Monday, September 29, 2014
Tuesday, July 09, 2013
Datuk, bapak dan cucu dan istana sampah

Kering darah datuk,
buat cagaran membeli merdeka.
Patah tulang belakang bapak,
dek kuat berkerja membangunkan nusa.
Datuk dan bapak tak pernah mengeluh,
jauh sekali mahu merungut,
"Ini semua untuk cucu cicit," kata mereka.
Biar saja kami derita,
Asalkan mereka warisi bahagia.
Anak cucu cicit itu,
buta sejarah,
tak kenal budi,
tiada identiti,
hilang rasionaliti.
Jasa datuk dan bapak,
dilelong digadai,
buat modal,
beli hedonisma.
Kalaulah datuk dan bapak tahu,
begini fiil anak cucunya,
layak dibuang saja saat lahirnya.
sampah manusia ini,
hanya layak menghuni istana sampah,
ditemani Dr Ir. Lalat,
pengangkut tahi professional.
Sempena bulan merdeka,
Ibnu Umar,
11 Ogos 2007,
Leeds.
Two roads
Monday, August 13, 2012
Risalah Updated
Buletin Ar Risalah Edisi Ramadhan yang ditunggu-tunggu telah siap! Dapatkan segera, hanya perlu download dari link di bawah. Percuma!! :)
links:
Ar Risalah edisi Ramadhan (updated 13 August 2012)
Friday, October 24, 2008
Pencerahan bukan untuk Orang Manja
Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.
Monday, June 30, 2008
Selamat Hari Lahir
Selamat hari lahir sahabat
waktu rupanya kian renta
derap nostalgia berbatu jauhnya
rembulan turut bertepuk tangan
meraikan kau pulang ke daerah kedewasaan
Selamat ulangtahun sahabat
pucuk kini semakin hijau
kelak merimbunlah jadi teduhan
kalau berputik buah manis
jangan lupa menghulur kasih
selamat hari lahir sahabat
lembayung sudah tercalit di langit
awan kenangan tak juga terusik
lompang antara kita
rupanya ada membenih rindu
pada kalbu yang sayang akan mu
selamat ulangtahun sahabat
ikatan sudah merambu-rambu
manira merapus tak siapa tahu
ananimu bagai semilir menikam
kesturi persahabatan kian menghilang.
wardahputeh,
UIAM Kuantan
21 Mac 2008
seorang kawan menulis sajak utk seorang kawannya.
Tuesday, June 17, 2008
Always
Friday, June 06, 2008
Quote for the day
Sunday, May 25, 2008
Makan nasik di rumah Kerol
Tiap-tiap hari lepas kelas tamat, saya makan nasik dengan Kerol di kantin. Pada satu hari, Kerol tak datang kelas.
Saya sms dia, "Weh kerol. Apsal ko x dtg kelas arini? Bosan dowh makan sesowang."
Kerol reply, "Aku x bape sihat skrg. Sakit aku dtg balik."
Saya jawab, "Ko ade kt umah x skrg? Nanti boleh aku ziarah ko, leh kite gi makan nasik sesama. Hehe."
Sms Kerol, "Aku xde kt umah ni. InsyaAllah nanti ko datang ler umah aku."
****
Esok, lusa dan hari-hari berikutnya Kerol dah tak datang-datang lagi ke kelas. Saya pun dah makin terbiasa dengan ketiadaan Kerol. Teman datang teman berganti. Kini saya dah pun ada kawan-kawan baru untuk makan nasik bersama-sama.
****
Jumaat lepas, setelah usai sembahyang jumaat, saya on kan hp saya. Ada 1 mesej baru. Saya bukak, "Wah, ade sms dari Kerol. Ape kabar laa mamat ni dah lame tak dengar cerita."
Sms tu berbunyi, "Salam. Ni kakak Kerol. juz nk inform yg kerol dh pegi meninggalkan kita semua pd tghari td. tahlil akan diadakan pd mlm esk slps isyak. sampaikn pd yg lain".
****
Malam ni malam sabtu. Malam ni aku tak masak pasal aku nak gi makan nasik kt umah ko, kerol. Ada ramai orang lain. Ada mak, ayah, adik beradik dan sedara-sedara ko. Budak-budak AUSMAT 14 kelas akaun semua ada. Cuma ko je yang tak ada.
