar mengejutkan kedua-duanya. Muaz menepuk bahu Adib, mengajaknya segera solat. Semoga selesai menghadapNya, mereka mampu melihat jalan keluar dan titik yang lebih terang dalam permasalahan ini. Ternyata selepas solat, Adib mengambil keputusan untuk pulang. Dia tidak mahu isterinya merajuk kerana terlalu lama menunggu. Dalam keadaan normal, Adib biasa pulang darin pejabatnya pukul satu, bertepatan dengan waktu makan. Muaz hanya mengangkat bahunya.

" Kalau kau masih mahu menceritakan masalah kau, aku bersedia untuk mendengarnya, Adib! ", Jerit Muaz ketika motorsikal Adib laju meninggalkan halaman masjid. Adib hanya melambaikan tangan.

Malam berjalan menuju separuhnya. Suara cengkerik dan sesekali selaan bunyi burung hantu, menimbulkan suasana khas yang terkadang menegangkan. Adib menyandar ke dinding, menatap sosok tubuh yang sedang nyenyak tidur.

Wajah itu belum banyak berubah. Juga senyumannya. Sesuatu yang sempat menggetarkan perasaan Adib. Bahkan menimbulkan keinginannya untuk selalu menatap. Sekarang? Entahlah. Padahal, mereka baru sahaja berkahwin dua tahun.

Mungkinkah kerana Wahida tidak lagi berubah seperti yang diharapkan? Atau Adib mula penat dengan semua hal yang dia fikir mampu dimaklumkan? Atau….Adib mula putus harapan? Bukankah dia sering iri hati ketika melihat pasangan ikhwah dan akhawat yang bersemangat datang ke program-program meraka. Juga ketika melihat ummahat yang aktif menguruskan yayasan, lembaga, atau sarana dakwah lainnya. Oh, bahkan dia sempat bergetar perasaannya ketika bekerja sama dengan akhawat yang masih bujang, ketika sama-sama menguruskan beberapa kerja dalam program dakwah. Kadang-kadang dia rasa macam mahu menutup telingannya ketika teman-teman sepengajiannya bercerita tentang dinamika rumah tangga mereka yang tidak pernah terlepas dari dakwah dan ibadah. Adib mengeleng-geleng.Resah.

Ditatapnya wajah Wahida kembali. Wajah yang sering mengundang rasa sayang. Perasaan yang tidak pernah tega. Bukan seperti wajah para akhawat yang dia kenal. Wajah mereka tegas dan penuh kepercayan pada diri. Hanya kadang-kadang saja dia mampu menikmati kelembutan atau kemanjaan yang seolah-olah sengaja disembunyikan.

Astaghfirullah…Adib mengusap wajahnya. Mengapa aku tidak mampu bersyukur? Mengapa aku menumpahkan semua penyebab kerisauan hati kepada Wahida? Benarkah dia tidak bersalah sama sekali? Tidak. Jangan–jangan , sikap Wahida yang begitu lambat berubah, kerana sikap Adib sendiri. Boleh jadi Adiblah yang terkesan memaksakan kehendaknya.Mengajaknya menembusi dunia yang jauh berbeza, tanpa ada tahapan. Benar kata ustaz, Adib perlu menyediakan input terbaik dan waktu yang lebih, jika benar-benar mahu Wahida seperti yang dia kehendaki. Dan, kesabaran adalah kunci utama dalam proses panjang itu. Sebagaimana Adib sendiri mengalaminya sejak sekolah menengah dulu.

Jelas, Adib mengenal Islam lebih mendalam sejak di tingkatan enam rendah di sekolah menengah, kemudian mula aktif di kampus sehinggalah sekarang , dalam dunia pekerjaan. Proses itu terus berjalan. Berapa tahun? Tujuh tahun! Bagaimana mungkin dia mahuklan Wahida sepertinya dalam hitungan satu dua tahu ini? Secerdas dan seaktif apapun Wahida, dia tetap tidak akan mampu dipenuhi.Kata-kata Ustaz benar. Kenapa kita perlu memilih akhawat yang sudah menjadi? Yang sudah sama siap berlari? Ini untuk matlamat dakwah yang panjang…

Tiba-tiba…

Satu tepukan lembut memutuskan perenungan Adib. Wahida menatapnya penuh tanda tanya. Adib tersenyum tipis.

" Abang tak dapat tidur, Penat sangat rasanya.Tadi tengah bersih-bersihkan komputer", jelas Adib sebelum Wahida sempat membuka mulut.

" Abang nak Wahida picit? Atau abang nak minum?" tawar Wahida dan siap sedia bangun.

" Tak payahlah. Abang…nak solat. Insya Allah lepas ni lebih bersemangat". Adib menepuk bahu isterinya dan bergegas ke bilik mandi.

" Wahida nak ikut", Wahida menyusul. " Wahida nak solat sama-sama dengan abang. Mudah-mudahan kita cepat dikurniakan anak", ujar Wahida manja.

Adib tersenyum lalu mengangguk.

