Tuesday, November 27, 2007

Tuna Lautan Manusia

Lemas di lautan manusia,
taman berhibur jutaan tuna.

Ada baju tuna busana,
Ada mata tuna netra,
Ada akal tuna indra,
Ada adat tuna susila.

Alangkah mulia sandwich tuna,
berbanding manusia bertuhan dunia,
yang kenal rabb tunakan Ilahnya.

yang pernah suka Tuna,
amar_chan

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hmm..hebat2...memang complicated..ana xpaham..hahaha

    ReplyDelete
  3. tuna susila = buta huruf kan?
    Tuna indra & tuna netra?

    ReplyDelete
  4. untuk memahami puisi amar anda perlu merujuk kamus dewan yang menjelaskan setiap perkataan tuna itu...

    1. tuna sl luka, cacat, rosak; ~ anggota cacat anggota; ~ kerna pekak, tuli; ~ karya tidak bekerja, penganggur; ~ netra buta: ~ pidana penjara; ~ susila rosak akhlaknya (pelacur dll); ~ tertib pengacau;

    2. tuna tertuna 1. kena luka, mendapat luka: ia berasa tertikam dan ~; 2. ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dll), menderita (kerana sesuatu yg tidak menyenangkan) : banyak antara mereka yg ~ rindu dan renjana, kerana perwira yg muda belia ini.

    ReplyDelete
  5. ada perkataan yg tiada dalam kamus dewan tapi ada dalam kamus di indonesia.

    tuna busana = tidak berbaju, bogel

    ReplyDelete
  6. owh =) sungguh mendalam gitu maksudnya...moga maksud tersirat dalam sajak ini menjadi pedoman kepada orang lain untuk terus kuat dan tegar..

    ReplyDelete