Maafkan aku Kerol pasal jadi teman yang tak berguna, yang cuma datang makan nasik bila kau dah takde di dunia.
Kerol, moga kau tenang bersemadi di sana. Makanlah nasik bersuapkan bidadari syurga.
Amin.
Alfatihah kepada Allahyarham Khairul Nizam yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat, 16 Mei 2008 kerana menghidap barah thyroid. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-0rang yang soleh. Amin.
Monday, May 12, 2008
Wednesday, April 23, 2008
Friday, April 18, 2008
Muhasabahlah dirimu..
mirror management by ~Luthez on deviantART
Diambil dari emel.
"Antara tuduhan yang sering dilemparkan oleh mereka yang bukan Islamis kepada para Islamis, ialah para Islamis hanya hidup di atas indoktrinisasi tanpa berfikir. Mereka hanya memuntahkan apa sahaja yang disuapkan oleh murabbi, naqib atau murshid ruhi mereka. Mereka tidak melahirkan ide baru, dan tidak menguasai ilmu, sebaliknya hanya bertaqlid buta dan menjadi burung kakak tua yang paling bising. Mereka hanya sering beremosional tanpa rasional. Mereka juga amat taksub dan memekakkan telinga dan menutup mata dari melihat dan mempelajari dari orang lain. Mereka bersikap bahawa mereka adalah lebih mulia dari orang lain.
Apakah itu semua benar? Cuba pergi ke cermin dan lihat diri kita sendiri. Lihatlah list tersebut, ada tak pada diri kita...semuanya akan terjawab."
Thursday, April 17, 2008
Demam
Saya sedang demam selsema.
Semoga boleh kaffarah dosa, amin..
Doakan kesihatan saya kembali pulih.. amin..
p/s: kalau ada masa, bacalah artikel dan komen2 artikel di sini http://wansaiful.com/2008/03/29/ulama-ana-je-yang-betul-lah/#comment-3701. Kalau takde cukup masa, baca komennya saja pun bagus juga :P (jgn marah ye tuan penulis artikel.. hehehe)
p/s2: saya turut menyumbang ke komen-komen di situ. cuba teka, mana satukah saya? :P
Thursday, March 20, 2008
Hari ni cuti
Hari ni cuti.
Saya baru balik dari Telok Kemang, Negeri Sembilan.
Semalam ada buat bbq di parking lot pasal luar hujan. Makan ayam masak arang bbq.. kalo tolak arang yg melekat kt kulit ayam, kire sedap gakla daging ayam yg dibbq kan itu.. hehe :D
Paginya plak main game perang belon air. Kene head shot oleh sebiji belon yg bewarna hijau.. tensen betul! :P
Oh lupa nak cakap. Harini besday saya ke 23.. patutlah dapat cuti..
wslm
Wednesday, March 19, 2008
Mereka Yang Tiada
Di jalan ini ku hadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada, Takkan ku gundah
Hudzaifah.org – “Aku ingin keluar dari jamaah ini!” sepotong kalimat terlontar dari seorang ikhwah. Bukan untuk yang pertama kali, namun sudah tak terhingga kalimat ini mengiang di telinga kita. Bukan pula yang terakhir kali, karena inilah sunatudda’wah. Pernyataan ini senantiasa membekas di setiap zaman, di setiap episod dakwah, dari zaman kenabian sampai hari kiamat.
“Silakan akhi, silakan ukhti,” jawab seorang ikhwah menimpali. Beberapa dari kita mempersilahkan kepergian saudara dari barisan ini dengan sikap biasa-biasa. Sikap yang lahir dari pemahaman bahwa hal ini merupakan sunnah dakwah, bahwa akan selalu lahir ikhwah-ikhwah baru, mujahid-mujahid baru, bahwa Islam akan tetap terpelihara sehingga tidak patut barisan ini merengek-rengek demi menahan kepergian seseorang, bahawa natural selection berlaku untuk membersihkan orang-orang yang barangkali memang kurang sesuai memikul beban amanah ini. Sikap ini tidak salah, banyak yang menerapkan dengan apa adanya, maka akhirnya tidak sedikitlah bilangan yang benar-benar mundur dan gugur dari barisan ini
Saat kita bersemangat, memiliki tingkat iman yang stabil atau sedikit lebih baik, kita seolah-olah melihat saudara kita pun seperti kita. Menerapkan standard stability keimanan kita kepada saudara-saudara kita, atau bahkan adik (ikhwah baru) kita. Maka, ketika keadaan saudara kita tidak stabil, sedang mengalami fluctuatution iman, futur, kita pun menganggapnya sebagai kader manja. Kita melihatnya dengan perspektif berbeza dengan apa yang dirasakannya atau yang diperlukannya. Kita yang stabil memaksa agar dia boleh bertahan di garis keimanan. Sehingga kita tidak merasa terlalu perlu untuk memberinya nasihat, atau motivasi-motivasi keimanan. Sementara betapa ia memerlukan sentuhan-sentuhan perhatian kita.