Wahida berdoa agar mereka dikurniakan zuriat penyambung generasi rabbani. Adib berdoa agar diberikan kesabaran dan kekuatan dalam usaha membimbing keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila nanti mereka benar-benar mendapatkan amanah. Dia sudah tahu, tidak ada lagi jalan mundur. Dia harus maju. Dan sebagai seorang qowwam, dia tidak mungkin maju sendiri-sendiri. Itulah bentuk tanggungjawabnya.

Malam semakin pekat dan dingin. Bunyi cengkerik berirama layaknya seperti okestra. Adib merasakan dadanya lebih lapang dan tenang.

SETAPAK INDAH
24 MEI 2006

Tuesday, August 14, 2007

Keindahan Gunung

Seorang anak begitu takjub melihat keindahan sebuah gunung, tinggi menjulang, biru dari kejauhan dan terkadang tertutupi awan dipuncaknya.

"Ayah, indah ya gunung itu. Mmm .. gunung itu apa ya?" tanyanya kepada sang ayah.

"Ya seperti yang Ahmad lihat itu.. kenapa Ahmad bertanya?" jawab Ayah.

"Maksud Ahmad, sebenarnya seperti apa gunung itu, dan ada apa sebenarnya disana ?"

Sang ayah seolah mengerti apa yang dimaksudkan anaknya, dan pada suatu hari dibawanya Ahmad berjalan-jalan mendaki sebuah pegunungan. Hingga pada akhirnya sampailah mereka berdua dipuncak gunung tersebut, sebuah dataran yg tidak terlalu luas dan berbatu.

"Mana gunung itu Ayah ?", tanyanya sambil menoleh kesana kemari.

" Ya disini, ditempat yang kamu injak sekarang itu adalah puncak dari gunung itu" jawab sang ayah yang menangkap raut kekecewaan dalam wajah Ahmad.

"Hanya begini saja gunung itu ?" balasnya.

Ikhwati sekalian, dalam kehidupan kita sehari-hari, terkadang kita melihat orang-orang besar dan berpengaruh di masyarakat adalah bagai gunung-gunung tersebut. Ikhwan & akhawat yang sedang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi, baik di dalam mahupun luar negeri, dan ikhwah-ikhwah yang sedang menjawat jawatan tinggi dalam organisasi-organisasi, "sedang" dianggap gunung-gunung dalam kehidupan bermasyarakat saat ini.

Mari kita muhasabah dan baiki kembali diri kita baik peribadi, keluarga mahupun institusi. Sehingga ketika mereka mengenal kita dengan lebih dekat, khususnya dalam keseharian, keindahan yang mereka dapati bukanlah keindahan yang hanya luaran, yang hanya dapat dinikmati dari kejauhan, melainkan keindahan yang hakiki yang memang telah melekat dan menjadi kepribadian kita semua.

wallahua'lam

diambil dari Paksi.net

Surat Terbuka Untuk Ikhwan Fillah

[+] p/s: tujuan saya menukar tajuk entry ini ialah kerana ada seseorang dari website yg diragui kandungannya telah melink kan entry ini kepada website itu. untuk kebaikan blog ini dan pembaca sekalian saya mengambil tindakan untuk menukar link it. (aao)

Assalamualaikum wrh wbt


Rasanya sudah setengah tahun saya meninggalkan alam penulisan di blog ini. Kalau hendak diberikan alasan, bertimba-timba alasan boleh dicari, namun sikap mencari alasan itu ciri-ciri bagi mereka yang telah goyah imannya.

Nah, kali ini saya sajikan satu cerpen yang bagi saya amat menyentuh hati. Atau mungkin dalam frasa yang lebih tepat, 'terjatuh di atas batang hidung'. Hampir-hampir terpesek hidung ini dibuatnya. Jarang sekali saya mengcopy+paste artikel di blog ini, namun menurut hemah saya, cerpen ini sangat relevan dan penting untuk semua pembaca yang rata-ratanya masih di alam bujang.

Bacalah sebelum terlambat. :)

wallahua'lam


Surat Terbuka Buat Ikhwan Fillah

bismillahirrahmanirrahim...

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.



Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

"Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta'aruf dengan anti."

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang 'kesekian' itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladz im. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. 'Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?

Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengemban risalah da'wah? Siapakah yang salah di antara kita?

####

"Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?" tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

"Atau baju saya? Sikap saya?"

"Tidak, tidak," sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
"Memang ada perubahan sikap di kampus ini."

"Termasuk diri saya?"
"Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?"

Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.

"Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus." Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .

"Apa yang diungkapkan dalam surat itu?"

"Ia ingin berta'aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu."

"Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi."

"Ukhti…," sanggahku, "Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar'ie?"

"InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain."

Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?

####

Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta'ala semata.

Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.

Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita shalihah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizik belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?

Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta'ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya'. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.

Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Faham?

Akhifillah,
Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.

Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da'wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat shalatnya. Ia begitu khusyu'. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Qur'an dengan terisak. Ia begitu tawadhu' dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)

####

Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.