Kita berfikir bahawa suatu ketika nanti, kita akan hidup sendiri tanpa seorang ikhwah yang menemani di suatu daerah. Sehingga kita mengira bahawa kita harus bersiap-siap untuk hal tersebut. Maka ketika ada seorang yang futur, kita bersikap seolah-olah tidak peduli padanya. Dan ketika dia benar-benar mengucapkan, “selamat tinggal”, kita menyalahkannya atas kelemahannya. Kita menyelamatkan diri atas kesalahan dari futurnya saudara, dengan hiburan-hiburan bahawa ini adalah sunatuddakwah.
Tidak sedikit kisah-kisah futurnya ikhwah dari barisan ini setelah tarbiyah bertahun-tahun. Bukan hal yang mengejutkan memang, ulama bahkan ada yang murtad, berganti haluan, ustaz pun ada yang terjatuh, saat tergiur dengan indahnya dunia. Kehilangan seorang yang telah memiliki kefahaman dan mobiliti dakwah yang tinggi, apakah boleh diganti dengan masuknya 50 orang baru dalam barisan ini, tanpa kefahaman dan aksi dakwah yang mapan? Lepasnya seorang kader produktif apakah boleh ditutupi dengan hiburan bahwa 50 baru orang yang baru-baru mengikuti daurah tahap awal, dengan produktiviti dakwah yang masih kosong?
Saudaraku, apakah orang yang baru tarbiyah 1 atau 5 tahun telah boleh menyamai kepribadian Ka’ab bin Malik ra? Nilai keimanan memang tidak boleh diukur dengan lamanya tarbiyah, namun kita bisa melihat secara umum bagaimana keadaan keimanannya dengan parameter usia interaksinya dengan dakwah. Apakah kita akan menyikapi seorang yang baru setahun liqo dengan sikapnya Musa As. kepada Harun As. Saat beliau menarik janggut saudaranya? Atau kita mencuba mengikuti marahnya Abu Bakar ra. Kepada Umar ra yang memilih jalur lembut dalam menghadapi Musailamah dan orang-orang yang menolak zakat? Sekeras itukah kita berperilaku terhadap seorang ikhwah. Dimana senyummu saat pertama bertemu bersama dalam dakwah ini, dimana pelukmu seperti kepada adik-adikmu yang baru masuk dalam aksi tarbiyah?
Kunjungilah saudaramu, ketika lama ia tidak menyapamu, smslah ia saat sang adik tidak pernah muncul-muncul dalam pertemuan keimanan. Datangilah mereka yang lemah, mereka yang manja, tularkan petuah-petuah juangmu. Apakah benar sudah saatnya mereka survival dalam menjaga stabliti keimanananya Tidak, tidak ya akhi, cukuplah derai airmata ini, cukuplah kesedihan hilangnya seorang ikhwah ‘pencen’ sampai disini, dakaplah dan tahanlah mereka yang hendak pergi.
Kuntum bunga boleh layu, namun rekahnya bunga-bunga mujahid harus terjaga tetap hadir di sebuah kebun.
Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri berama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan
Di hati kita melangkah
Jangan dipisahkan kasih bersaudara
Jangan di dendamkan ukhwah yang terbina
Tuesday, March 18, 2008
"Kita ini berbeza"
Oleh : Dr. Ahmad Jamalludin
Orang yang menyatakan ungkapan ini boleh dituduh eksklusif. Bahkan
ada yang mengatakan "Kita ini istimewa, bukan sekadar berbeza". Nah,
kalau yang ini bahkan boleh kita dituduh sebagai facist. Namun ada hal
yang saat ini mengganggu ruang benak saya; bahwa kita perlu merasa
istimewa, dan perlu menyadari keistimewaan kita. Namun keistimewaan
kita bukanlah bermakna ketinggian derajat di antara sesama manusia,
bahkan boleh membawa bermakna sebaliknya.
Seorang kawan mengatakan bahwa pengetahuan dan pemahaman
adalah "perangkap" bagi kita. Kerana kita dituntut untuk beramal sesuai
dengan pengetahuan dan pemahaman kita, dan Allah SWT akan
mengazab orang-orang yang amalnya tidak sesuai dengan
pengetahuannya. Kita tidak mahu menjadi orang yang sudah tahu mana
yang benar dan mana yang salah, mana yang baik dan mana buruk, tapi
masih menolak mengikuti kebenaran dan enggan meninggalkan
keburukan. Orang yang bodoh adalah orang yang tidak mengetahui
kebenaran, sedangkan orang yang ingkar adalah orang yang mengetahui
kebenaran tapi menolak mengikuti kebenaran tersebut.
Dan "celaka"nya, kita ini termasuk orang-orang yang dalam segi
pemahaman Islam lebih baik dibandingkan dengan rata-rata mahasiswa
di kampus kita. Kita beraktiviti dalam organisasi Islam –baik ruhi
ataupun LDF/LDK-, kita membaca buku-buku Islam lebih banyak dan
lebih dari kebanyakan mahasiswa, kita mengalami proses tarbiyah
secara khusus, dan kita beraktiviti atas nama dakwah sehingga pemahaman kita akan amal-amal dalam Islam, terutama amal dakwah, lebih baik dari kebanyakan teman-teman kita yang lain.
‘Ujub? Tidak sepatutnya! Kerana ketinggian pemahaman kita sama
sekali tidak menunjukkan ketinggian darjat kita.
penting dari sekedar memahami, yaitu melaksanakan apa yang kita
fahami. Dan inilah yang mungkin boleh menambah nilai diri kita di mata
Allah ‘azza wa jalla. Pemahaman ini juga berisiko sebaliknya, yaitu
menurunkan kualiti kita di mata Allah, saat kita menolak untuk beramal
sesuai dengan pemahaman kita.
Hingga "terperangkap" lah kita di sini. Kita "terlanjur" tahu mana yang
benar dan mana yang salah, "terlanjur" tahu apa yang dapat membawa
kita pada kemuliaan dan apa yang menggiring kita menuju kehinaan.
Dan kita tidak punya pilihan selain beramal.
"Jadi lebih baik kalau kita tidak tahu apa-apa?
Lebih teruk lagi kalau kita sampai punya pemikiran seperti itu. Kerana
pemahaman kita adalah jalan menuju kemuliaan di sisi Allah SWT.
(Tidakkah kita dambakan kedudukan di sisi Allah SWT?) Kita punya
kesempatan untuk mempunyai ‘amal soleh lebih baik dan lebih banyak
daripada mereka yang tidak paham. (Kenapa mahu memilih yang
sebaliknya?)
Kalau memang kita memilih untuk tidak tahu apa-apa, matikan saja
fungsi akal kita! Maka kita akan menjadi makhluk yang tidak berbeda
dengan haiwan yang tidak tahu kebenaran dan kesalahan, kebaikan dan
keburukan.
Kita Harus Diperlakukan Istimewa
"Kenapa ada ta’limat yang hanya untuk sebagian ikhwah-akhawat saja?
Kenapa kita diasingkan yang lain tidak? Kenapa kita wajib memenuhi
permintaan tapi yang lain tidak?" Jawapannya mungkin sama dengan
alasan kenapa yang dipulaukan waktu Perang Tabuk hanya 3 orang
sahabat saja.
Saat RasuluLlah memerintahkan kaum muslimin untuk berperang dalam
Perang Tabuk, banyak warga Madinah yang tidak ikut berperang.
Sebagian besar adalah orang munafik dan kaum muslimin yang
keimanannya belum kuat. Orang-orang munafik ini memberikan berbagai
alasan agar dapat dimaafkan, tapi ada 3 orang sahabat yang sungguh-
sungguh keimanannya, dan mereka mengakui kekhilafan serta dosa-
dosanya, yaitu Ka’ab bin Malik, Murara bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah.
Sepulang dari Perang Tabuk RasuluLlah beserta kaum mu’minin
memboikot hanya mereka bertiga dalam urusan kemasyarakatan.