Aida sedang diam dalam kekhusyu'kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.

"Ukhti, tidak solat malam? " tanyanya lembut seusai melirik mata.

"Ya, sekejap," kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. "Dzikrul maut lagi?"

"Khusnudzan anti terlalu tinggi."

Aku tersenyum. Sikap tawadhu'mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan shalat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.

"Saya malu kepada Allah," ujarnya lirih.
"Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?"

"Apa keinginan anti, Aida?"
Aida menghela nafas panjang.

"Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi," lanjutnya seolah tidak menghiraukan. "Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?"

Aku tertunduk dalam-dalam.

"Anti tahu," sambungnya lagi, "Saya ingin sekiranya boleh mendampingin orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…"

Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal iti tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?

"Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?" desisku.

Aida meramas tanganku. "Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?"

"Anti tak tahu," air mata mengalir tiba-tiba. "Anti tak tahu apa-apa tentang mereka."

"Mereka?"

"Ya, mereka," ujarku dengan kemarahan terpendam. "Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta'aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita."

"Ukhti!"

"Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da'wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rsulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain."

"Ukhti, jangan su'udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan shalihah?"

"Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?"

"Ya, memang…"

"Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?"

"Anti berprasangka terlalu jauh."

"Tidak," aku menggelengkan kepala. "Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka.."

"Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan."

"Ia orang yang aktif berda'wah di kampus ini, ukh."

Aida memejamkan mata. Bisa kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,

"Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan bocah-bocah Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?"

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.

####

Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diridhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya', ada su'udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? –'Afwan.

Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.

Akhifillah,
'Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya' maupun tidak ikhlas. Wallahua'lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.

Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita shalat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.

Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.



IDEALNYA SEORANG PEMUDA

Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari, asri
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gulita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan upeti
Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar
Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

Tuesday, January 02, 2007

Makan Epal

Assalamualaikum wth wbt

ni ana copy paste setelah membaca 11 000 email. ini adalah antara emel terpilih yg mencuit hati ana.

*****

A 4-year-old son was eating an apple in the back seat of the car,
when he asked, "Daddy, why is my apple turning brown?"

"Because," his dad explained, "after you ate the skin off, the meat
of the apple came into contact with the air, which caused it to oxidize, thus changing the molecular structure and turning it into a different color."

There was a long silence. Then the boy asked, "Daddy, are you
talking to me?

*****

pengajaran: berhikmahlah dalam pekerjaanmu. Jgnlah syok sendiri. :) org yg syok sendiri itu ibarat mahu bertepuk dengan sebelah tangan. hayunlah selaju mana pun, sekuat mana pun, pasti takkan mampu menghasilkan bunyi.

mengabihkan ATP aje..

wallahua'lam

Saturday, January 07, 2006

a boy, ice-cream and lemon



Assalamualaikum w.b.t..

saya menulis cerita pendek ini untuk mengingatkan diri saya agar berpada-pada dalam melakukan sesuatu yg kita suka.. kerana tak semua yg kita suka itu baik utk diri kita..

Once upon a time, there was a boy who loved ice-cream. He takes ice-cream every morning, in the afternoon and and also in the evening. He ate it at school, at home and at the playground while he played the see-saw with his friends. He loved the sweet heavenly taste of the vanilla ice-cream, and he just can't live without it.

Eating too much ice-cream had taken a toll on him. One day, he fell sick. He caught a terrible cough and cold. His life became miserable. Yet he still eating ice-cream as before. He loved it more than he loved himself. Even though he would die of eating ice-cream, he didn't care, as for him, a life without ice-cream was not a life at all.

One day, the Shopkeeper took the ice-cream away from him. The Shopkeeper stopped selling ice-cream to him. Instead He gave him a lemon.

"If you want to see the ice-cream again, eat this. If you refuse, you will never see your favourite vanilla anymore. Ever," the Shopkeeper said.

Heartbroken, the boy went back and ate the lemon. It was very sour. He cried. He missed the royal taste of the vanilla ice-cream. The sweetness was gone. Only sour and bitter that left with him now. Sour of the lemon, bitter of his tears.

A week later, the Shopkeeper gave him honey with the lemon.

"Eat them both. It will taste better," he said.

He took them without questioning. At first, he felt funny at the tip of his tongue. Sour, but with a tinge of sweetness. A different kind of sweetness. Not like the vanilla which have artificial sweetness from the factory. A kind of authentic sweetness which his tongue never taste before. And he began to like the taste.

After a while, he felt something different with his body. He felt stronger. He felt better. His youthfulness was coming back to him. His cheeks became pink again. No more coughing, no more running nose, no more tears. The long-forgotten smile was stretching back on his cute little face.

Now he understands. And he was very thankful to the Shopkeeper. As He taught him the taste of sour and bitterness, so that he appreciates the true taste of sweetness.

"Perhaps you hate something, but it is good for you. Perhaps you like something, but it is bad for you. And Allah is All-Knowing, when you don't know." (Al-Baqarah:216)



wallahua'lam