Jadi memang ada orang yang seharusnya mendapat layanan/hukuman
berbeza berbanding yang lain walaupun pelanggarannya sama. Kita yang
sudah tahu pentingnya ketaatan dalam berjamaah harus diperlakukan
berbeza daripada yang belum tahu; hukuman/teguran harus lebih berat
kalau tidak taat. Kita yang sudah tahu adab pergaulan harus ditegur
lebih keras daripada yang belum tahu kalau melakukan hal yang
"macam-macam" .
‘Ujub lagi? Tidak seharusnya! Sekali lagi ini berhubungan dengan
pengamalan pemahaman kita. Mungkin harusnya kita malu kerana kita
masih minta banyak keringanan dan mencari-cari alasan kalau tidak
melaksanakan seruan dan amanah dakwah.
Saya Ini Penyu, Ikhwah-Akhwat Itu Rembulan
Ramadhan tahun ini benar-benar dimanfaatkan sebagai anjang
muhasabah buat saya dan beberapa ikhwah. Waktu i’tikaf kami
berdiskusi sambil mengintrospeksi diri. Kemudian ada yang berkata "Saya
ini sebenarnya malu sama ikhwah-akhawat. Selama ini Saya cuma jadi
beban, tukang bikin masalah. Saya banyak membebankan jama’ah
dengan kesalahan-kesalahan yang Saya lakukan, sedangkan Saya belum
pun memberikan sumbangan apa-apa buat dakwah ini. Sementara ikhwah
-akhawat yang lain begitu luar biasa perjuangannya, hingga terkadang
Saya merasa tidak layak untuk diakui sebagai saudara mereka. Kalau
diumpamakan ikhwah-akhawat itu ibarat rembulan, sedangkan Saya
ibarat penyu".
Kedengarannya mungkin ikhwah kita ini sangat tidak percaya diri. Tapi
kata-katanya bersumber dari perenungan dan muhasabah, sehingga
sangat berbekas di hati Saya. Saya merenungkan bahwa begitu banyak
hal yang harus Saya akui sebagai kesalahan, yang membuat Saya begitu
ingin meminta maaf kepada ikhwah-akhwat. Sedangkan belum ada amal
yang dapat Saya kelaskan sebagai ‘amal soleh. Amal-amal Saya pasti
ada kekurangan dan kesalahannya, baik dari segi kontribusinya terhadap
dakwah, maupun dari segi ma’nawiyahnya (keikhlasan, keistiqomahan,
bebas riya’, dan lain-lain). Dan Saya pun ikut merasa ibarat penyu yang
tak layak bersanding dengan rembulan.
Seorang ustadz pernah mengatakan bahwa dakwah ini dibangun dengan
susah payah dan kerja keras para da’i, namun untuk merosak bangunan
dakwah ini cukup hanya dengan kecerobohan satu dua orang saja.
Sungguh menjadi sebuah mimpi buruk bagi kita, bila di Hari Akhir nanti
kita dimintai pertanggungjawaban kerana telah merusak kerja keras
saudara-saudara kita, bukannya memecahkan masalah dakwah malah
menjadi masalah itu sendiri, bukannya meringankan beban saudara-
saudara kita malah menambah berat beban itu.
Dan bukankah selama ini kita memang sudah membebankan ikhwah-
akhawat? Kita sudah memerah para murabbi/murabbiyah agar mereka
mengorbankan waktu, tenaga, dan pikiran demi membina kita, tapi
ternyata produktiviti kita dalam dakwah sangat kurang ("Kaga [Tak]
balik modal" kalau kata orang Betawi). Kita juga sudah menyia-nyiakan
ikhwah-akhawat yang sudah letih dan pusing memikirkan pembinaan
kita, yang sudah sibuk-sibuk menguruskan daurah, mengelola
mentoring/halaqah kita, dan sudah penat memikirkan kenakalan-
kenakalan kita. Sementara kita sendiri belum melakukan apa-apa bagi
dakwah, dan belum berbuat apa-apa untuk meringankan beban mereka.
Hmmm, jadi gimana, ya?!
Thursday, February 28, 2008
Spread the Love~

Maksudnya: “Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang menyayangi. Apakah kamu tidak suka ku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”
(Hadis riwayat Muslim)













